Sudah menjadi kebiasaan bagi bakal ibu bapa untuk membuat ujian imbasan ketika tempoh hamil. Keterujaan untuk melihat jantina bayi biasanya menjadi penyebab mengapa kebanyakan ibu bapa membuat ujian imbasan. Sebenarnya ujian imbasan bukan sekadar untuk melihat jantina anak, tetapi lebih dari itu.

Artikel Menarik: [Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama. Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi]

Membuat ujian imbasan terperinci amat digalakkan tetapi tidak banyak ibu bapa yang peka dengan hal ini. Ikuti apa kata Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Ummul Wahiy dari Hospital Umra berkenaan topik ujian imbasan terperinci ini.

Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu!
Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Ummul Wahiy

APA ITU UJIAN IMBASAN TERPERINCI?

Ia merupakan ujian ultra bunyi yang dibuat untuk melihat anggota badan atau organ bayi. Antara perkara yang akan diberi keutamaan ketika ujian imbasan terperinci ini dilakukan adalah otak, jantung, buah pinggang, perut dan lain-lain. Ketika ini juga kita boleh melihat keadaan kepala bayi iaitu pada bahagian otak belakang (serebrum), cecair dalam otak (lateral ventricles), tisu otak, saiz kepala dan banyak lagi.

Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu!

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah kepentingan melihat keadaan kepala bayi ketika ujian imbasan dibuat. Sebenarnya ia penting untuk memastikan tiada sebarang benda asing yang ada padanya. Benda asing yang dimaksudkan adalah antara lain, cyst yang mungkin boleh menjurus kepada kecacatan bayi dengan Edward Syndrome.

Ketika awal kehamilan, ibu seharusnya membuat ujian imbasan saringan (routine anomaly scan). Ujian imbasan ini umpama satu saringan yang boleh mengenal pasti ibu mana yang perlu membuat ujian imbasan terperinci. Ujian-ujian ini penting kerana ia untuk mengenal pasti bayi yang bermasalah. Jika bayi di dalam kandungan mempunyai masalah jantung misalnya, maka doktor boleh merujuk kes ini kepada pakar jantung kanak-kanak semasa bayi itu masih dalam kandungan si ibu.

BERAPA KERAP PERLU BUAT UJIAN IMBASAN?

Ads

Dr. Ummul menyarankan para ibu hamil untuk membuat ujian imbasan ini sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tempoh mengandung:

Artikel Menarik: [Jangan ‘Mengelat’ Minum Susu Waktu Hamil, Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar]

  1. 4-7 Minggu Kehamilan

Untuk mengesahkan kehamilan tersebut berada di dalam rahim. Kehamilan luar rahim adalah berbahaya dan berpotensi untuk untuk mengancam nyawa ibu. Ia juga membantu mengesahkan kehadiran denyutan jantung bayi.

  1. 11-14 Minggu Kehamilan

Ketika ini disarankan untuk membuat ujian imbasan terperinci Nuchal Transluscency (NT). Dengan mengadakan ujian ini, doktor dapat mengenal pasti sekiranya janin itu lebih berisiko untuk mendapat masalah lain seperti masalah kromosom. Ujian NT adalah apabila doktor mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi.

Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu!

Ads

Jika ia kurang dari 2.5mm, 80 peratus berkemungkinan bayi itu tidak bermasalah. Tetapi jika melebihi 2.5mm, kemungkinan bayi bermasalah itu adalah sebanyak 80 peratus. Masalah yang disyaki termasuklah masalah kromosom, masalah struktur janin dan sebagainya.

Satu lagi ujian yang boleh dibuat adalah Non Invasive Prenatal Test (NIPT) yang memerlukan sampel darah ibu diambil. Apabila kandungan mencecah usia 10 minggu, 12 peratus sel bayi sudah ada di dalam darah ibu. Biasanya ujian NIPT dibuat untuk melihat sama ada bayi mempunyai masalah koromosom sahaja.

Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu!

  1. 18-22 Minggu Kehamilan

Pada usia kandungan ketika ini, ujian imbasan dibuat untuk mengesan jika bayi mempunyai masalah struktur fizikal atau otak. Jika ada yang tidak kena, ujian berikutnya akan dibuat untuk mengesahkan masalah sebenar. Seandainya ada masalah dengan kesihatan bayi, pada waktu inilah doktor akan mula mendapatkan pandangan dari pakar kanak-kanak yang berkenaan. Ujian imbasan terperinci boleh dibuat pada usia kandungan 18-22 minggu kehamilan tetapi hasilnya mungkin tidak tepat kerana kandungan masih kecil.

Ads

Elak Buat Scan Waktu Hamil Sebab Nak Suprise Jantina Anak. Silap, Kalau Fikir Begitu!

Pada usia 18-22 minggu kehamilan, buat ujian imbasan terperinci juga dapat melihat tahap kesihatan jantung. Jika tiada masalah, ulang ujian ini pada usia kandungan 28 minggu. Seandainya kedua-dua ujian ini menunjukkan keputusan yang normal, jantung bayi diyakini tidak bermasalah sebanyak 90 peratus.

Artikel Menarik: [Tak Nak Anak Cacat, Jangan Skip Makan Asid Folik Semasa 3 Bulan Pertama Kandungan]

Anggaran harga untuk perkhidmatan ini hanya RM150.00 – 450.00 sahaja. Jangan ambi risiko, lakukan ujian imbasan terperinci anda mengikut waktu yang disarankan. Ujian ini juga tidak berbahaya kerana menggunakan gelombang bunyi, maka ia selamat dibuat secara kerap.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI