“Doktor, apa beza anak hisap jari dengan hisap pacifier? Kesan sama ke lain?”
Sebenarnya kesan dalam jangka masa panjang memang ada, tapi kalau anak hisap jari atau pacifier sekejap-sekejap dan berhenti seawal 12 bulan tiada kesan jangka panjang.
Kesan adalah sama, sama ada hisap jari atau hisap pacifier. Gigi akan kelihatan jonggang atau Overjet (OJ) dan juga gigitan gigi depan terbuka atau anterior open bite (AOB)
“Macam mana anak boleh jadi jonggang kalau hisap jari atau pacifier nih?”
Kesan dari hisap jari dan pacifier boleh ubah pembentukan atau development pada tulang rahang atas dan kedudukan gigi
Bila anak hisap jari atau pacifier, kedua-dua pipi akan ke dalam dan akan ada tekanan pada mulut dan lelangit terutama lelangit depan
Bila habit suckling berterusan dan lama, bentuk pada tulang rahang dan lelangit depan akan berubah mengikut bentuk jari dan pacifier
Rahang atas akan jadi sempit (narrow arch) dan akan terbentuk ‘ruang’ (open bite) di antara gigi atas dan gigi bawah disebabkan kedudukan jari atau pacifier yang berada di antara gigi atas dan bawah
“Macam mana nak elak anak hisap jari atau pacifier kalau umur dah 3 tahun ke atas?”
Agak sukar sebenarnya, sebab hisap jari atau pacifier dah jadi habit
Cuma bagi anak yang hisap pacifier mungkin lebih mudah untuk berhenti, berdasarkan pengalaman ibu, mama dan ummi yang kongsi pengalaman di post sebelum ini
Kebanyakkan ibu ibu berjaya hilangkan tabiat anak dari menghisap pacifier pada usia 6 tahun ke bawah dengan pelbagai teknik dan taktik
Bagi anak yang hisap jari, mungkin agak sukar, sebab jari sentiasa ada bersama anak-anak. Tak kira siang atau malam, anak ada peluang untuk hisap jari walaupun dilarang.
Moga manfaat, boleh pada pasangan atau kawan-kawan yang ada anak-anak yang ada habit hisap jari dan pacifier
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
#tentanggigi
#doktorgigisihat
#drizzidentalclinic
Gambar dari Google image