Masalah tulang pinggul bayi teralih atau hip dysplasia kerap ditemui pada masa pemeriksaan selepas bayi baru lahir oleh doktor (kongenital) tetapi ada yang berkembang selepas itu.
Hip dysplasia yang berpunca daripada masalah kongenital sejak lahir seperti genetik, masalah dalam rahim, kedudukan bayi yang songsang dan ketidakseimbangan hormon ibu semasa hamil.
Bagi hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
TANDA-TANDA SEBELUM BAYI BERJALAN
Anda perlu memerhatikan tanda awal hip dysplasia pada bayi seperti berikut;
-Kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bahagian kelangkangnya sempit.
– Lipatan kulit pinggul tidak seimbang antara satu sama lain.
– Sebelah kaki pendek dan terkeluar.
– Pinggul berbunyi setiap kali digerakkan.
Ads
TANDA-TANDA SELEPAS BAYI BERJALAN
Apabila kanak-kanak mula berjalan ibu bapa mungkin melihat kaki anak tengkot. Jika hip displasia ini melibatkan kedua-dua belah kaki, mereka kemungkinan akan berjalan seperti itik dan punggung tertonggek. Sekiranya ia berlaku pada sebelah sahaja dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kaki anak jadi pendek sebelah.
PASTIKAN PENGGENDONG BAYI DIGUNAKAN DENGAN BETUL!
Pemakaian penggendong bayi yang salah boleh menjadi salah satu punca kepada masalah tulang pinggul ini. Perhatikan penggendong yang anda gunakan dan cara pemakaiannya terhadap bayi, adakah ia mendedahkan si manja kepada masalah hip dysplasia? Pastikan bentuk penggendong dan cara pemasangannya tidak menghalang perkembangan semula jadi pinggul bayi.
1.PENGGENDONG BAYI JENIS HARNESS
Ads
CARA TIDAK DISARANKAN
Pinggung tidak disokong sehingga sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul menyumbang kepada berlakunya hip dysplasia.
CARA YANG DISARANKAN
Pinggul disokong sehingga ke sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul adalah minimum kerana kedua-dua belah kaki terkangkang, tersokong oleh penggendong. Pinggul berada dalam keadaan lebih stabil.
Pastikan pinggul bayi berada pada paras tulang rusuk mama/papa. Bayi seperti duduk dengan kedua belah paha terbuka dan mengelilingi bahagian bawah tulang rusuk ibu (spread squat position). lutut bayi lebih tinggi daripada punggung dan seolah-olah terlipat sedikit bagi memastikan bahagian pinggul disokong.
2.PENGGENDONG BAYI JENIS SLING
Ads
CARA TIDAK DISARANKAN
Pemakaian baby sling yang memerlukan posisi kaki bayi berada dalam keadaan lurus dan dirapatkan.
CARA YANG DISARANKAN
Baby sling perlu menyokong pinggul dan membiarkan kedua-dua belah kaki terbuka bagi memastikan pinggul dalam posisi stabil.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA
Jika khuatirkan kedudukan tulang pinggul bayi anda dan mungkin telah menunjukkan tanda-tandanya, dapatkan rawatan doktor segera. Pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda hip dysplasia. Ujian ultrasound biasanya dilakukan untuk bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan manakala ujian X-ray dilakukan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.
Jaundis atau kuning pada bayi banyak berlaku selepas kelahiran. Rawatan tepat daripada doktor perlu diberikan, dan ia tidak sepatutnya dilakukan sendiri di rumah dengan peralatan yang tidak sesuai dan tanpa pemantauan kerana bimbang boleh memudaratkan bayi.
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Jaundis sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Dr Rusyainie Ramli telah memberikan pandangan dan menyanggah tindakan sesetengah ibu bapa yang berpendapat rawatan jaundis boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan peralatan yang tidak menepati spesifikasi srawatan di hospital. Malah ada yang menggunakan lampu kalimantang yang bercahaya biru yang seakan-akan sama dengan lampu fototerapi untuk jaundis di hospital untuk merawat bayi jaundis di rumah.
Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie ;
Kat Malaysia ni kalau bayi kena kuning, kita dah ada panduan dan tatacara bagaimana nak menanganinya. Kalau nak baca, boleh lah. 60 muka surat semuanya. Nak buat satu Clinical Practice Guidelines macam ni, bukan setakat dengar cakap orang-orang dulu yang kononnya makan lebih banyak garam.
Ni laman FB sampah sekali lagi suka buat kerja mudaratkan bayi ni. Ni ada mak-hluk, bukan mak, yang tak bertanggungjawab dengan selamba nak rawat kuning nak kat rumah.
Ni saya nak bagitahu:
Untuk mulakan fototerapi untuk bayi yang kena kuning, doktor kena ikut panduan yang diberikan. Kena tahu berapa bacaan bilirubin, risiko yang bayi tu ada, bayi tu lahir cukup bulan ke tak, dan lain-lain. Bukan asal boleh.
Lampu kat hospital tu bukan yang macam beli kat kedai Ah Seng, Abu atau Ammu. Kena pakai spesifik:
Lampu gelombang cahaya biru 400-500nm.
Sinarannya minimum 15 µW/cm3/nm untuk fototerapi yang konvesional.
Dan jarak antara lampu dengan bayi tak lebih 30-50cm.
Yang taknak pergi hospital sangat sampai rawat sendiri ni, namanya cari pasal.
Semasa bayi tu tengah melalui rawatan fototerapi, doktor dan misi akan pantau kadar denyutan nadi, pernafasan, dan juga status hydrasi bayi. Pandai ke mak nak pastikan semua tu. Kalau pandai sekali pun, doktor pun tak boleh rawat anak sendiri. Nanti emosi akan mempengaruhi keputusan.
Kaedah nak letak bayi dekat lampu, cara nak dedahkan permukaan kulit bayi, ada bahagian mana yang mesti dilindungi, mak tahu ke. Janganlah memandai-mandai. Tengoklah lampu tu tergantung gitu.
Saya tahu ramai mak ada banyak masalah domestik dan logistik bila bayi kena masuk wad. Bukannya doktor tu sengaja nak susahkan mak dan bayi. Komplikasi jaundis ni kekal kalau ia terjadi. Seumur hayat la menanggungnya. Dah jadi mak kan, maka tu tanggungjawab! Anak tu amanah Allah!
Doktor kena buat kerja ikut prosedur. Bukan sebab nak copek duit kalian. Masuk hospital kerajaan kan murah sangat. Gaji doktor sama saja kalau 1 pesakit atau 100 pesakit sekali pun.
Dan tolong lari jauh-jauh dari laman sampah ni. Macam tak cukup akal saja mereka yang dok dalam tu.
HAPUSKAN MITOS TENTANG JAUNDIS Lagi satu, petua merapu, mandi bayi dengan air sirap, bagi minum segala kejadah air, tepek hirisan belimbing buluh kat badan bayi TIDAK AKAN kurangkan kuning bayi. Pakai baju kuning pun takkan buat bayi jadi kuning. HENTIKAN MITOS KARUT!
Dr. Ninie
Tak tahu kali ke berapa dah tulis pasal jaundis.
Sumber: Dr Rusyainie Ramli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi baru lahir boleh melihat, tetapi pandangannya kabur dan tidak fokus. Ketika ini bayi belum boleh appreciate warna dan belum mengenal wajah ibu. (Tapi mereka sangat kenal bau ibu!)
Menurut Dr Aisyah Alsagoff, pada usia 6-8minggu, bayi sudah mula fokus ke satu-satu objek. Bayi boleh melihat dengan jelas pada jarak 8-12 inci, lebih kurang jarak antara muka bayi dan muka ibu ketika sedang menyusu badan.
Perlahan-lahan, mereka mula menghayati warna, dan mengikut kajian, warna awal yang merangsang bayi adalah warna-warna ‘achromatic’ (tanpa warna) seperti hitam putih dan ‘monochromatic’ (satu warna) seperti merah, biru, hijau.
Ya, hitam putih! Warna yang kita tak fikir nak beli, kan?
Bayi tidak dapat fokus pada objek warna-warni lagi. Warna kontra hitam putih, membantu merangsang penglihatan bayi dan fokus mata bayi, dan membantu perkembangan bayi.
Sekitar 3 bulan ke atas barulah penghayatan bayi kepada warna menjadi lebih baik.
Jadi, pilihlah mainan, buku, atau objek awal untuk bayi baru lahir berwarna hitam putih.
Lagu Chiki Chiki Bum merdu sekali disenandungkan kepada anak kembar tak seirasnya. Abby Abadi dan suami ada buah hati bayi selain baby Daiyan iaitu Dayana.
MAISARA DAYANA FATHIA
Abby Abadi kini memiliki bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia dan dipanggil Dayana selain Muhammad Daiyan Fayyad. Perkara ini telah diberitahu di dalam posting Instagramnya menggunakan aplikasi Repost. Berikut ialah kapsyen posting Abby kepada video nyanyian Chiki Chiki Bum kepada kedua-dua bayi itu;
Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nk share pagi ni. Kita dah ada baby “kembar tak seiras” & “kembar tak sebulan” hehe
Alhamdullillah. ALLAH izinkan Sy & Suami jadi Mama Abah pada baby2 ni. Doakan yg terbaik ye. Kami akan usahakan yg terbaik Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat judge, itu tak kena, ini tak betul. Sy tengah dalam pantang ni, behave ok hihi
Jemputlah follow IG Daiyan Dayana ye. Mamanya tengah rajin nk share mcm2 hehe.. Kalau nk bagi hadiah tanda kasih sayang, Mama alu2kan. Rezeki utk anak2 ni.. Tp kalau tak ter review atau terlambat, jangan marah.. ikhlas bagi tau heh
NETIZEN SUKA LAGU NYANYIAN ABBY UNTUK BAYI-BAYINYA
MOGA MENJADI ANAK SOLEH
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
UCAPAN TAHNIAH DARI PEMINAT
OPAH PUN KENA GAME
Dalam posting lain, video ibu Abby juga turut dimuat naik di mana beliau telah menyangka bayi yang diribanya itu Daiyan walhal ia adalah Dayana. Ternyata kehadiran Dayana adalah satu kejutan istimewa!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.