Elak Kongsi Sudu/Garpu & Merasa Makanan Sebelum Suap Pada Anak! Doktor Kongsi Cara Cegah Karies Gigi

Share

Karies gigi lebih dikenali sebagai ‘gigi berlubang’ di kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu.

 

Bagaimana karies gigi boleh terjadi?

Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak. Perubahan di dalam persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.

Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi. Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies.

Umur anak (dalam photo) adalah 1 tahun 11 bulan. Ibu pernah bawa anak periksa gigi di Klinik Desa 5 bulan lepas. Doktor kata tidak perlu sapuan Florida dulu. Tetapi gigi anaknya seperti ini sekarang.

JAWAPAN:

1. Inilah hasil karies gigi susu. Pastikan ibubapa gosok gigi anak bersama-sama.

2. Saya memberi cadangan rawatan ini sekiranya anak ini sihat (tiada sebarang masalah penyakit perubatan contoh masalah jantung).

3. Maka sekiranya pesakit kanak-kanak itu duduk sopan patuh arahan doktor, ala-ala PUTERI SANTUBONG maka boleh ditampal gigi tersebut.

4. Tetapi sekiranya pesakit kanak-kanak ala-ala KAPTEN MARVEL tak bekerjasama, maka jangan bercita-cita berjaya ditampal. Haaa sudahnya huru hara dental chair, barang-barang kami berterabur haha.

CEGAH KARIES GIGI SUSU..lagi dan lagi ini tips ya.

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari

3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

5. Elakkan gula ke dalam botol susu.

6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.

7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.

8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.

9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.

10. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)

Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.

Kredit: Azila Mohd Kasim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Published by
NuFa