Memang bukan mudah menjaga pergerakan anak bawah 4 tahun kerana mereka sangat gemar meneroka apa sahaja yang berada di sekeliling mereka.

Selain berisiko terjatuh, terhantuk dan tercedera, ibu ayah kena elakkan bagi anak bawah umur 4 tahun main permainan objek kecil. Mereka sangat gemar memasukkan objek kecil ke dalam lubang hidung sehingga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan selesema dalam tempoh masa yang lama sekiranya tidak segera dirawat.

Perkongsian pengalaman daripada Dr Hairin Anisa Tajuddin selaku Pakar Kanak-Kanak yang merawat pelbagai kes melibatkan kanak-kanak memasukkan objek kecil dalam hidung mereka patut dijadikan pengajaran oleh ibu bapa.

Assalam dan selamat pagi semua.
Cuba teka apakah benda dlm gambar ini?
Dan di manakah saya jumpa benda ni?

Nak tau jawapannya…
Jom teruskan membaca kisah2 benar yg saya nak ceritakan di sini.

IKLAN

Kes 1
Kejadian berlaku semasa saya masih bertugas di PPUM.
Ada seorang kanak2 Indian lingkungan usia 4 tahun datang dgn masalah hidung yg berhingus terlalu lama…klu tak silap hampir sebulan & nafasnya berbau busuk.
Sambil berbual dgn si comel ini…dia bgtau kami *I got horse chasing the mouse* sambil menunjuk2 dlm hidungnya. 
Bila di periksa dlm hidungnya, seperti ada foreign body dlm kedua hidungnya.
Setelah dirujuk kpd ENT…mereka berjaya mengeluarkan miniature permainan yg sangat kecil iaitu : kuda dan tikus…
Kami yg dpt tahu hal ini memang tak habis gelak ketawa sbb rasa lucu dgn imaginasi kanak2 yg pelik2 hingga masukkan miniature kuda disebelah hidung dan sedang mengejar tikus disebelah lagi…LOL.

Elak Bagi Anak Bawah 4 Tahun Permainan Objek Kecil. Mereka Suka Masukkan Dalam Hidung Hingga Tersangkut

Kes 2
Anak saya Imran ketika berumur 3 tahun tiba2 dia kata sakit dlm hidung & mula bersin2. Kejadian berlaku tahun lepas di mana kami pulang ke rumah drpd bercuti. Waktu malam tu anak2 saya sedang bermain2 diruang tamu.
Bila Imran mengadu sakit dlm hidung, abangnya Muhammad mengadu yg adiknya ada masukkan lego “kepala patung lego” warna oren dlm hidungnya. 
Astaghfirullah…saya bergegas ambil torchlight & mendapati ada lego warna oren dlm hidungnya….Saya suruh dia hembus keluar tapi tak berjaya. Akhirnya saya terpaksa bergegas bawa ke klinik saya (5 min shj drpd rumah), utk melakukan prosedure menarik lega tersebut keluar drpd hidungnya dgn menggunakan forcep dan nasal wash.
Akhirnya kepala lego itu keluarlah dgn selamatnya…aduh anak-anak ni…selalu bikin jantung Ummi nak jatuh aje…

IKLAN

Kes 3
Ada satu anak berusia hampir 4 tahun juga datang dgn selesema yg kronik dan bila di periksa hidungnya…didapati ada manik putih dlm hidungnya. Saya dah cuba sedaya upaya utk tarik keluar tp ia agak dalam & tersekat. Akhirnya saya mengalah dan refer kpd ENT utk prosedur lanjut…ia adalah manik drpd tudung ibunya yg terjatuh…Allahuakbar. Macam2 budak2 ni kan?

Kes 4

IKLAN

Elak Bagi Anak Bawah 4 Tahun Permainan Objek Kecil. Mereka Suka Masukkan Dalam Hidung Hingga Tersangkut
Baru2 ni parents bawa anaknya demam selesema & seperti biasa, saya akan check hidungnya & saya agak pelik sbb seperyi ada sesuatu yg berwarna spt selaput putih spt bubble yg block hidungnya. Then saya tanya dia ada masukkan apa2 dlm hidungnya…dgn pantas dia angguk & jawab dia masukkan tisu.
Saya tak rasa ia adalah tisu sbb structurenya mcm *foam*…
Sekali lg terpaksa buat procedure mengeluarkan benda tu dgn nasal wash. Paling best experience sbb pesakit cilik comel ini pandai sangat menghembus hingus dgn kuat hingga terpancut2 ke muka saya…huhuhu.
Ibuayahnya pulak dgn penuh semangat menjerit2 suruh dia hembus & hembus lagi. Kami rasa seolah2 dlm labor room pulak menyuruh ibu push2 utk keluarkan baby…hahaha. Lucu betul dgn situasi cemas tapi agak lucu ini. Akhirnya berjaya dikeluarkan dgn menggunakan forcep bila ia telah dekat dgn lubang hidung.
Tahu tak kalian barang tersebut adalah sponge yg agak besar lebih kurang duit 20 sen yg baru …Sebab ia sponge yg boleh dipenyekkan maka ia sangat mudah dimasukkan dan tersekat dlm hidung. Jangkitan kuman berlaku & menyebabkan dia demam.

Daripada kes2 semua ini…parents semua perlu ambil iktibar termasuk saya sendiri utk perhatikan anak2 kalian. Elakkan memberikan permainan yg kecil2 utk kanak2 di bawah 4 tahun, dan jika anak2 alami hidung berair busuk dan berhingus, samada baru atau lama (acute or chronic), pastikan bawa jumpa doktor utk check dgn teliti samada terdapat barang2 yg tak sepatutnya dlm hidung anak2.
Selain drpd hidung, barangan2 kecil spt mata pensel yg patah dan tisu dll juga boleh dimasukkan ke dlm telinga mereka sendiri. Selalunya jika telinga ada jangkitan…bawalah berjumpa dgn doktor or pakar ENT utk check dgn lebih teliti….

Sekian nasihat ikhlas drpd saya….
Wassalam

Sumber: Dr Pakar Kanak-Kanak Adda

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI