Ramai ibu bapa berbelanja ratusan ringgit membeli dan menghias tempat tidur bayi semata-mata nak nampak cantik dan menepati kehendak hati. Tapi tindakan ibu bapa jugalah menyumbang kepada perkara yang tak diingini atau dalam bahasa mudahnya ‘lokasi pembunuhan’ tanpa disedari.
Kalaulah ibu tahu bayi kecil hanya perlukan SEKEPING TILAM RATA DAN ILMU untuk tidur lena.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah ibu bapa kena tahu bukan semua yang di iklan itu selamat. Ini kerana:
– 35% iklan bayi gagal patuhi anjuran tidur selamat.
– Menjelang 2016, 40% iklan bayi masih memaparkan imej bayi tidur meniarap: posisi paling berisiko untuk kematian mengejut (SIDS)
– 70% kesalahan iklan katil bayi ialah kerana menonjolkan pelapik tepi katil (crib bumper) yang meliputi sekeliling katil. Sekeliling kawasan tidur bayi seharusnya lapang dan terbuka.
– 56% kesalahan iklan katil tidur bayi kerana memaparkan SEMUA OBJEK yang berpotensi tinggi melemaskan bayi seperti selimut, bantal kepala, bantal peluk, patung mainan, mainan gantung bertali dan tilam lembut berpad kusyen. Semua objek berpotensi di tarik bayi ke arah mukanya atau bayi bergerak/beralih arah ke arah objek dan tersembam atau objek terjatuh ke kawasan muka dan kepala bayi.
-13% iklan katil/bilik bayi memaparkan kawasan yang di penuhi pelbagai patung mainan lembut.
*Hasil kajian analisis iklan 1758 majalah dari 1992, 2010- 2015*
“Avoid commercial devices marketed to reduce the risk of SIDS—These devices include wedges, positioners, special mattresses, and special sleep surfaces. There is no evidence that these devices reduce the risk of SIDS or suffocation or that they are safe.” Pediatrics 2011;128:1030–1039
Sumber: baby language