Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah. Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk. Ada sahaja keletahnya.
Namun bagi pelakon Mia Ahmad, dia punya cara sendiri untuk memastikan anak kecilnya duduk diam ketika membawa mereka makan di luar.
Menurut kata Mia, penggunaan gajet pada anak semasa makan seharusnya dijadikan pilihan paling terakhir jika tiada pilihan.
Namun bagi Mia dia punya caranya yang tersendiri dan ini yang dikongsikan olehnya di Instagram.
“Dalam Islam pun ada cakap tak boleh berlebihan dalam sesuatu perkara.
“Jadikan gadget as a learning tool bukan menggantikan real play anak-anak. Kadang-kadang situasi memaksa juga. Hopefully gadget ni jadi our last options,” tulisnya.
Apa yang dilakukan oleh Mia dan suaminya adalah memastikan empat perkara ini sebelum keluar makan.
“Jangan bagi makan 3 jam sebelum sebelum nak pergi dine in. Junk food pun jangan bagi.
“Pilih tempat dine in yang luas dan jauh dari orang lain, private room better.
“Standbyb color pensil, crayon, kertas kosong atau mainan favourite diorang.
” Biar diorang explore sesuka hatilah nak buat apa asalkan jangan ganggu orang lain,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pengikut Mia ternyata bersetuju dengan tip yang dikongsikan Mia malah turut sama berkongsi beberapa tip tambahan untuk membawa anak keluar.
View this post on Instagram
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI