Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.

Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam–macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik–teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.

Sebagai persediaan awal, ibu yang sedang menunggu hari tak kiralah untuk kelahiran anak pertama, kedua atau seterusnya kena pastikan teknik meneran betul supaya tak penat dan ada tenaga sehingga anak selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.

Perkongsian dari Jururawat, Rosnalizawati Hamzah mengenai teknik meneran yang betul sebagai persediaan awal.

Elak Koyak Masa Bersalin, Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat. Jangan Angkat Punggung

Teknik Meneran

Ibu A:
“Misi, saya ni dah 10 tahun tak beranak. Macam mana ni? Saya dah lupa macam mana nak teran,”

Ibu B:
“Misi, walaupun saya baru beranak tahun lepas, tapi saya pun dah lupa macam mana nak teran. Betul la orang tua-tua kata bila beranak je, satu urat putus,”

Ads

Tahun lepas ke, 20 tahun lepas ke, sama juga. Tak semua ibu akan ingat macam mana dia meneran dan bersalin dulu. Tak perlu nak percaya sangat. Kalau bersalin 12 kali, takkanlah 12 urat dah putus? Haaa..kann. kena tulis surat wasiat dah.

Sakit bersalin bukan seperti sakit jatuh basikal. Bukan seperti sakit buasir. Bukan seperti sakit patah kaki. Apabila ibu di dalam keadaan sakit hendak bersalin, ibu cenderung untuk berada di luar kawalan. Itulah peranan suami di disisi. Memberi semangat, dorongan, kata-kata positif dan beri sedikit urutan pada isteri. Ingat ya, bukan cuma berada di sebelah dan bermain mobile legend.

Ibu yang berada di dalam proses bersalin, bermula dari sakit kontraksi yang tetap dan teratur, sila bertenang dan jangan panik. Apabila pintu rahim telah membuka sepenuhnya (10 sentimeter), jangan mengamuk. Ini yang anda harus lakukan:

1) Chin To Chest (Dagu ke dada)
Semasa hendak meneran, pegang kedua-dua pergelangan kaki atau ibu boleh berpaut pada pemegang yang disediakan. Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga mencecah ke dada. Minta suami bantu anda dengan membantu mengangkat kepala anda semasa meneran.

2) Teran bila sakit
Apabila anda merasa kontraksi itu ada, teran dengan sekuat hati seperti kita hendak membuang air besar dan elakkan meneran pada muka kerana ia hanya akan membuatkan ibu merasa penat dan kurang tenaga untuk meneran. Apabila tiada rasa sakit kontraksi, jangan meneran tetapi rehat. Simpan tenaga untuk kontraksi seterusnya. Teran sekurang-kurangnya 10 saat ya!

Ads

3) Elakkan menjerit
Menjerit semasa hendak meneran tidak akan membawa apa-apa kelebihan melainkan ibu hanya akan mendapat sakit tekak dan penat. Saya tak tipu tau.

Elak Koyak Masa Bersalin, Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat. Jangan Angkat Punggung

4) Jangan angkat punggung
Ini adalah perkara yang selalu ibu terlupa dan kebanyakannya memang akan lakukan. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan kekoyakan hingga ke dubur. Apabila  meneran, jururawat telah memberi arahan kepada anda supaya meletakkan punggung ke bawah, itu bermakna anda memang telah mengangkat punggung anda sangat tinggi.

5) Arahan
Dengar arahan doktor dan jururawat

Ads

6) Yakin
Yakini diri sendiri. Jangan putus asa ya.

7) Doa
Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, banyakkan berdoa, istigfar dan berselawat. InsyaAllah, semoga segala urusan akan dipermudahkan.

Jangan tanya saya petua lain tau.

Sumber: Rosnalizawati Hamzah

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI