Elak Baju Putih Terkena Karat, Buat Cara Ini. Lagi Selamat & Pakaian Tak Rosak!

Share

Tiba-tiba basuh kain, tengok baju putih atau yang berwarna cerah dah bertompok-tompok kuning rasa geram je kan? Pernah tak anda mengalami masalah ini sehingga kotor dan rosak pakaian yang dibasuh. Mesti rasa geram bukan?

Menerusi perkongsian Doktor Fatimah Salim seorang ahli kimia, sebenarnya ada cara untuk mengelakkan masalah ini daripada berterusan. Beliau berkongsikan cara ini melalui pengalamannya sendiri.

Bagi anda yang mengalami masalah sebegini, boleh mencuba kaedah ini.

Gambar Hiasan

TAPIS AIR KARAT DALAM MESIN BASUH

Ini lagi satu survival skill yang saya pernah kongsikan dulu. Dan nampaknya saya masih lagi perlu amalkan di rumah baru.

Rumah saya ini sudah pasang penapis air di luar, namun masalahnya air paip tetap juga berkarat. Saya sangka memang dalam saluran paip itu sendiri yang berkarat.

Gambar Hiasan

Sudah saya panggil kontraktor tengokan, namun macam berjangkit-jangkit pula. Nak cabut gantikan saluran paip ini entah bila lah berhasilnya kan.

Jadi untuk mengelakkan baju yang dibasuh terutamanya berwarna putih terkena karat, saya letakkan kain dalam bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh seperti gambar di bawah.

Air paip akan melalui bekas detergent ini sebelum sampai ke baju cucian. Mana-mana bahan terampai (punca air menjadi kabut yang boleh meninggalkan kesan pada baju) akan ditapis oleh kain ini.

1. Gunakan jenis kain yang mudah menyerap air, lipat beberapa lapisan untuk mengoptimumkan kadar tapisan. Tidak perlu beli kain baru, guna kain yang sudah tidak digunakan lagi saja.

2. Basuh dan gantikan kain ini bergantung kepada tahap kekotoran air. Macam kes saya, seminggu sekali saya akan cuci.

Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.

Kredit: Facebook Fatimah Salim

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy