Kes tular seorang ibu yang kehilangan bayinya baru-baru ini meruntun hati dan emosi seorang ibu. Ibu mana yang mahu meninggalkan anaknya sendiri. Tak mungkin!
Bagi mengelakkan kes yang sama berulang lagi atau bimbang kita leka pada persekitaran, seorang doktor perubatan, Dr Ita Jusnita berkongsi tip menetapkan ingatan atau reminder ini menggunakan aplikasi Waze yang sentiasa menjadi pembantu kita sepanjang memandu.
Sekurang-kurangnya dengan ingatan ini, sebaik sampai ke destinasi, Waze membantu. Mak ayah wajib tetapkan di telefon sekarang!
5 LIFE SAVING STEPS- BAGAIMANA WAZE MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA KANAK-KANAK
Baru-baru ini seluruh Malaysia hiba di atas musibah yang melanda seorang ibu yang juga merupakan Doktor Perubatan, yang saya pasti tidak sengaja dan bukan atas kehendak dirinya, terlupa bahawa bayinya ditinggalkan di dalam kereta. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.
Ini bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?
Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat (credit to Kak Muhaida).
Ads
Saya berpendapat ianya wajar dikongsi dan mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK.
Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi.
Saya tunjuk 5 langkah untuk set reminder ini di ruang gambar dan caption.
Langkah #1 Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.
Langkah #5 Boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal? Dengan mesej ini, ianya membuatkan saya berfikir sejenak, di mana anak-anak saya ketika itu?
Mesej akak pop-up sejurus kereta sampai dan BERHENTI di destinasi. Contoh di video akhir. Tonton sehingga video tamat ya.
Rambut yang panjang dan cantik memang menjadi idaman ibu-ibu yang mempunyai bayi perempuan.
Bila rambut panjang lebih cantik dan mudah untuk diikat serta digayakan. Memang nampak bayi lebih ‘cute’ dengan pelbagai aksesori rambut kan?
Namun lain pula jadinya pada ibu si kembar ini apabila bayi kembarnya selalu sahaja menarik rambut antara satu sama lain.
“Mereka memang suka bermain bersama, tapi suka juga tarik rambut sesama mereka.”
“Cuba letak minyak yang banyak dekat rambut tapi tetap tak berjaya”
Tambah ibu ini lagi, pelbagai cara digunakan namun tidak berjaya. Akhirnya dia terfikir satu cara yang boleh mengatasi masalah ini iaitu membotakkan kepala kedua-dua si kembar.
Walaupun sukar untuk membuat keputusan ini, namun akhirnya si kembar tak lagi dapat menarik rambut antara mereka.
“Hanya satu solusi yang kami dapat fikirkan dan nampaknya berjaya!”
“Nampak kelakar tengok mereka tapi ini keputusan yang paling susah nak dibuat”
Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir-akhir ini, ada yang melibatkan kematian ibu bapa, kematian anak dan juga kecederaan teruk. Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara. Anak-anak yang masih kecil memerlukan ibu bapa disisi untuk membesar namun siapa kita untuk melawan takdir. Ajal maut ditangan tuhan.
Sebagai peringatan untuk kita, berhati-hatilah ketika berada di atas jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda di rumah. Pastikan anda memakai alat keselamatan ketika berada dalam kenderaan.
Jangan bawa melebihi had kelajuan yang ditetapkan semata-mata ingin sampai ke rumah cepat, kelalaian sekelip mata boleh menempah maut.
Menerusi perkongsian Marzuki Zulkufly, dia menasihati agar rider-rider sentiasa membawa motosikal dengan berhemah dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Ya, kita semua terkesan dengan berita kematian pasangan yang terbabit dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Sebagai rider yang hari-hari ulang alik pergi kerja bersama isteri, selalu aku pesan pada diri ini, ingatlah anak yang sedang menunggu kepulangan mak ayahnya di rumah. Bila bawak motor, kalau ada rider lain yang bawak laju sambil sailang macam haram, aku tak endahkan.
Yang cucuk-cucuk belakang konon nak cepat, aku ketepikan motor, bagi je diaorg jalan. Yang cucuk angin kereta motor, aku tak ikutkan. Lori besar laju, ko jauhilah dia. Buanglah ego. Pandanglah kiri kanan dua tiga kali sebelum nak overtake. Biar lambat, asal selamat.
Tiap hari, tiap petang, anak akan tunggu depan rumah tunggu kami. Jadi biarlah lambat. Asal selamat.
Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam.
Berikut artikel yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Persekutuan, penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh syarak.
Namun menurut Mufti, kesan gerakan anti-vaksin dalam masyarakat Malaysia sebenarnya semakin parah dan membimbangkan.
Penolakan pengambilan vaksin meningkat
Dalam artikel tersebut memberitahu bahawa gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.
Kesan daripada penolakan tersebut, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak sekali!
Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018.
Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.
Apakah imunisasi dan vaksin?
Bagi anda yang masih belum jelas mengenai apa itu imunisasi dan vaksin, Mufti turut menerangkannya dalam artikel tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Tiada Sumber Meragukan
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:
Pembiakan: Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin.
Pengasingan: Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa langkah pembiakan.
Penulenan: Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk digunakan dalam vaksin.
Formulasi: Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini juga merangkumi penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen penstabil. Di peringkat akhir proses penghasilan, vaksin diisi ke dalam botol atau picagari dan dibungkus untuk dihantar ke fasiliti kesihatan.
Kesan Pengambilan Vaksin
Mungkin ada dalam kalangan anti-vaksin yang menganggap vaksin tidak ‘mujarab’ untuk mencegah penyakit. Tapi, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui vaksin:
Smallpox(cacar) telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada orang yang dijangkiti.
Poliomyelitistelah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.
Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.
Kita dilindungi dari barah (kanser) tertentu seperti vaksin Human papilloma virus(HPV) memberi perlindungan terhadap kanser pangkal rahim manakala vaksin hepatitis B memberi perlindungan terhadap kanser hati.
Selain itu, pengambilan vaksin juga dapat melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan). Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.
Nasihat Mufti
Dalam artikel berkenaan, Mufti juga berpesan kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam tidak sepatutnya menolak vaksin.
Memandang kajian mengenai vaksin sudah menempuh ratusan eksperimen dan puluhan tahun pengalaman, sehingga menghasilkan penawar dan pencegahan antara yang terbaik dalam sejarah perubatan manusia, maka tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam menolak pemberian vaksin ini atas alasan yang tidak kukuh sehingga menyebabkan kerosakan dan penyakit kembali merebak dalam masyarakat kita.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...