Kebanyakan ibu-ibu mesti pernah mengalami masalah bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat dan sebagainya.
Bagi pengetahuan ibu-ibu, antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan berasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.
Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.
Menurut Kaunselor Laktasi, Ziela Juzaila, bengkak susu memang sakit dan jangan dibiarkan lama. Boleh melarat dan jadi lebih teruk lagi. Daripada bengkak boleh jadi mastitis. Jika tidak dirawat awal jadi bernanah sehingga perlu pembedahan.
Bagaimanapun, ada ibu yang mengamalkan petua dari orang tua-tua untuk menghilangkan bengkak tersebut tetapi tak tahu kesan disebaliknya.
Berikut dikongsikan cara yang betul dan boleh diamalkan:
Pertama:
Elak letak kobis . sebab kobis ada enzim yang boleh mengecutkan kilang susu dan boleh mengurangkan susu ibu. Sekiranya masih mahu letak juga, sekejap cukup.
Kedua:
Elak guna pam sebab memerah guna pam boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan malah boleh makin melarat. Perah guna tangan. Tangan kita boleh merasai setiap satu saluran pada breast. Tangan kita juga panas yang boleh melancarkan aliran susu yang tersumbat. Sedutan pam tidak sama langsung dengan perah guna tangan. Bila breast dah berasa agak lembut, gunalah pam dengan mode yang ringan.
Ketiga:
Elak guna tuam panas sebab tuam panas semasa bengkak/saluran tersumbat boleh menyebabkan saluran susu meradang. Tuam sejuk dulu hingga kebas barulah urut. Guna ice pack. Urut perlahan2 hingga susu keluar di nipple, bengkak surut dan tidak mengeras lagi. Dah kurang sakit barulah tuam suam2 panas. Hot shower pun membantu.
Keempat:
Tukar posisi menyusu, supaya semasa menyusu sebelah tangan boleh urut perlahan-lahan di bahagian yang tersumbat. Susu dapat dikeluarkan dari pelbagai arah. Hisapan baby ni efektif membantu melancarkan susu yang paling dalam.
Kelima:
Kerapkan direct feeding. Dapat cuti lagi bagus boleh direct feeding 24jam. Baby mampu mengeluarkan susu yang paling dalam.
Keenam:
Usaha sungguh-sungguh. Susu sentiasa dihasilkan jadi kena konsisten keluarkan susu dan rawat bengkak susu hingga sembuh dan jika ada ketulan rawat sehingga hilang.
Moga dipermudahkan usaha merawat bengkak susu. Usah bertangguh.
Sumber: Ziela Juzaila