Memang kalua mengelakkan makan minum manis itu  penting bagi ibu yang mengalami diabetes masa hamil. Tapi itu baru 10%. Dietitian cadangkan buat 3 perkara ini juga baru boleh turunkan gula dalam darah lebih berkesan.

Pegawai dietetik Puan Fizah Sobri telah berkongsi tentang kencing manis di kalangan ibu hamil. Ramai yang beranggapan mengelakkan makanan & minuman manis sudah cukup untuk mengawal paras gula, sedangkan banyak lagi faktor lain yang perlu ditekankan.

Disamping itu, ada ibu yang bertindak tidak makan & minum untuk mengelakkan paras gula dalam darah meningkat. Ini adalah contoh cara kawalan salah yang perlu diperbetulkan. Berikut ialah perkongsian beliau;

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

IBU MENGANDUNG DENGAN KENCING MANIS ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

Penyakit ini tak sama dengan kencing manis dewasa biasa.Ia lebih bahaya. Komplikasi lebih teruk sebab ia bukan sahaja memberikan efek kepada ibu tetapi juga bayi yang dikandung.

Antara komplikasi kepada bayi ialah;

  1. Bayi boleh lahir besar dengan berat lebih daripada 4kg dan ke atas. Keadaan ini pula boleh menyebabkan komplikasi sewaktu lahir.
  2. Bayi boleh sangkut kepala ketika bersalin dan ini boleh menyebabkan baby lemas.
  3. Bayi juga boleh sangkut di bahu dan menyebabkan kecederaan saraf di bahagian bahu (shoulder dystocia).
  4. Bayi juga boleh meninggal akibat hypoglycemia (keadaan gula dalam darah yang terlalu rendah).
  5. Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan (intrauterine death).

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

 

TERLALU STRICT KAWAL DIET BERI KESAN NEGATIF KEPADA JANIN

Memang mommies takut bila kena GDM ni dan akibat ketakutan ni ramai yang terlalu strict dalam mengawal diet

“Sebab doktor / misi kata tak boleh makan banyak / makan nasi sebab nanti gula naik”

Mommies memang betul jika makan dengan cara tak betul gula akan naik, tapi terlalu sikit baby dan mommy juga tak akan cukup zat

” Saya dah elak dah makan minum manis tapi gula tetap naik jugak..”

Makanan yang perlu dielakkan kecuali bila HYPOGLYCEMIA (bacaan darah bawah 4.4mmol/l) adalah seperti gula, jem,kaya,minuman bermalt, cordial air, air bertin/berkotak,dan gula gula

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

ELAK MAKAN MINUM MANIS HANYA 10% SAHAJA, KENA BUAT 3 PERKARA INI JUGA

Menurut Fizah, tindakan ibu-ibu mengelakkan makanan dan minuman manis  hanya akan memberikan kesan 10% sahaja dari pengawalan diet. Ibu-ibu perlu mengawal dan melakukan beberapa perkara ini untuk memastikan kencing manis terkawal. Maka mereka juga perlu

#1. Menjaga jadual makan

Ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil perlu memastikan jadual makan teratur. Makan perlulah secara konsisten, pada masanya (on time), tidak boleh melangkau waktu makan (no skipping meals) dan jika perlu masukkan snack time bila yang sesuai.

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

#2. Mengawal jumlah makanan

Ibu juga perlu memastikan untuk mengambil semua macronutrient, karbohidrat, protein, lemak dan juga WAJIB ada serat setiap kali makan berat.

Fizah jugat melarang agar ibu yang mengalami kencing manis ketika hamil memakan sayur dan lauk sahaja.

IKLAN

Katanya karbohidrat perlu dipantau dan disukat kerana sebab ini yang menyebabkan kenaikan gula jika terlebih makan. “Tapi kalau TAK MAKAN mommies takde tenaga nanti dan akan pengsan.”

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

#3. Jenis makanan

Ibu perlu tahu jenis-jenis makanan yang boleh diambil bila-bila masa, dan ada ada yang perlu diawasi (jika ambil gula dalam darah boleh naik dengan tinggi dan mendadak, hanya boleh diambil jika hypo sahaja). Ada juga yang perlu dihadkan (makanan yang ada gula tapi tak rasa manis, boleh makan tapi kena kawal kuantiti)

Ada juga pertambahan zat-zat seperti melalui supplement zat besi, vitamin C, B complex, asid folik dan kalsium.

“Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10%”. Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

IBU GDM JANGAN SEWENANGNYA AMBIL SUPLEMEN

Fizah turut menerangkan tentang tindakan ibu-ibu yang mengambil suplemen untuk mengawal gula dalam darah sedangkan ia akhirnya boleh memudaratkan.

Dan ada juga bab mommies ambil susu ibu mengandung atau maternal milk formula.

IKLAN

TIADA SUPPLEMEN DI LUAR SANA YANG AKAN MENGAWAL KENAIKAN GULA DALAM DARAH

Pengawalan hanya datang dari cara mommy MENGAWAL DIET SAHAJA dan sama ada perlu atau tidak bantuan insulin.

Saya ulangi TIADA SUPPLEMEN YANG BOLEH MENGAWAL KENAIKAN GULA DALAM DARAH

Tolong jangan mudah percaya pada penjual supplemen.

Supplemen seperti namanya tujuan adalah untuk menambah zat yang tak cukup dari diet

BUKAN SEBAGAI UBAT/RAWATAN.

Jika mommies dapat ambil zat dengan cukup dari diet tak perlu pun supplement

Pokoknya nak jaga GDM perlu pengawalan diet yang betul

Secara amnya untuk elak pengambilan karbohidrat yang berlebihan atau terlalu kurang boleh amalkan tips berikut;

  • Pinggan yang kosong ambil 2 jenis sayur HIJAU dahulu.
  • Kemudian baru ambil sumber protein (lauk seperti ayam,ikan,daging,telur).
  • Akhir sekali baru sumber karbohidrat (seperti nasi, mee, meehoon, kuehteow, roti, biskut, oat)

Sumber: Fizah Sobri, www.nasihatdiet.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI