Sebagai ibu bapa, pernah tak anda perhatikan gelagat si kecil apabila dia mula marah? Cara dia meluahkan marah? Adakah sama seperti anda ketika anda sedang marahkan si kecil?
Jika ia, ubahlah dari sekarang kerana sikap ibu bapa sebenarnya ditiru oleh anak-anak kecil dan mendatangkan kesan kepada otak serta perkembangan mereka. Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak ini.
JANGAN CEPAT NAK MARAH ANAK
Kredit:Dr.Ahmad Luqman Bukhari
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Occupational Therapist Kongsi 5 Tip Elak Anak Beli Jajan Di Kaunter Bayaran
Kelakuan anak yang suka beli jajan di kaunter bayaran menyebabkan ramai ibu bapa rasa stres setiap kali keluar membeli belah barang rumah.
Biasanya sebab tak tahan bila anak mula buat perangai menjerit, menangis dan lebih ekstrem berguling-guling, ibu atau ayah akan cepat-cepat penuhi keinginan anak untuk beli jajan yang ada di kaunter bayaran.
Sehinggalah ada seorang bapa berkongsi surat menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara peniaga yang gemar ‘menayangkan’ jajan-jajan tersebut kerana tahu boleh menarik perhatian kanak-kanak membelinya.
Perkongsian beliau itu tular dan diakui oleh ramai ibu bapa yang turut menyokong agar para peniaga pasaraya tidak sewenang-wenangnya sengaja meletakkan tarikan jajan di kaunter bayaran.
Sebenarnya tak boleh nak salahkan para peniaga sebab itu strategi penjualan mereka. Tetapi ibu bapa sendiri perlu ada strategi sendiri bagaimana mendisiplinkan anak masing-masing agar tak mudah terpedaya dengan jajan-jajan tersebut.
Kalau tak ada idea, anda bolehlah cuba tip yang dikongsi oleh Puan Aisyah Rozalli seorang Occupational Therapist ini.
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan “non-needed add-on items” di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum “check out” oleh pembeli.
Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda “terpaksa” beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?
Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi…..
Alah bisa, tegal biasa.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni!
(Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Jadi, ini strateginya. Mama ayah, good luck!!!
1. SOCIAL STORY SEBELUM PERGI SHOPPING
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon……).
Anda boleh:
a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja (atau)
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu “strict” sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der… Cuba dulu.
2. MINTA ANAK TULIS SENARAI BARANG MAHU DIBELI
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
Leceh? Oh, well… Saya dah suggest
3. BINCANG SEPANJANG PERJALANAN APA YANG BOLEH DIBELI SAHAJA.
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
4. KEBALKAN DIRI: TAHAN TANGIS
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!!
Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka.
Tegas bukan pukul.
Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling?
Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap “sorry ye, tak boleh beli”.
Mama, boleh buat pembayaran.
Apa yang penting?
Kerjasama!
5. RAJIN-RAJIN LUANGKAN MASA DENGAN ANAK.
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Saya panggil Q-15 (Quality 15 minutes). Kalau susah nak dapat 15 minit, hmm…… Susahlah juga….
OK. Semoga Berjaya
Sumber: OT AisyahRozalli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masa Anak Kecil, Bagilah Kebebasan Bermain. Otak Lebih ‘Pickup’ & Fokus Bagus!
Selalu kita dengar orang cakap, biarkan anak bermain sepuas-puasnya dulu dan kecapi kebahagiaan masa kecilnya. Apabila anak dah besar, nikmat ini dah tak dapat di ulang kembali dan akan berlalu begitu saja. Rugi sangat kan?
Namun dek kerana peredaran masa sekarang, teknologi lebih menguasai perkembangan anak-anak kita. Sehinggakan anak sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan gajet atau menonton televisyen setiap hari.
Aktiviti bermain seolah-olah tak dijadikan aktiviti utama anak. Masing-masing lebih suka bersendirian dalam bilik. Sebagai ibu bapa kita harus berikan anak kebebasan bermain. Nak tahu kenapa?
ARTIKEL BERKAITAN [“Allah Tegur Cepat, Maafkan Mama..” Asbab Gajet Anak Disahkan Bell’s Palsy]
Berikut perkongsian Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi
Penting ke bermain ni untuk kanak-kanak? Tak penting. Tapi SANGAT PENTING.
Kajian mendapati anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang membenarkan mereka bermain dan meneroka, otak mereka akan berkembang dengan sangat pesat.
Sebab itu hak anak bermain jangan dihalang.
Dan sebab itu kita perlu takut sekiranya anak dibiar menonton TV atau bermain gajet berjam-jam lamanya.
Dan kita patut lakukan sesuatu sekiranya anak tak tau nak cari inisiatif untuk hiburkan diri sekiranya gajet / skrin tak ada.
BACA [Ini Petanda Anak Hanya Lambat Cakap Bukan Autism. Ibu Ayah Perhatikan Ciri Ni!]
Bila bermain, anak-anak ada medium untuk salurkan tenaga mereka. Kurang jugalah insiden mengamuk.
Bermain juga menjadikan badan mereka cekap, otak mereka laju, fokus mereka makin tajam dan kemahiran sosial mereka hebat. Malah IQ dan EQ mereka bergerak seiringan.
Kredit: Wawa Shauqi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kaki Memberontak, Jangan Marah Atau Terus Menghukum. Ibu Bapa Perlu Bersikap Terbuka Sebelum Tanganinya.
Bila berhadapan dengan anak yang kaki memberontak, ibu bapa perlu belajar bertenang dahulu dan belajar untuk lebih terbuka sebelum tanganinya. Anak-anak sikapnya berbeza. Ada yang mudah untuk mendengar kata dan ada yang agak susah sedikit. Namun apa pun kekurangannya pasti ada cara untuk mengatasinya.
Saya ibu kepada empat orang anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Menjadi kelaziman setiap anak mempunyai perangai masing-masing namun apa yang memeningkan kepala adalah, anak perempuan kedua sering memberontak dan melawan cakap saya berbanding anak-anak yang lain. Anak-anak yang lain terpaksa mengalah jika dia mengamuk. Hampir semua perkara sudah saya lakukan untuk disiplinkannya tetapi tidak berjaya.
Julia – Keramat, Kuala Lumpur
Semua orang mempunyai karakter dan personaliti yang berbeza walaupun dilahirkan oleh ibu yang sama dan mempunyai bapa yang sama. Kadang kala personaliti itu jauh berbeza dengan ibu bapanya. Apatah lagi di kalangan adik-beradik. Mungkin ada sedikit persamaan antara satu sama lain. Namun, ia masih berbeza.
Ada karakter yang sangat kontra dengan adik-beradik yang lain. Anak perempuan puan yang kedua ini mempunyai personaliti yang sangat berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Sekiranya adik-beradik yang lain terpaksa mengalah, bermakna mereka mempunyai karakter yang hampir sama. Ini menunjukkan yang lain sudah dapat melihat perbezaan karakter adik-beradiknya. Justeru, puan perlu menekankan aspek memahami dan menerima perbezaan orang lain.
Bagi mengurangkan sikap anak suka memberontak, puan perlu terima kenyataan jika salah seorang anak anda ada yang panas baran (istilah untuk orang dewasa). Dengan cara ini, anda akan lebih terbuka dan kurang tertekan. Apabila kurang tekanan, maka anda dapat menangani masalah ini dengan berhikmah.
Jangan membanding-bandingkan anak-anak terutama di hadapan mereka. Ia boleh menyebabkan dia rendah diri, cemburu atau berdendam dengan adik-beradik yang menerima pujian. Perbandingan akan menjadikan dia lebih memberontak dan kuat melawan.
Sebagai ibu bapa, jadikanlah contoh terbaik. Kadang kala karakter memberontak itu dipelajari daripada kita. Mungkin anda tidak sedar ia berlaku ketika tidak sependapat dengan pasangan. Jadi, anda harus mengawal rasa amarah. Janganlah bergaduh dan bermasam muka di depan anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI