Keibubapaan

Elak Kongsikan Gambar Anak Yang Tak Sepatutnya Di Media Sosial, Jangan Sampai Anak Kita Jadi Mangsa!

Share

Tak salah kita kongsikan gambar anak di media sosial, cuma haruslah kena pada caranya. Jangan main sebarangan kongsikan semua gambar anak, semata-mata untuk simpanan mereka apabila besar kelak.

Mak ayah kenalah tapis dan nilaikan dahulu. Bukan apa, takut anak kita jadi mangsa insan-insan yang sakit dan tidak bertanggungjawab ini.


Perkongsian dari Shahirah Shabandi ni mak ayah kena baca!

Individu yang terlibat menjadi penjenayah ini sangat lah licik, jika tidak bagaimana polis boleh tangkap mereka dengan mempunyai simpan berjuta juta gambar kanak-kanak sebagai simpanan untuk melempias nafsu seksual mereka.

Individu ini pelik dan tidak normal. Kerana mereka mempunyai pandangan dan nafsu seksual yang sangat tinggi kepada kanak kanak. Gila bukan!

Boleh jadi penjenayah Pedofilia ini ada disekeliling kita sahaja.

6 langkah elak anak anak kita menjadi mangsa atau menjadi buruan penjenayah Pedofilia ini.

1. Biasakan dari kecil berpakaian menutup. Bukan suruh pakai jubah atau bertudung.
Memadai berseluar panjang dan berbaju menutup badan. Elak pakaikan anak2 skirt tutu, baju singlet, kita didik dari kecil dan sediakan pakaian yang sempurna dan melindungi mereka.

2. Elak upload gambar anak2 dalam keadaan tidak berbaju, sedang mandi tidur terkangkang. Ya, comel dimata kita , simpan kecomelan anak kita untuk kita lebih baik.

3. Ajar anak supaya tidak duduk atas riba , berpangku atas sesiapa pun terutama lelaki yang tidak dikenali atau jarang jumpa.

4. Elak buat status dimedia sosial, kesian anak ibu kene tinggal seorang’ atau update ‘ aduhai kene balik lambat, kesian ibu anak tunggu’.

haaa.. Itu undang bahaya sendiri, takperlu update anak duduk sorang atau ketiadaan ibuayah dirumah. Elak update selalu outstation tinggal anak dirumah dengan pengasuh.

5. Elak dedahkan lokasi rumah, lokasi taska, lokasi sekolah. Atau lokasi tempat yang selalu anak2 hadiri, menjadi rutin. Ada mata yang memerhati anak kita.

6. Ajar anak2 lelaki mahupun perempuan, tunjuk dengan terma yang betul bahagian tubuh badan yang orang lain TIDAK BOLEH pegang,sentuh tengok, mahupun ambil gambar. Tunjuk bagaiman sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.

Oh ya, jika anak kita menunjukkan tanda tidak suka kepada seorang dewasa. Ibu ayah selidik lah. Barangkali sesuatu telah terjadi!

 

Kredit: Shahirah Shabandi

Published by
SRM