Bukan mudah ya, kita nak bekerja dan anak-anak dengan kelas online mereka. Macam-macam hal, kalut setiap hari! Fitrahnya anak-anak, mereka suka bebas untuk bermain. Suka explore dan buat perkara baharu setiap hari. Apabila pergerakan mereka terbatas, mulalah muncul pelbagai idea pelik yang kadang-kadang buat kita naik hantu! Maklum sajalah, anak-anak tak boleh keluar rumah sekarang, jadi segala idea dibuat di rumah.
Itu adalah normal dan sebagai ibu ayah kita harus memahami naluri anak-anak. Mereka adalah anak yang bijak dan kreatif, sebab itulah kita selalu ‘dikejutkan’ dengan idea mereka setiap hari. Sebenarnya, perkara itulah yang membahagiakan untuk dikenang (walaupun masa berlaku tu memang geram dibuatnya!).
Menurut perkongsian dari Pn Wawa Shauqi, sangat penting untuk kita menjadi ibu ayah yang mudah terhibur. Eh, macam mana pula tu kan? Ikuti penulisan ibu kepada dua orang anak ini;
Jadi mak ayah ni, kena latih diri untuk mudah terhibur. Pernah satu ketika ni saya ditegur. Macam mana saya boleh bersabar dan steady bila anak kacau saya waktu tengah rekod video.
Ada satu video tu, saya biarkan je anak main-main kat sebelah. Saya ni bukanlah 100% penyabar. Ada tahap yang saya goyah juga. Pulak tu saya spesis yang mudah annoyed juga.
Tapi saya perasan, bila saya LATIH diri untuk mudah terhibur, saya melihat banyak perkara dari sudut yang membahagiakan.
Bayangkan kalau semua benda kita pandang serius. Anak main kejar-kejar kita akan mudah rimas. Anak terloncat, jantung kita pun ikut meloncat. Anak memanjat, sabar kita terperanjat. Anak menjerit happy pun kita ikut menjerit.
Tapi kalau kita cuba pandang guna sudut ‘mudah terhibur’, kita akan tersenyum dengan hampir setiap telatah anak. Anak berkejaran, kita rasa syukur mereka masih sihat. Anak memanjat, kita akan perasan betapa cepatnya mereka membesar. Anak menyepah, kita dapat bayangkan hebatnya otak mereka bekerja.
Jangan kata hal anak. Saya ni kalau start mode mudah terhibur, tengah basuh blueberry hari tu pun rasa berbunga di hati. Pebenda. Tengah potong brokoli pun tergelak kecil. Tah apa yang comel kat brokoli tu. Dapat basuh tangan pun ya Tuhan nikmat rasa air lalu ke tangan. Pijak rumput pun, sedap betul rasa tapak kaki memijak. Dapat berguling dengan anak-anak pun, terhibur sungguh rasa.
Betapa besarkan impak positif bila kita latih diri jadi mudah terhibur ni. Kita akan jumpa nikmatnya bila memandang sesuatu dari sudut membahagiakan. Kadang bila dah overdose terhibur tu, pinggang sakit dan tapak kaki pedih dek lama berdiri dan non stop buat kerja pun… Badan terasa rasa puas semacam.
Sebab hati bahagia dapat divert ‘letih’ kepada ‘rasa diri produktif’. Cuba. Latih. Pilih. Untuk jadi ibu yang lebih bahagia. Lebih ceria. Mana tau, keceriaan awak tu berjangkit kat orang yang melihat awak.❤️❤️❤️
Anak-anak yang sedang membesar memang banyak ragam. Benarlah, kita harus cuba memandangnya dari sudut yang positif. Tak mudah, tapi tidak mustahil. Kalau asyik marah-marah pun letih juga kan? Berikan mereka ruang untuk bereksplorasi dan kemudian sama-sama kita ajak mereka untuk kemas semula rumah yang bersepah. Dengan cara ini, anak gembira dan kita pun TAK STRES!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Figura seorang papa sangat memberi makna dalam kehidupan anak-anak. Memang anak pandang tinggi pada papa mereka dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dan anak akan ikut.
Betul, kalau papa layan mama umpama queen, anak-anak akan ikut sekali. Kalau papa jenis bertimbang rasa dan ringan tulang bantu mama, anak-anak pun akan teruja nak ikut tolong juga!
Biarpun anak selalu manja dengan ibu tetapi sebenarnya mereka seronok bila ayah ada. Banyak benda boleh dibuat bersama dan ayah biasanya lebih santai dan suka bergembira dengan anak-anak. Ibu mungkin sedikit tegas tetapi tetap menyayangi anak. Ada bezanya cara didikan ayah dan ibu.
Besar sebenarnya peranan seorang papa dalam mendidik anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (Penulis Tip Keibubapaan), penting sangat untuk papa sentiasa menegur anak-anak kalau ada buat salah. Banyak impak positif bila papa rajin tegur anak ni, antaranya;
– Anak lebih baik tingkahlakunya (PQ) – Anak lebih stabil emosinya (EQ) – Anak lebih cerdik kognitif judgement (IQ) – Anak lebih tinggi harga dirinya (SQ)
Tambahnya lagi, pasangan suami isteri saling melengkapi. Mama tugasnya sebagai guru kasih sayang dan apa pula guru tabiah anak-anak. usah alpa dalam mendidik anak, teguran adalah untuk melentur mereka!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada papa-papa di luar sana untuk terus menunjukkan contoh terbaik pada anak anda. Memang anak-anak look up pada papa, jadi ajarlah mereka dengan sebaiknya supaya menjadi individu terbaik pada masa akan datang.
“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”
“Dulu, asal tak nampak saya melalak kemain, sekarang macam-macam perangai yang mengeramkan saya. Mana taknya, mainan orang dia rebut, kongsi..emm jangan haraplah. Kadang tu tolak kawan. Geram betul saya. Dah cakap baik-baik tak nak dengar. Berbuih dah mulut ni pesan kat dia. Buat juga.”
“Orang kata jangan dibiarkan perangai macam ni. Nanti jadi budak degil. Tapi, kesian pula bila dah pukul. Tapi kalau tak buat gitu, menjadi-jadi plak perangainya.”
Dalam perkongsian oleh Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan, Ibu Rose sebelum ini umur 1 tahun 6 bulan macam ni tak boleh pukul atau hukum. Jadi apa nak dilakukan sebenarnya.
Baik, demi meredakan keresahan, biar Ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Miliki kesemuanya anak perempuan? Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”dapat anak perempuan, anak semua perempuan, kelebihan anak perempuan, anugerah anak perempuan, keistimewaan anak perempuan
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlak dirinya.
Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sarung tangan, peniaga makanan perlu pakai atau tidak? Doktor ini kongsikan faktanya. sarung tangan dan ada yang tak? Mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya perlu ke pakai sarung tangan atau sekadar pilihan sahaja?