Tahukah anda tempat tidur bayi merupakan salah satu tempat yang berisiko menyebabkan kematian pada anak?
Mungkin ada ibu bapa yang tidak terfikir tentang perkara ini kerana tempat tidur dirasakan tempat yang selamat untuk bayi namun sebaliknya boleh berlaku jika anda tidak menitikberatkan keselamatan tempat tidur untuk bayi.
Bagaimana cara untuk pastikan bayi anda selamat ketika tidur? Ikuti perkongsian Dr. Lim ini.
TIPS KESELAMATAN TIDUR BAYI
Salah satu nasihat penting yang saya terangkan kepada semua ibu bapa baru sebelum balik adalah tentang keselamatan tempat tidur. Kebanyakannya amat terkejut dengan saranan saya dan ada yang keliru kerana anak-anak sebelum itu sihat sahaja.
Kematian kot ataupun lebih dikenali Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS – Sudden Infant Death Syndrome) dapat berlaku kepada sesiapa pun dan salah satu penyebab utama adalah tempat dan cara tidur bayi yang tidak selamat.
Di Amerika Syarikat sahaja terdapat hampir 3500 bayi meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh SIDS. Kebanyakannya berlaku pada umur kurang daripada 6 bulan, terutamanya pada umur 2 hingga 4 bulan. Tiada statistik yang kukuh dicatatkan di Malaysia tetapi kes tetap berlaku setiap tahun.
TIPS KESELAMATN TIDUR BAYI
1️.Sentiasa tidur MENELENTANG (Sleep on Back) sebelum umur 1 tahun
🔹ELAK TIDUR TEPI ATAU MENIARAP!
🔹Pada setiap waktu sekiranya boleh, terutamanya untuk bayi yang tidak berpusing lagi
🔹Sekiranya bayi sudah bergolek, anda perlu lebih peka untuk ubahkan posisi
🔹Tetapi jika dia selesa dengan posisi tersebut, digalakkan untuk teruskan posisi meniarap dan pastikan persekitaran tempat tidur selamat
2️.Tidur BILIK SAMA sebelum umur 1 tahun
🔹Tidur dalam bilik sama mengurangkan 50% risiko SIDS
🔹Ia membolehkan penyusuan dan pemantauan lebih senang
3️.JANGAN tidur bersama bayi di TILAM YANG SAMA
🔹Bayi mesti mempunyai tempat tidur sendiri sama ada kot, katil, “Playpen”, basinet ataupun tilam sendiri
🔹Tilam sambungan ke katil ataupun tilam atas katil ibubapa tidak boleh digunakan untuk bayi
🔹Risiko bayi lemas disebabkan oleh tangan ataupun badan ibu atau bapa
4️. Tilam yang KEJAP dan tidak terlalu lembut
🔹Tilam lembut senang menutupi hidung jika bayi tertidur menelentang
🔹Ia akan menghasilkan ruangan kosong di tepi tilam dalam kot
🔹Pastikan tilam sesuai dengan ruangan kot , rata, kejap, dan tiada ruangan kosong
5️.Pastikan dalam kot HANYA TILAM tanpa bantal, selimut, mainan dan pad tepi
🔹Bayi tidak memerlukan bantal untuk tidur
🔹Bahan-bahan sekeliling meningkatkan bayi mati lemas terutamanya selimut, bantal dan pad tepi.
6️. Suhu yang sesuai
🔹Pastikan bayi tidak tidur tepat di bawah cahaya matahari dan mempunyai pengaliran udara yang baik
🔹Tidak tidur dengan selimut dan hanya dengan baju yang tidak longgar dan selapis kain bedung sahaja
🔹Kekalkan suhu pendingin udara pada 24 hingga 26 darjah Celcius
7️. Jangan menggunakan BUAIAN
🔹Buaian berisiko untuk kecederaan dan pendarahan dalam otak
🔹Bayi berisiko untuk jatuh daripada buaian
8️. Pastikan persekitaran yang bersih dan tanpa rokok
🔹Risiko SIDS bertambah terutamanya terdapat perokok di dalam rumah
🔹Lebih-lebih lagi ia akan meningkatkan risiko jangkitan kuman paru-paru untuk bayi
🔹Elakkan individu yang tidak sihat berdekatan dengan bayi
9️. Boleh menggunakan puting semasa tidur
🔹Bayi yang menggunakan puting bayi (Pacifier) semasa tidur mengurangkan risiko SIDS
🔹Mulakan puting bayi hanya selepas bayi sudah pandai penyusuan ibu, disarankan selepas 1 BULAN
🔹Jangan paksa jika bayi tidak suka, sesetengah memang tidak menyukai puting bayi
10. Penggunaan alat pemantauan tidur bayi: tiada bukti kukuh
🔹Kajian mendapati alatan-alatan ini tidak mengurangkan risiko SIDS
🔹Ia berpotensi meningkat risiko kerana terdapat alat yang perlu diletakkan di sekeliling dan pada badan bayi untuk pengesanan.
“Malang tidak berbau”
⚠️Kes bayi meninggal dunia semasa tidur, lemas disebabkan oleh hentakan tangan bapa di tilam sama pernah berlaku. Terdapat juga kes bayi lemas dijumpai di bawah selimut dan lemas tidur meniarap di atas bantal.
👨⚕️Kes-kes kematian bayi mengejut adalah kes yang paling susah diterima oleh ibu bapa mengikut pengalaman saya sebagai doktor kanak-kanak.
👉Lakukan tip-tip ini SEKARANG dan jangan menyesal kemudian!!!
#TipsPenjagaanBayi
#TipsBayiTidur
#DrLimSalamSenawang
Kredit: Dr Lim
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!