Elak Anak Minum Air Botol Plastik Dalam Kereta Waktu Tengah Panas, Ini Sebabnya! Elak Semampu Boleh!

Share

Air mineral yang disimpan lama, lebih-lebih lagi waktu tengahari ketika panas sebaiknya dielakkan untuk anak minum. Apa sebabnya?

Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air dalam botol plastik yang panas ini akan mengganggu imuniti anak. Ini yang mak ayah perlu tahu.

Elak anak minum air dalam botol plastik yang kita simpan dalam kereta tengah panas. Cuba elakkan semampu yang kita boleh.

Botol yang dipanaskan, akan ada bahan kimia yang terhasil. Bisphenol dan antimony. Ia akan terlarut dengan air yang ada dalam botol.

Air dalam botol kita simpan dalam kereta.
Air suam kita tuang dalam botol plastik.
Air botol tertinggal dalam kereta waktu tengahari.
Kita panaskan air dalam kettle plastik.
Bancuh susu dengan air suam dalam botol plastik.

Semua keadaan macam ni, kalau boleh kita cuba elakkan.

Pilihan simpan air dalam botol stainless still dengan bekas bertutup macam ni.

Bahan kimia dari botol, boleh buatkan hormon dalam badan anak terganggu. Kacau bilaukan imuniti anak, masalah sistem saraf dan metabolik.

Antara pilihan yang lebih baik, ganti botol anak dari material stainless steel.

Kita cuba sama-sama ya.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM