Jika anda kerap bawa bayi ke tempat awam, hati-hati bila menggunakan baby chair kerana menurut doktor ia antara lubuk penyebaran virus HFMD!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat peningkatan bilangan kes bayi dan kanak-kanak dijangkiti virus HFMD atau penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di Malaysia kebelakangan ini.
Menurut laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia -Portal Myhealth, penyakit yang disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 (EV 71) ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit dan biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Peningkatan kes yang mendadak pada tahun 2018 menyebabkan banyak tadika dan taska terpaksa ditutup apabila wabak ini berlaku.
Berikutan peningkatan kes HFMD, Dr Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan
KPJ Perlis Specialist Hospital menjelaskan antara tempat berisiko menyebarkan jangkitan virus HFMD pada bayi adalah melalui baby chair atau kerusi makan bayi.
Bolehkah bayi dijangkiti virus HFMD melalui baby chair ini?
– R0 (Reproduction number) untuk Enterovirus adalah 5.48. Manakala R0 untuk Coxsackievirus pula adalah sekitar 2.5. Maksudnya, seorang pesakit yang dijangkiti Enterovirus HFMD, boleh menjangkitkan 5 orang lain di sekelilingnya, manakala Coxsackie HFMD, 2.5 orang lain.
– Enterovirus, boleh kekal di atas permukaan (meja, kerusi, pemegang pintu, mainan etc) selama beberapa hari sehingga menjangkiti bayi lain. Bahkan terdapat laporan mengatakan, virus Coxsackie boleh kekal di permukaan sehingga 2 minggu lamanya.
– Tempoh incubation period adalah sekitar 3 ke 7 hari. Pendek kata contohnya kalau baby chair menjadi source of transmission, hari ini baby kita duduk dalam tu, lusa dia start demam.
– Demam bagi penyakit virus sebegini, characternya selalunya high grade sudden onset. Maksudnya tiba-tiba tengah malam atau bangun pagi, demam suhu tinggi mencecah 39 – 40 darjah celsius. Kebanyakan demam virus, begini permulaannya.
– Bagi HFMD, selepas satu dua hari demam bermula, akan naik rash di tapak tangan, tapak kaki, dan mulut. Boleh juga jadi di kemaluan dan punggung.
– Bagi apa-apa jenis jangkitan virus, selalu saya sebutkan, ada empat perkara yang penting kita perhatikan :
Adalah normal sekiranya bayi terpaksa bergantung kepada ubat demam. Maksudnya – badan panas, bagi makan ubat jadi kebah, tapi beberapa jam selepas itu badannya panas semula. Demam itu sendiri adalah mekanisma pertahanan badan. Tujuan kita bukan nak hilangkan demam, tapi nak KAWAL demam. Selagi mana bayi nampak selesa dan boleh makan minum, suhu 37.5 sehingga 38 tak bagi makan ubat pun tak apa. Tapi jika suhu semakin meningkat atau bayi sudah nampak terganggu, perlu kita KAWAL suhunya.
2) Adakah bayi boleh makan minum. Sekurang-kurangnya minum. Bayi kulitnya nipis tidak seperti orang dewasa. Penyejatan lebih mudah berlaku tambah-tambah ketika tempoh demam. Tingkatkan pemberian cecair sama ada susu, air biasa, buah-buahan, kuah dan sebagainya. Selagi mana bayi masih boleh makan minum seperti biasa, tingkatkan pemberian.
Bayi yang sedang demam, memang tak mahu makan. Tambah-tambah kalau suhu melebihi 38. Kawal suhu badannya dahulu, bila suhu dah drop bawah 38, nescaya bayi akan mula nak makan/minum.
Tanda-tanda bayi yang dehydrated adalah apabila bayi tersebut tidak aktif (sebelum ni boleh berjalan, tapi sekarang ni asyik kena dukung sahaja), menangis tidak lagi berair mata banyak seperti biasa, dan kulitnya sendiri menjadi kurang elastik/kering, serta pampers yang dulunya kerap berat, menjadi kurang berat (kurang kencing).
Bos saya dulu selalu pesan, bayi ni kalau dia nak sihat, dia sihat cepat. Tapi kalau dia nak jadi teruk (deteriorate/collapse/
Bayi, kalau dia nak jadi teruk, cepat.
3) Tanda-tanda komplikasi. Bab ni saya rasa biar doktor sahaja lah yang access dan nilai jika anda tanda-tanda komplikasi. Contohnya merujuk kepada penyakit HFMD, tanda-tanda komplikasi bergantung kepada organ mana yang diserang virus tersebut. Virus tersebut boleh menyerang otak, menjadi meningitis. Tanda-tanda meningitis yang seperti sawan atau pengsan, selalunya jadi bila dah tahap serious atau teruk jangkitannya. Sebab itu kena bawa jumpa doktor awal. Doktor boleh periksa refleks, boleh periksa tanda-tanda awal seperti meningisim dll.
4) HFMD sangat mudah berjangkit. Macam saya sebutkan di atas, R0 adalah antara 2.5 ke 5.5. Kalau di taska tu ada 10 orang, sorang yang dijangkiti sahaja dah boleh jangkitkan kepada 5 orang kawan dia yang lain. Kemudian lima orang ni balik rumah, main dengan sepupu sepapat, jangkit lagi 5 orang lain.
Walaupun kadar komplikasi rendah, tapi keadaan bayi tersebut sendiri menjadi penyumbang kepada terjadinya komplikasi. Maksud saya, kalau anak kita kena HFMD mungkin kita tahu nak pantau apa (sebab dah baca artikel ni, hehe), kita boleh ambil cuti nak jaga dan sebagainya.
Tapi kalau ditakdirkan anak kita menjangkitkan HFMD kepada anak encik Mamat (contohnya) yang mana encik mamat dan isterinya ni selalu sibuk, kurang pantau bayi mereka, tak pernah baca pasal HFMD, ingatkan demam biasa-biasa je, tak sedar pun bahawa anak mereka dah dehydrated, rupa-rupanya dah jadi komplikasi dah pun. Itu bahayanya penyakit berjangkit ini.
Kita tak tahu, rupa-rupanya kita menjadi asbab anak orang lain dalam kemudaratan.
Pencegahan?
Good hygiene practice. Antiseptic baby wipe adalah penting, especially kalau kita kenal sendiri habit anak kita suka menjilat kerusi, suka masukkan tangan dalam mulut, suka kutip itu ini. Kalau kita tahu itu habit anak kita (dan kita malas nak betulkan habit ini), maka at least janganlah suka/kerap bawa anak kita ke tempat awam.
Kalau ada adik beradik lain atau sepupu sepapat nampak tak sihat, berhingus, demam, jangan lah bagi mendekati bayi kita. Biar lah nampak macam paranoid sikit pun. Saya cukup tak gemar habit masyarakat kita suka cium-cium pipi bayi. Itu semua pembawakan penyakit.
Bayi bawah 6 bulan, saya rayu sangat-sangat, jangan la bawak ke tempat awam melainkan perlu. Jangan bawa ke tempat banyak penyakit (klinik, hospital) melainkan perlu. Jangan bawa melawat abang yang warded, jangan bawa melawat tokki yang tenat di ICU. Itu semua lubuk penyakit.
Sumber: Mohd Syamirulah Rahim