Kejadian tidak diingini kepada bayi memang banyak terjadi akhir-akhir ini. Saranan yang diutarakan oleh bapa ini elok dijadikan panduan untuk mama papa yang bercadang mencarikan pengasuh untuk anak.
Akhir-akhir ini pelbagai kes dera bayi yang terjadi di rumah pengasuh atau ketika dalam jagaan pengasuh. Tersayat hati membaca kisah-kisah penderaan fizikal dan seksual yang dilakukan oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Tidak dinafikan pengasuh mempunyai jasa yang sangat besar membantu ibu bapa dengan menjaga anak-anak sementara ibu bapa keluar bekerja. Malah ada yang penyayang dan menjaga anak asuhan seperti anak sendiri.
Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk dan tidak semuanya elok. Apa yang terjadi sudah pun terjadi. Ambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam kes penderaan bayi sebelum ini & berusaha untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di masa hadapan.
Perkongsian daripada bapa ini , Mohd Fadli Salleh tentang pemilihan pengasuh boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain.
10 perkara yang mustahak ini perlu diteliti sebelum mengambil keputusan untuk mengupah pengasuh. Berikut ialah perkongsiannya.
10 TIP PEMILIHAN PENGASUH
Negara kecoh lagi bila seorang bayi berusia 11 bulan mati didera dan dirogol bangsat yang tidak berperikemanusiaan.
Aku cuba mengelak menulis hal ini kerana tak sanggup nak membayangkan penderitaan anak kecil usia 11 bulan didera sebegitu rupa.
Cuma, sangat perlu aku berkongsi tips yang betul untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang di masa hadapan. Ini tips yang aku syorkan.
#1 PILIH SAUDARA & RAKAN RAPAT DULU
Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh. Kita kenal peribadi mereka, kita tahu bagaimana mereka jaga anak-anak kita.
Paling tidak, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan kita.
Ads
#2 ELAK PILIH PENGASUH YANG ADA SUAMI TAK BEKERJA
Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau ada rekod dadah/jenayah.
Kebanyakan kes dera/rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah/jenayah atau kerja tidak tetap.
Ini menyebabkan mereka punya masa luang dengan anak kita dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak kita bersama suami bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.
Saat ini risiko besar terutama jika suami pengasuh dibawah pengaruh dadah. Anak kecil kita mereka mungkin pandang sebagai satu alat yang boleh memuaskan nafsu atau satu alat melepaskan geram bila anak itu meragam, berak dan sebagainya.
#3 ELAK PILIH PENGASUH YANG ADA ANAK LELAKI REMAJA
Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki remaja. Seboleh-bolehnya cuba elak.
Banyak sangat kes berlaku anak lelaki remaja pengasuh merogol budak perempuan usia 4-10 tahun.
Budak-budak itu anggap anak pengasuh bagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun.
“Abang(anak pengasuh) ajak main tidur-tidur. Kemudian dia buka seluar adik dan suruh pejam mata.”
Ads
Lepas itu berlaku peristiwa hitam dan terus berulang dan berulang jika tiada orang perasan dan tiada laporan dibuat.
#4 SIASAT DULU LATAR BELAKANG PENGASUH
Siasat latar belakang pengasuh. Sangat penting kita tahu latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibubapa yang pernah hantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman ibubapa yang pernah hantar anak ke sana.
#5 JELASKAN APA DO’S & DON’TS TENTANG ANAK KITA KEPADA PENGASUH
Bagitahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON’T. Apa peraturan kita, bagaimana perlu anak kita dijaga, siapa yang boleh tukar lampin/mandikan anak kita.
Masa ini kena bertegas, anak perempuan kita hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan anak kita dimandikan/tukar lampin oleh anak lelaki pengasuh atau suaminya.
#6 BUAT SPOT CHECK
Lawatan mengejut. Sangat penting sesekali buat lawatan mengejut. Kalau biasa hantar jam 7 pagi dab ambil pukul 5 petang, lawat sahaja jam 10 pagi, sesekali singgah tengahari.
Bila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah juga. Tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.
#7 TANYA ANAK
Selalu berkomunikasi dengan anak (bagi anak yang pandai bercakap). Tanya mereka bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi, dengan siapa mereka tidur.
Ads
Kena alert setiap perubahan sikap anak-anak kita. Jika makin mendiam atau sakit ketika buang air, lebih baik menanam curiga. Check, siasat, bawa jumpa doktor jika perlu.
#8 PERIKSA TUBUH ANAK
Periksa tubuh badan anak selalu. Jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya tolong siasat betul-betul. Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.
#9 JIKA ADA TANDA-TANDA MENCURIGAKAN, BUAT LAPORAN POLIS SEGERA
Jika ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera.
Ramai yang terkena tidak buat laporan polis kerana kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Mereka hanya selamatkan anak-anak mereka sahaja.
Dan akhirnya, anak orang lain pula menjadi mangsa. Tolong jangan penting diri dan selamatkan anak-anak sendiri saja ya!
#10 JANGAN TANGKAP MUAT
Jangan tangkap muat cari pengasuh kat Fb sahaja. Jika pun cari di Fb, wajib siasat betul-betul sebelum hantar anak.
Sebaiknya, hantarlah anak kat taska yang berdaftar. Itu yang sebaiknya.
Jika ada orang kata cerewet cara kita pilih pengasuh, biar sahaja mereka terus berkata begitu.
Kerana itu anak-anak yang sangat kita sayangi dan kita berhak sepenuhnya memberi yang terbaik buat mereka.
“Menjaga anak-anak ini satu anugerah bukan satu tanggungjawab.” Ini yang dipegang oleh Dato’ Dr Fazley sejak pertama kali bergelar bapa. Mendidik dan membesarkan anak-anak satu proses buat ibu bapa jadi lebih kuat.
Proses membesar anak-anak ni kena banyak sabar. Kalau kita sabar mendidik kita akan berjaya dapat dua benda. Kasih sayang daripada anak-anak dan pahala dari Allah. Namun Dato’ Fazley akui, beliau juga menggunakan pendekatan lembut dan tegas dalam mendidik anak.
Jika salah, anak-anak akan terima hukumannya. Saya akan rotan juga. Bagi saya kasih sayang ni perlu ada sikap seimbang. Teknik yang saya gunakan ibarat ‘sandwich’. Contoh roti macam kasih sayang. Isi tu kita bagi teguran, rotan jika perlu dan method tertentu untuk anak serta last sekali kita lapik pula dengan roti (pelukan kasih sayang selepas kita tegur mereka. Ini antara yang saya amalkan),” ujarnya yang juga salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala 2022 (Best Papa Millenial) tahun ini.
Kasih sayang seorang ayah ni berlainan dengan ibu, ibu biasa mereka akan sentiasa berikan apa saja untuk anak. Tapi seorang ayah untuk disiplinkan anak-anak. Disiplin saya adalah menjaga bab kerohanian seperti solat, baca quran dan ilmu fardu ain.
Begitu juga bila saya balik kerja mesti anak-anak akan datang untuk peluk cium. Macam tidur pun, mesti saya pastikan cium dulu anak-anak. Malah anak yang besar pun msih tidur dengaan saya bergilir-gilir.
Cara ini saya buat sebab saya pun dibesarkan macam tu. Ini kerana masa saya dah ada anak tiga pun masih tidur lagi atas paha ayah, kalau berjalan masih berpimpin tangan.
Sebab itu saya yakin bila dalam keluarga kita amalkan cara macam ni, ikatan kasih sayang itu makin erat. Sentuhan tu sangat penting, sebab sentuhan ibu ayah lah anak akan ingat sampai akhir hayat.
Beri peluang anak bercakap
Lagi satu, tip saya, bila anak nak cakap sesuatu jangan halang supaya mereka lebih terbuka untuk bercerita dan tak berahsia.
Jika kita tunjuk yang elok-elok depan anak, contoh itulah yang anak akan ikut sehingga mereka besar dan ada keluarga sendiri. Saya nak mereka jadikan dida mereka contoh.
Selain itu, untuk besarkan anak-anak ni satu anugerah.. Untuk berdepan anak lelaki dan perempuan berbeza. Kena ada pendekatan yang lain sikit. Sebab itu, saya ada whatsapp group dengan anak. Platform ini untuk mudah tanya khabar dan mengetahui perkembangan anak dari semasa ke semasa.
Rotan sebagai disiplin
Mungkin bagi ibu bapa lain, tidak suka menggunakan pendekatan rotan. Tapi bagi Dato’ Fazley, rotan tu dianggap sebagai disiplin. Bab rotan anak saya yang akan rotan, isteri tak masuk campur. Cuma dia akan bagi report apa kesalahan anak.
“Bagi memastikan hubungan kekeluargaan kekal erat, sebulan sekali kami akan duduk sekali semua. Isteri, anak, pembantu rumah mesti ada sekali. Masa ni saya akan bagi peluang semua bercakap dan luahkan apa saja.
“Prinsip saya, komunikasi perlu ada. Sebab kita nak mendidik anak, kasar sangat tak boleh, lembut sangat pun tak boleh. Apabila orang tanya waktu bila saya boleh cair dengan anak, jawapannya bila anak datang peluk cium, lompat atas saya walaupun tengah marah.
“Setakat ini semua keempat-empat anak berebut untuk bermanja dengan dengan saya. Bagi saya masa anak kecil ni sekali sahaja. Jadi kita mestilah tinggalkan memori yang baik dalam diri anak-anak,” akhirinya.
Untuk dengar lebih lanjut perkongsian Dato’ Dr Fazley Yaakob, tonton video Pa&Ma Gala 2022 di bawah ini:
Sebagai Mama dan Papa, tidak mudah untuk merendahkan ego dan memohon maaf dari anak-anak. Ya, ia boleh disebut dengan mudah tetapi sejauh mana kita benar-benar maksudkan kata maaf itu? Ingatlah, mereka belajar untuk memohon keampunan dan memafkan daripada kedua orang tuanya.
Bukan saja anda dapat memperbaiki situasi tegang yang telah berlaku antara kalian bahkan mengajar mereka satu nilai positif pada masa yang sama. Anda tahu anda bersalah, tetapi tidak tahu cara yang tepat untuk memohon maaf? Pa&Ma senaraikan empat perkara yang harus anda lakukan jika mahu meminta maaf daripada anak-anak.
MOHON MAAF TANPA HENTI
Mohon maaf tanpa henti tidak bermaksud anda kalah dengan mereka. Cara ini dapat menunjukkan kepada mereka betapa serius anda mahu minta maaf dan memperbaiki keadaan. Katakan begini, “Mama tahu apa yang Mama buat tu salah. Mama minta maaf ya?”. Cukup begitu. Jangan sesekali memberi alasan dan cuba mencari kesalahan anak anda ketika anda sedang memohon maaf. Jangan pula anda kata begini, “Betul Mama salah. Mama minta maaf, tapi kalau kamu tak buat ………………”. Ini bukan cara memohon maaf yang anak anda akan hargai.
2.DENGAN RENDAH HATI, MINTA ANAK MAAFKAN ANDA
Memandangkan bukan mudah untuk memaafkan, kita harus sentiasa berusaha. Minta maaf dengan ikhlas dan tunjukkan yang anda benar-benar rasa bersalah. Selepas memohon maaf, mintalah anak untuk menerimanya. Jangan paksa, tetapi perlahan-lahan ambil hati mereka semula.
TUNJUKKAN KESUNGGUHAN DENGAN PERBUATAN
Dengan memohon maaf dan meminta dimaafkan, itulah yang menjadikan usaha anda itu berkesan. Perbuatan dan sikap yang kita tunjukkan kepada anak-anak perlu sekuat perkataan yang keluar dari mulut. Jika kita terus membuat salah yang sama berulang kali, kata maaf kita mungkin tidak bermakna lagi kepada anak-anak.
BERI MASA KEPADA ANAK-ANAK
Jika anak-anak menerima permohonan maaf kita, tidak bermaksud semuanya akan pulih segera. Mungkin anak-anak mudah melupakan jika mereka masih kecil, tetapi anak yang sudah besar sedikit, mereka akan mengambil masa untuk kembali rapat dengan kita. Bersabarlah. Kesungguhan anda memohon maaf dan keihklasan anda untuk membuktikannya akan memberi ruang kepada anak anda untuk memaafkan anda tanpa mengingatinya.
Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat dan dengari. Untuk menjadikan mereka anak yang baik dan sentiasa positif, nilai itu harus ditunjukkan kepada mereka. Tidak sukar untuk menyebut perkataan maaf, tapi tanyakan pada diri sendiri jika anda benar-benar maksudkannya, kerana itulah yang penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara, Fiza saad atau mesra dipanggil Fiza Frizzy baru berusia 33 tahun saat menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.
Bagi Fiza Frizzy anak memang anugerah terindah buat dirinya namun bukan mudah untuk menjadi ibu di masa kini dan perkongsian tentang perjalanan menjadi seorang ibu dikongsikan dalam siaran langsung Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil.
Bila dah ada 2 cahaya mata memang sedikit agak sukar kerana saya perlu bergelut masa dengan anak pertama dan anak kedua.
Anak-anak zaman sekarang tak sama dengan anak zaman dahulu. Bila saya marah, ayah dia akan jadi penyejuk keadaan. Tapi kalau sesuatu kesalahan berulang banyak kali, kita tak layan dia selama 15-30saat..bila dia panggil mama banyak kali baru kita akan layan dia masa tu dan cerita apa kesalahan yang dia lakukan.
Perkongsian Fiza tentang cara layanan anak turut mendapat reaksi daripada Hos Pa&Ma Gala Moms iaitu Fizi Ali yang mana dia ada masanya akan melayanan anak sama seperti orang dewasa bukanya anak kecil.
Tambah Fiza lagi dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi semua perkara perlu dilakukan sendiri.
Komunikasi antara suami isteri sangat penting. Saya selalu berbincang tentang kerja rumah bersama suami sebagai contoh jika saya menjaga anak, suami perlu uruskan urusan rumah yang mana patut.
Tak salah kita sebagai mama-mama kalau nampak baju bertimbun, sinki penuh tak apa biarkan bertangguh sebentar. Sebab bila awak nak terlalu perfect, awak nak semua benda kemas tapi awak ada anak kecil akhirnya awak akan stress. Last-last kita lepaskan pada suami atau anak-anak.
Kita tak akan biarkan baju tak berlipat sampai 3 4 bulan. Bila kita dah ada masa ‘me time’ anak pun dah tidur masa tu kita boleh buat apa yang tertangguh. Tak sempat tak apa, jangan sampai kita rasa kita bukan ibu yang terbaik. Kita tak ada pembantu rumah, jadi kita relaks je okay!
Di akhir live Fiza sempat menitipkan kata-kata ucapan buat anak-anaknya yang mampu mengalirkan air mata ramai.
Mama minta maaf kalau lepas ada adik, Faiq rasa mama dah tak banyak beri perhatian pada Faiq, tapi setiap kali Faiq tidur mama nak sangat kenal Faiq sebagai cinta pertama mama.
Bagi follower yang tak sempat tonton sesi temu bual bersama Fiza Frizzy boleh saksikan di atas.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...