Kehamilan

Elak Makan Kicap, Takut Gelap. Warna Kulit Anak Ikut Genetik, Bukan Makanan

Share

Naik risau ibu hamil, banyak sangat momokan pelik yang diberitahu kepada mereka. Semua benda serba tak kena, kesannya boleh terjadi pada bayi. Sesetengah nasihat tu, kalau difikirkan secara logik langsung tak masuk dek akal.

Artikel Menarik: [Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan, Kesan Asap Rokok!]

Ada beberapa mitos kehamilan yang tidak logik tetapi masih menjadi kerisauan si ibu. Dalam penulisan di laman Facebook, Dr Erna Nadia ada berkongsi tentang hal ini.

MERUNGKAI MITOS YANG ENTAH BILA AKAN HABIS
1. Bila kita buat ujian kehamilan melalui air kencing ( urine pregnancy test) dan kita dapat dua line merah macam gambar kat bawah ni, sudah tentulah jawapannya positif!

Positif maksudnya tahniah, anda sudah hamil!

Di belakang plastik ujian itu sudah diterangkan apa maksud kalau satu line ke, dua line ke.

Rajin rajinlah membaca ya😊

Jika anda dapat dua line tapi satu line tu agak kabur, tolong repeat/ulang ujian kehamilan lagi dua atau tiga minggu. Itu namanya false positive.
Ini berlaku kerana level hormone beta HCG anda masih tidak tinggi.

Bila sudah dapat dua line, pergi ke klinik kesihatan atau klinik ibu dan anak yang berdekatan dengan anda untuk daftar kehamilan, orang kita kata buka buku merah.

Scan pertama akan dilakukan bila kandungan melebihi 6-8 minggu. Jika scan awal awal, susah untuk nampak kantung atau nadi bayi.

Tak perlu pergi ke kecemasan untuk periksa jika anda hamil atau tidak melainkan jika ada pendarahan atau sakit perut yang melampau.

Artikel Menarik: [Kerap Mandi & Tidur, Ibu Hamil Biasa Buat Untuk Hilangkan Sakit Kepala]

Mengandung bukanlah kes kecemasan.
Tolong jangan salah guna bahagian kecemasan hospital.
Kalau anda tak mampu membeli ujian kehamilan, tunggu sehingga pagi dan pergi ke klinik kesihatan.

2. Tidak ada istilah boleh tahu jantina bayi dengan meletakkan air kencing ibu dicampur dengan soda bikarbonat.

Air kencing ibu dan bayi adalah berbeza.

Ibu yang kencing, itu air kencing ibulah.
Apa kaitan dengan jantina bayi?

Nak tahu jantina bayi, wajib scan.

Tak ada istilah juga perut lonjong, perut bulat, perut bentuk bunga itu bayi sekian sekian.

Bentuk perut itu bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim.

3. Lagi mengarut bila orang kata jangan makan kicap, nanti anak kau gelap macam kuali.

Anak gelap ka putih ka kuning ka, itu semua bergantung kepada genetik.

Tidak kaitan dengan warna makanan atau minuman yang kita ambil.

Minum soya 8 gelen sehari pun tak akan buatkan anak anda putih, cuma boleh menyebabkan kulit anda berisiko untuk menjadi sensitif sahaja nanti.

Habis, kalau selalu makan sayur, anak keluar jadi hijau ka?

4. Letak bedak di celah paha bayi tidak menyebabkan kanser.

Janganlah letak bedak dengan banyaknya. Risau terlalu tebal sehingga mengganggu anak untuk buang air kencing dan jangkitan sahaja.

Letak nipis di celah paha sudah mencukupi.
Jika ada nappy rash, boleh dapatkan krim di klinik kesihatan untuk pemeriksaan yang betul.

Tak adanya bedak ka deodorant ka yang boleh menyebabkan kanser.

Henti hentikan lah sebar benda yang tak betul tu.

Ok, cukuplah dahulu pagi ni.
Nak kena sedut udara segar lepas baca mitos merapu setiap pagi.

Artikel Menarik: [Kandungan ‘Tak Jadi’, Bila Hamil Je Gugur. Ada Sebabnya Kenapa Macam Tu]

Ingat ya,
1. Kalau ujian kehamilan dua garis, anda mengandung.
2. Nak tahu jantina bayi, wajib scan.
3. Warna jenis makanan dan minuman tidak mempengaruhi warna kulit anak anda.
4. Letak bedak di kemaluan bayi tidak menyebabkan kanser.

Nota kaki : Satu mulut ada banyak perisa. Bayangkan mitos yang disampai dari satu mulut ke mulut, entah berapa banyak perisa dicampur aduk dan ditokok tambah✌️

Published by
Emy H