Masalah tulang pinggul bayi teralih atau hip dysplasia kerap ditemui pada masa pemeriksaan selepas bayi baru lahir oleh doktor (kongenital) tetapi ada yang berkembang selepas itu.

Hip dysplasia yang  berpunca daripada masalah kongenital sejak lahir seperti genetik, masalah dalam rahim, kedudukan bayi yang songsang  dan ketidakseimbangan hormon ibu semasa hamil.

Bagi hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.

Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

TANDA-TANDA SEBELUM BAYI BERJALAN

Anda perlu memerhatikan tanda awal hip dysplasia pada bayi seperti berikut;

-Kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bahagian kelangkangnya sempit.

– Lipatan kulit pinggul tidak seimbang antara satu sama lain.

– Sebelah kaki pendek dan terkeluar.

– Pinggul berbunyi setiap kali digerakkan.

IKLAN

Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

TANDA-TANDA SELEPAS BAYI BERJALAN

Apabila kanak-kanak mula berjalan ibu bapa mungkin melihat kaki anak tengkot. Jika hip displasia  ini melibatkan kedua-dua belah kaki, mereka kemungkinan akan berjalan seperti itik dan punggung tertonggek. Sekiranya  ia berlaku pada sebelah sahaja dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kaki anak jadi pendek sebelah.

PASTIKAN PENGGENDONG BAYI DIGUNAKAN DENGAN BETUL!

Pemakaian penggendong bayi yang salah boleh menjadi salah satu punca kepada masalah tulang pinggul ini. Perhatikan penggendong yang anda  gunakan dan cara pemakaiannya terhadap bayi, adakah ia mendedahkan si manja kepada masalah  hip dysplasia? Pastikan bentuk penggendong dan cara pemasangannya tidak menghalang perkembangan semula jadi pinggul bayi.

1.PENGGENDONG BAYI JENIS HARNESS

Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

IKLAN

CARA TIDAK DISARANKAN

Pinggung tidak disokong sehingga sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul menyumbang kepada berlakunya hip dysplasia.

CARA YANG DISARANKAN

Pinggul disokong sehingga ke sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul adalah minimum kerana kedua-dua belah kaki terkangkang, tersokong oleh penggendong. Pinggul berada dalam keadaan lebih stabil.

Pastikan pinggul bayi berada pada paras tulang rusuk mama/papa. Bayi seperti duduk dengan kedua belah paha terbuka dan mengelilingi bahagian bawah tulang rusuk ibu (spread squat position). lutut bayi lebih tinggi daripada punggung dan seolah-olah terlipat sedikit bagi memastikan bahagian pinggul disokong.

2.PENGGENDONG BAYI JENIS SLING

Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

IKLAN

CARA TIDAK DISARANKAN

Pemakaian baby sling yang memerlukan posisi kaki bayi berada dalam keadaan lurus dan dirapatkan.

CARA YANG DISARANKAN

Baby sling perlu menyokong pinggul dan membiarkan kedua-dua belah kaki terbuka bagi memastikan pinggul dalam posisi stabil.

DAPATKAN RAWATAN SEGERA

Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

Jika khuatirkan kedudukan tulang pinggul bayi anda dan mungkin telah menunjukkan tanda-tandanya, dapatkan rawatan doktor segera. Pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda hip dysplasia. Ujian ultrasound biasanya dilakukan untuk bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan manakala ujian X-ray dilakukan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.

Sumber: International Hip Dysplasia Institute

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI