Tanpa kita sedar kita terdorong untuk melabelkan anak-anak. Kata-kata seperti anak nakal, anak lasak, anak lambat dan sebagainya, semuanya datangnya daripada mulut kita sendiri. Bukan dari orang lain.
Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Cubalah ubah kata-kata ini kerana ada kesannya buat mereka.
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.” Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengaruhi perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif. Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik.
Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Kredit: Hazhari Ismail