Bila hidung anak berdarah ibu mulalah panik semacam. Salah satu cara yang wajib ibu lakukan pastinya mendongakkan kepala anak ke atas, dengan alasan dapat mengurangkan darah keluar. Sebenarnya hal ini salah sama sekali.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung dan tekak, ada cara yang lebih wajar ibu ayah lakukan. Paling penting elakkan dongakkan kepala anak. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau. Mama papa sila take note ya!
Ini 4 tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah.
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya selalu pesan amalkan langkah ini.
– Pastikan posisi anak dalam keadaan duduk.
– Tundukkan kepala anak sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas.
– Compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit.
– Letak ais di bahagian dahi anak.
– Ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya.
– Bawa anak ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti.
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Solat Terus Ambil Port, Melekat Je”, Manjakan Anak Tapi Tegas Cara Didikan Johan & Ozlyn!
Sebagai mak dan ayah, kitalah teraju utama untuk menentukan cara didikan buat anak-anak kita. Mahukan ketegasan, bertegaslah dengan anak-anak sebaiknya. Namun memanjakan mereka sejak kecil tetap perlu kerana itulah cara didikan yang sebenar buat anak kecil.
Berkongsi kisah di instagram, pasangan popular Johan dan Ozlyn tidak terkecuali berkongsi cara mereka mendidik anak-anak. Terkenal dengan sifatnya yang tegas, Ozlyn sering dilihat berkongsi kisah rutin kehidupannya yang tegas pada anak-anak terutama dalam menjaga solat dan sebagainya.
Namun bukan hanya ketegasan, bahkan pasangan ini juga cukup memanjakan anak-anak mereka. Tidak hairanlah kesemuanya sanggup tidur berhimpit-himpit gara-gara mahu duduk bersama.
Terbaru, melalui instagram Jozlynnhanania, pasangan ini berkongsi kisah anak-anak mereka yang sanggup berhimpit-himpit demi ingin duduk bersama. Mesra dan cukup akrab. Namun kata Ozlyn lagi, inilah rutin anak-anaknya.
“Gambar ni akan jadi saksi buat anak-anak korang nanti. Macam mana anak-anak Hanania papa dan mama dok asik nak melekat jek.
“Ni ni lepas solat.. terus amik port memasing. Berebut-rebut!!
“Bak kata papa yang dah berbulu pun duk beleser macam kucing,” katanya berkongsi.
Buat Salah Tetap Kena Libas
Semuanya berebut-rebut untuk mengambil tempat masing-masing dan mahu duduk bersama. Satu kemesraan yang cukup jelas dipamerkan oleh keluarga ini.
Malah katanya lagi, bukan hanya duduk berhimpit dan berkongsi cerita, anak-anaknya juga boleh tidur dengan keadaan sebegini.
“Percaya tak dorang boleh tidur dalam keadaan macam ni. Kadang naik kebas kaki kita,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, malah baik Ozlyn mahupun Johan sendiri sama-sama berharap walaupun kesemua anak-anak mereka sudah besar dan berkahwin kelak, keakraban dan kemesraan di antara adik beradik masih tetap terjalin kukuh.
Pun begitu kata Ozlyn lagi, dalam memanjakan mereka sebegini, yang salah tetap salah. Tetap harus dihukum dengan ketegasan sewajarnya.
“Harap bila dorang semua ni dah kahwin still macam ni. Bukan dorang je yang akan kami layan macam ni, anak menantu pun kitorang akan layan macam ni.. tapi!!
“Kalau buat salah libas tetap libas yek! Anak menantu pun kita libas macam anak kita jugak,” katanya lagi.
Terdahulu, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai 2009.
Kini kehidupan mereka cukup bahagia dengan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Sambil Masak Boleh Layan Suami, Buat Susu Anak, Sahur Nak Kena Bangun Awal Pula, Ebit Lew Saran Suami Bantu Ringankan Beban Isteri!
Memasak, uruskan anak, kemas rumah dan uruskan rumah tangga sememangnya tugas isteri yang tak pernah habis. Bulan puasa tugas isteri 10 kali ganda banyaknya. Memasak tanpa henti malah kena bangun awal untuk bersahur.
Ustaz Ebit Lew, menerusi instagram peribadi miliknya berkongsi kisahnya yang membantu bidadarinya memasak di dapur untuk sahur, walaupun sudah lewat malam. Tak kisah waktu atau berapa kali kekerapannya, suami kena belajar untuk ringankan beban isteri sepanjang Ramadan ni. Take note suami, bantu isteri kita.
Dah malam ni saja masuk dapur teringin nak masak. Bersepah dapur bila saya masak dapur. Hehe. Masak lebih sikit nak beri sikit pada orang lain.
Sayu macam manalah yer sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Kasihan Ramadhan ni 10x tenaga penat lebih dari biasa. Begitulah kebanyakan wanita…ni dah malam masak untuk sahur.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Isteri lak senyum-senyum tengok suami, macam biasa sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe. Orang bercinta memang macam tu yer, duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang bidadari abang tunggulah di luar biar abang masak, nanti malu..tak jadi. Sayang rehat yer. Bidadariku tidur awal yee. Bukan selalu abang ada dekat rumah. Hari ni tarawih dengan keluarga jer. Esok 5 petang di Masjid Cina Ipoh. Lusa 5 ptg-9mlm di Stadium Kota Bharu Kelantan.
Upload IG Sebab Hilangkan Penat
Aktiviti memasak setiap hari dah jadi keseronokkan bagi isteri-isteri. Tak kurang ramai juga yang berkongsi di IG. Ustaz Ebit Lew punya pendapatnya sendiri.
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb, yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer. Story ig dan wanita tak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu.
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami, sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa.
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas.
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid.
Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Allahuakbar..ya Allah sayangilah bidadariku. Ya Allah bekatilah pasangan hidup kami
Kredit: @ebitlew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Serba Pink” Ain Edruce Raikan Puteri Sulung, Majlis Aqiqah Serba Sederhana!
Jarang-jarang berkongsi kisah permata hatinya, pelakon dan pengacara, Ain Edruce tampil berkongsi beberapa keping gambar anak kecilnya itu ketika meraikan majlis aqiqah puteri sulungnya, Soraya pada Sabtu lalu.
Menerusi Instagramnya, Ain turut memuat naik beberapa momen indah sekitar majlis yang berlangsung penuh sederhana malah dihadiri kaum keluarga terdekat.
Bagi meraikan puteri sulung mereka, Ain dan suaminya, Amirul Hafiz sepakat memilih tema merah jambu dan putih. Bukan sahaja Soraya bahkan kedua-dua mereka lengkap persalinan putih. Cantik sekali.
“Ada budak aqiqah ler today.
“Mummy and daddy love chu,” tulis Ain ringkas di Instagram.
Dalam pada itu, untuk majlis serba putih dan merah jambu itu, Ain memilih koleksi Wanpa bagi meraikan hari istimewa puteri sulungnya itu.
“Kecik-kecik dah pakai baju @wanpaofficial eh awak. Too much ni.
“Sebenarnya pelamin soraya ni @the_calla buat cantik betul tapi nak masuk semua gambar tak dapat. Sikit-sikit okayy. Heheh #majlisaqiqahsoraya,” tulis Ain di beberapa kapsyen gambarnya.
Soraya penyeri kehidupan
Soraya, cahaya mata sulung pasangan ini kini sudah pun berusia 7 bulan selepas dilahirkan pada Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya.
Kini selepas usianya yang semakin membesar, banyak kenangan dan momen indah Soraya membesar turut sama dikongsikan Ain dan suami di Instagram.
Pada majlis Aqiqah meraikannya, Soraya cukup comel tampil dengan dua gaun kembang berona putih dan merah jambu. Banyak koleksi comel wajah Soraya yang dikongsikan Ain dan suami.
Semoga si comel Soraya terus membesar dengan sihat malah menceriakan hari-hari indah mummy dan daddynya.
Terdahulu Ain dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019. Pada 20 Mei tahun ini, pasangan ini menyambut kelahiran puteri sulung yang dinantikan sekian lama.
Menarik: Saya Masih Jaga Pantang, Belum Habis Pantang Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI