
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaki & Jari Ada Di Syurga..” Kuman Meningococcal Buat Hidup Ziyad Berubah

Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dilahirkan sihat sempurna diuji sakit sehingga hilang kedua-dua kakinya. Menurut Kaasnida Mohamed Nazar, 34, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan doanya hanya mahu melihat anak bongsunya sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.
Berkongsi cerita mengenai Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif yang dijangkiti kuman meningococcal sehingga hilang kedua-dua kakinya, ibu tabah tersebut cukup pilu.
Tidak hanya kaki, beberapa jari tangan anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya selepas kuman merebak dengan terlalu cepat.
Jangkitan jenis meningitis itu adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang dan boleh menggagalkan fungsi organ badan.
Mulanya naik bintik merah di kaki
Memetik laporan Sinar Plus, Kaasnida memberitahu, ketika anaknya yang manja dipanggil Ziyad berusia dua tahun, bintik-bintik merah pada kaki tiba-tiba muncul dengan banyak. Beliau juga diserang demam panas melampau dan cirit-birit sehingga tidak mampu berjalan.
“Rupa-rupanya ia merupakan petanda kepada penyakit berbahaya itu. Kemudian, Ziyad tidak lagi aktif seperti biasa. Ketika itu, saya dah mula tidak sedap hati apabila tangan dan kakinya juga lemah.
“Apabila suhu badannya mencecah 39.8 darjah celsius, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lagi membuat hati saya tak keruan apabila kaki dan jari tangan Ziyad tiba-tiba menjadi lebam kehitaman,“ ujarnya yang mendapatkan khidmat pakar berbeza di dua buah hospital.
Doktor jangkakan hayat Ziyad 50 peratus sahaja
Sebaik doktor memaklumkan hayat anak kecil itu 50 peratus sahaja, perasaan Kaasnida semakin berkecamuk. Ditambah laporan imbasan Computed Tomography yang menunjukkan diagnosis yang meresahkan.
“Setelah dua minggu berada di wad isolasi, doktor beritahu saya, beberapa jari Ziyad terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan lebih parah. Selepas itu, Ziyad disyorkan menjalani pembedahan kali kedua untuk memotong kedua-dua kakinya yang semakin teruk.
“Saya bagai nak pitam mendengar kata-kata doktor. Walaupun hati ini berat, namun kami suami isteri terpaksa merelakannya demi menyelamatkan nyawa si kecil ini,” katanya yang kini menetap di rumah mertuanya di Felda Mempaga Tiga, Bentong.
Risau fikir masa depan Ziyad
Kata Kaasnida, fikirannya hanya memikirkan masa depan si anak. Bagaimana keadaan Ziyad jika bersekolah nanti? Adakah si kecil itu akan mengalami kemurungan? Adakah beliau akan menyalahkan diri sendiri? Bagaimana pula jika diejek rakan sebaya?
“Itu antara soalan yang berputar ligat dalam fikiran saya. Ibu mana tak risau. Sekarang ini pun jika kami keluar berjalan-jalan, mesti ada yang bertanya tentang Ziyad,“ katanya.
Pun demikian, berkat doa ibu dan ayah termasuk orang sekeliling serta kuasa ALLAH SWT, kanak-kanak itu dilihat semakin cekal dan memahami keadaan dirinya yang tidak seperti orang lain.
“Apabila ada orang tanya di manakah kakinya? Dengan tenang Ziyad akan berkata: ‘Ziyad kan sakit, ALLAH kan sayang Ziyad, kaki dan tangan Ziyad kini ada di syurga‘.
“Itulah ayatnya yang ramah menjawab pertanyaan orang. Melihat Ziyad yang kuat semangat, membuatkan saya terus positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Ziyad yang saya sayangi,“ tuturnya.
Meskipun transisi si kecil itu yang kini sudah berusia lima tahun bertambah baik, Kaasnida masih berulang-alik ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor untuk latihan fisiologi Ziyad memakai kaki palsu.
Pembedahan susulan
Selain itu, pemeriksaan susulan pakar tulang di Hospital Temerloh turut dilakukan. Namun, suri hati kepada Mohamad Razif Razali, 40, kini sangat lega apabila anaknya sudah bebas daripada jangkitan kuman.
“Selepas menjalani dua lagi pembedahan membuang tulang jari dan kaki pada dua tahun lalu, alhamdulillah kesihatan Ziyad bertambah baik walaupun tidak sepenuhnya.
“Namun, doktor beritahu bahawa tulang kakinya akan memanjang seiring pertumbuhan Ziyad hingga umur 18 tahun. Dia juga perlu dibedah sekali lagi bagi mengelakkannya sukar untuk berjalan ketika menggunakan kaki palsu,“ katanya.
Wanita berkenaan mengaku, keluarga beliau yang bergantung dengan pendapatan suami sebagai operator kilang, selain bantuan kerajaan bernilai RM300 sebulan memang tidak mencukupi.
“Untuk meminta-minta, saya cukup segan. Bayangkan, untuk urusan rawatan susulan dan latihan (fisiologi) memerlukan banyak wang memandangkan kami terpaksa berkampung hampir sebulan di hospital,” ujarnya.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk memberi peluang dan memudahkan Ziyad meneruskan prosedur di hospital, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7035288877 atas nama Kaasnida Mohamed Nazar.
Kredit: sinarplus
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beri Anak 4 Jenis Makanan Ini Bila Dia Diserang Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah

Bila anak dah makan macam-macam, mereka berisiko untuk mendapat masalah sembelit atau pun cirit-birit. Ibu bapa memang kena peka dengan apa yang anak makan supaya tahu punca masalah yang berlaku pada sistem penghadaman anak.
Masalah cirit-birit tak kira sama ada menyerang orang dewasa atau pun kanak-kanak, ia akan membuatkan anda rasa sakit dan tak selesa. Lebih memburukkan keadaan ia turut menyebabkan keletihan melampau dan dehidrasi. Ini boleh mengganggu tahap kesihatan si pesakit apatah lagi jika berlaku kepada anak yang masih kecil.
Selain mendapatkan rawatan doktor, anda boleh mengamalkan diet khas yang dikenali sebagai BRAT diet sebagai satu cara berkesan merawat cirit-birit.
BRAT diet atau singkatan daripada perkataan (Banana, Rice, Applesauce dan Toast) ini disarankan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit.
Bagaimana BRAT diet boleh merawat masalah sakit perut dan cirit-birit?
BRAT diet adalah makanan lembut yang dicadangkan kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit. Kebaikan mengamalkan BRAT diet untuk merawat masalah sakit perut dan cirit-birit termasuklah:
* makanan yang digunakan dalam diet boleh menjadikan najis kurang cair kerana makanan tersebut rendah fiber, lembut dan berkanji.
* makanan membantu menggantikan nutrien diperlukan badan yang hilang akibat muntah-muntah dan cirit-birit. Pisang tinggi dengan kandungan potassium.
Dalam BRAT Diet ni ada pisang yang mengandungi potassium yang dapat membantu usus menyerap air dan juga Epal yang mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus.
Makanan berkanji tidak akan menyakitkan perut. Selepas anda mengalami cirit-birit atau muntah. Makan mengikut BRAT diet bagi membantu badan kembali pada tabiat makan yang normal. Diet ini juga membantu mual dan muntah yang dialami oleh sesetengah ibu hamil.
Anda boleh tambah lain jenis makanan berkanji ke dalam BRAT diet. Contohnya, biskut kracker, kentang atau clear soup broths. Jangan makanan produk tenusu, bergula atau berlemak kerana ia mungkin boleh mencetuskan mual dan lebih banyak cirit-birit.
Bila diserang cirit-birit yang teruk, jangan terus makan makanan dalam BRAT diet tetapi hanya hirup/minum cecair sahaja. Tunggu sehingga anak anda boleh makan makanan makanan pejal tanpa muntah lagi. Jika anda mengalami muntah atau cirit-birit teruk, cuba minum minuman yang berelektrolit untuk memastikan badan kekal hidrasi.
Ikut nasihat doktor tentang pengambilan makanan yang betul bila mengalami masalah berkaitan perut.
Selepas anak kembali normal, pastikan dia diberi makanan yang sihat kerana BRAT diet tidak dapat memenuhi keperluan diet yang cukup. Dia perlu kembali makan seperti biasa tetapi banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam masa 24 hingga 48 jam selepas mengalami muntah dan cirit-birit.
Sumber: U.S. National Library of Medicine, Diarrhea
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Anak Saya, Memang Saya Akan Vaksin” Keliru Nak Vaksinkan Anak, Dr Tengku Ezulia Kongsi Pendapat!

Membuat keputusan untuk menyuntik suntikan vaksin untuk anak sememangnya bukan satu keputusan yang mudah. Jika kita mak ayah sudah lengkap dua vaksin dengan booster, namun terasa berat pula untuk melepaskan anak dengan suntikan vaksin ini. Itu sesetengah pendapat yang selalu kita dengar.
Bimbang, risau dan bermacam telahan yang menghantui kita dalam membuat keputusan. Doktor selebriti, Dr Tengku Ezulia berkongsi pendapatnya untuk panduan mak ayah. Ini yang dikongsikan beliau.
Nak vaksin ke tak anak?
Persoalan yang ramai parents tengah pening sekarang. Ramai yang dah ambil vaksin Covid19 untuk diri sendiri, siap ambil booster lagi. Tapi takut nak vaksin anak-anak. Yes, I understand.
Sebab orang dewasa pun lepas vaksin demam, sakit bengkak tangan etc. So I get your concern… takut nanti anak-anak yang tengah sihat tetiba pulak tak sihat lepas vaksin.
We are expecting the Omicron wave to surge relentlessly in coming days. Oleh sebab infective rate Omicron ni tinggi, lebih ramai yang akan dapat jangkitan Omicron ni. Orang yang dah vaksin akan dapat flu-like symptoms dan sembuh selepas beberapa hari.
Tapi the collateral damage is to the unvaccinated people and to the children. When they get infected, they can get serious infection and complications.
So, patut tak korang vaksin kan anak2? It’s up to you. Tapi kalau anak saya, memang saya akan vaksin.
Sebab:
1. Kanak-kanak boleh mengalami komplikasi seperti Multisystem Inflammatory Syndrome (MIS-C) sampai memerlukan rawatan di ICU atau komplikasi jangka panjang.
2. Virus ini boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak.
3. Kesian kanak-kanak terlepas sekolah, peluang belajar dan bermain dengan kanak-kanak lain.
Takut komplikasi vaksin, apa yang anda boleh buat?
1. Monitor symptoms anak-anak selepas vaksin.
2. KEBANYAKAN:
Kanak-kanak mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih kurang dengan selepas vaksinasi rutin lain. Ini tanda biasa bahawa tubuh mereka sedang membina immuniti badan. Kesan sampingan akan hilang dalam beberapa hari.
3. JARANG-JARANG BERLAKU:
Situasi yang jarang berlaku, vaksinasi Covid19 mungkin mengakibatkan kesan sampingan yang lebih serius, seperti tindak balas alahan yang teruk atau miokarditis dan perikarditis (keradangan otot jantung). Jadi sebab itu kena monitor symptoms anak-anak dan cepat-cepat dapatkan rawatan.
Yang penting, ingat ni:
MITOS: Kanak-kanak tidak dapat jangkitan Covid19 yang teruk, jadi nak vaksin tidak berbaloi dengan risikonya.
FAKTA: Faedah vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak melebihi risiko vaksin. (risk vs benefit: The benefits of Covid19 vaccination for children outweigh the known and potential risks)
Last sekali, korang as parents decide lah yang terbaik untuk anak-anak sendiri.
Menarik: Share Sampai 10k Begini Cara Masak Sambal Tempe Bilis Kekal Rangup, Padu Sungguh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI