Bila bayi mencecah umur 6 bulan, bayi sudah boleh diberikan oatmeal. Oatmeal bagus untuk bayi kerana dapat menguatkan fungsi otak, membantu pertumbuhan tulang, membantu pertumbuhan gigi, dan dapat melindungi jantung dan pembulu darah. Kalau ibu-ibu pening memikirkan resipi apa yang sesuai, boleh cuba 3 resipi oat ini.

TEA TIME!

Muffin ni xde guna telur dan xde guna tepung. Tekstur yg terhasil adalah lembut luar dan dalamnya lembut serta lembab sbb kite guna rice & oats tanpa telur tanpa serbuk penaik. Jd xde la kot risau anak tecekik ke apa. Juz a simple muffin rekaan ibu kimi.

Sukatan dalam resepi ni boleh dpt +-14 ketoi muffin ketebalan 2inci diameter 6cm.
Bole bahagi 2kalau nak buat sikit. Ni ibu makan sama ngan kimi so no hal la bnyk pun. Bole mkn pg petang.


APPLE BANANA RICEOATS MUFFIN

Bahan-bahan
1cup nasi lembik (air kering)
1cup oat (rendam semalaman dgn tepung gandum & perahan lemon)
2biji kurma – puree
3biji pisang masak ranum – puree
1biji epal – puree
1tsp serbuk kayu manis *optional
2tsp unsalted butter

Cara-cara
1. Toskan oat yg telah direndam semalaman terlebih dahulu. Tekan2 sikit bg air yg meresap dlm oat keluar. Kisar sedikit supaya tekstur oat sedikit hancur.
2. Cairkan butter dan masukkan puree epal. Api sederhana. Kacau sentiasa. Masak hingga caramelise. Ketepikan.
2. Campurkan oat bersama nasi lembik.
3. Masukkan puree kurma, pisang, applesauce dan serbuk kayu manis. Gaul sekata.
4. Panaskan over 200c terlebih dahulu.
5. Masukkan adunan ke dalam tray muffin yg telah di lenser mentega. Hiaskan dgn hirisan pisang dan oat yg berbaki (jika ada)
6. Bakar suhu 200c api bawah selama 35min. Api atas 5min. Siap.

Xpayah cucuk2 sbb mmg dlm nya lembab x kan kering

Menu oat yg ke 2: Menu ni sedap rasa mcm mkn nasi jugak. Creamy rasa die kimi suka betul. Laju je abis nya.

CHEESY PUMPKIN BROCCOLI OATMEAL (2x makan)

Bahan-bahan
3/4cup rolled oat -direndam semalaman bersama tepung dan lemon
1ulas bawang putih dicincang
Pumpkin secukupnya – dadu
Brokoli secukupnya – kukus dan cincang
Cream cheese (atau cheddar)
Hirisan isi ayam
1/4tsp serbuk kunyit *optional
1kiub stok ayam
1tsp Unsalted butter
Air

Cara-cara
1. Toskan oat yg teelah direndam.
2. Cairkan UB dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan ayam, pumpkin, serbuk kunyit da stok ayam.
4. Tambahkan air dan masukkan oat.
5. Masak hingga semua bahan masak sekata (oat ayam dan pumpkin)
6. Apabila air hampir kering masukkan cheese dan brokoli. Gaul sekata hingga cheese cair sepenuhnya. Tutup api. Siap

DRAGON FRUIT OATS COOKIES

Bahan-bahan
3/4cup oat yg telah direndam
1 1/2cup tepung gandum
1tbsp tepung jagung
3/4cup puree dragon fruit
125gm unsalted butter

Cara-cara
1. Toskan oat dan tekan2 utk keluarkan air yg meresap.
2. Gaul sebati butter bersama puree dragon fruit dan oat.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan memang lembik dan melekat sikit2 pd tangan. Jgn tambah tepung nnt biskut keras jgn slhkan sy!
4. Lenserkan loyang dgn butter. Dan jemput2kan adunan (mcm nak buat cekodok tu) atas loyang jarak2 kan sikit sbb nnt adunan akan merebak. Kalau xjarakkan nnt deorg kawen
5. Bakar pada suhu 200c selama 15min api atas bawah. (Pastikan oven da dipanaskan dulu ye).
6. Keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum masuk dalam bekas kedap udara. Kalau masuk panas2 nnt cookies jd lempeng

Jom la makan cicah ngan susu sedappp..

Sumber: Nurul Hanim Omar

Tinggalkan Komen