Ibu tahu tak yang sabun pencuci baju untuk anak juga boleh menjadi punca alahan kulit si manja? Usah risau, ada cara untuk mengesahkan sama ada anak ada alahan atau tidak.

Penggunaan sabun pencuci baju untuk anak

Di pasaran penuh dengan produk pencuci pakaian bayi yang kononnya disyorkan oleh pakar dermatologi.

Biasanya untuk si manja, kebanyakan ibu akan memilih menggunakan sabun pencuci baju hipoalergenik lembut bagi membantu melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif.

Jadi bilakah masa yang sesuai untuk mula membasuh pakaian atau barangan si manja dengan produk cucian keluarga biasa?

Menurut pakar dermatologi, tiada waktu yang khusus untuk menukar produk sabun basuh baju. Ini kerana ia bergantung pada keadaan kulit bayi dan sejarah keluarga anda.

Bagi kanak-kanak dengan alahan kulit, mungkin lebih cenderung terdedah kepada risiko alergi produk pencuci pakaian.

Sejarah keluarga yang mengalami dermatitis atopik (ekzema) juga boleh menyebabkan bayi mempunyai risiko tinggi untuk mengalami alahan kepada sabun pencuci baju.

2 jenis alahan kulit kanak-kanak

Bagi sesetengah kanak-kanak, pakaian atau bahan pencuci boleh menyebabkan dua jenis masalah kulit:

Kerengsaan

Ruam yang gatal dan merah ini biasanya timbul dengan segera – misalnya apabila anak anda memakai sweater bulu.

Pun begitu, kerengsaan hilang dengan cepat apabila mereka menghilangkan perengsa.

Dermatitis sentuh

IKLAN

Alahan kulit ini juga muncul sebagai ruam gatal yang merah, tetapi biasanya tidak bersentuhan langsung.

Sekiranya anak anda benar-benar alergi terhadap bahan pencuci pakaian atau pelembut kain, anda mungkin tidak akan melihat kemerahan atau gatal hingga tempoh seminggu.

Tip hentikan alahan kesan sabun pencuci baju
Sekiranya pencuci pakaian atau pelembut kain mengganggu kulit anak anda, pakar mengesyorkan supaya ibu bapa:

Sabun pencuci baju

Gunakan bahan pencuci dan pelembut kain tanpa pewarna, bebas pewangi
Selalunya aroma dan pewarna yang menjadi punca masalah.

Sebilangan besar bahan pencuci pakaian dan pelembut kain juga boleh menjadi faktor penyumbang alahan kulit. Ini termasuklah beberapa produk yang dipasarkan untuk cucian bayi.

Jadi, berwaspadalah. Cari pencuci berlabel bebas aroma/wangian dan tanpa pewarna.

Kekal dengan 1 jenis sabun

Jangan membeli sebarang jenama yang mempunyai promosi.

Mengubah pencuci boleh menjadikannya lebih sukar untuk mengetahui apa yang menyebabkan masalah kulit pada si manja.

Bilas pakaian 2x

Sebaiknya, basuhlah pakaian anak sebanyak 2x setiap kali sesi membasuh. Ini adalah untuk memastikan semua sisa sabun pencuci baju dikeluarkan daripada pakaian.

Basuh sebelum dipakai

Tidak dinafikan ada sesetengah individu yang mengamalkan tabiat memakai terus pakaian yang baru dibeli di kedai. Ia bukanlah 1 tabiat yang digalakkan.

Bahkan, bukan semua kanak-kanak boleh terus memakai pakaian daripada kedai.

Ini kerana sesetengah kulit kanak-kanak mungkin akan mengalami ruam kerengsaan kesan daripada pembebasan formaldehid yang ada pada pakaian baharu.

Jadi seeloknya, basuh setiap pakaian anak sebelum memakaikannya pada mereka.

Punca lain alahan kulit

Dalam kebanyakan kes berkaitan masalah kulit, ia selalunya tidak berkaitan dengan sabun pencuci baju.

Alergi terhadap makanan, ubat-ubatan, debunga, tumbuh-tumbuhan atau gigitan serangga juga boleh menyebabkan ruam kulit yang gatal.

Ruam gatal kemerahan yang timbul mungkin bukan disebabkan oleh pencuci pakaian jika anak anda juga mempunyai:

-Kesukaran untuk bernafas, nafas berdehit atau batuk
-Bengkak pada kelopak mata atau bibir
-Mengalami muntah atau cirit-birit

Sabun pencuci sebagai pencetus alahan atau tidak?

Kaedah paling cepat dan mudah untuk mengetahui adakah ruam disebabkan oleh bahan pencuci atau sesuatu yang lain adalah dengan memeriksa lampin anak anda.

Ia adalah bahagian di mana pakaian tidak menyentuh kulit mereka. Jika ruam ada, alahan kulit bukan disebabkan oleh sabun pencuci baju.

Bahkan, jika ruam dicetuskan oleh bahan pencuci biasanya ia akan menjadi lebih teruk pada bahagian lengan dan kaki.

Ini kerana pada kawasan itu, pakaian akan lebih ketat dan lebih bersentuhan dengan kulit.

Kesimpulan

Sesetengah bahan pencuci pakaian mengandungi bahan kimia yang mencetuskan dermatitis sentuh. Ini adalah ruam yang berlaku apabila sesuatu yang merengsakan kulit menyentuhnya.

Bayi dan kanak-kanak dengan keadaan ekzema mungkin lebih cenderung mendapat masalah dermatitis ini berbanding mereka yang tidak mengalaminya.

Berundinglah dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan cadangan mengenai sabun pencuci baju yang bersesuaian digunakan untuk si manja.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)