
Anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan botol susu bayi anda. Ambil langkah awal dengan menukarkan botol susu polikarbonat anda kepada botol susu bayi bebas Bisphenol A (BPA).

Sekiranya masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA, ikuti langkah-langkah dibawah;
Ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Steril botol susu mengikut arahan di label. Sekiranya tiada, rendam botol susu dalam air mendidih selama 5-10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Cuci botol susu menggunakan span dan berus yang lembut bagi mengelakkan rosak atau calar
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu. Jika rosak atau calar gantikan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu digantikan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Botol susu yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan “BPA free” atau “Bebas BPA”
Alternatif botol susu bayi bebas BPA;
- Polypropylene(PP)
- Polyethersulfone (PES)
- Polyamedis (PA)
- Kaca dan lain-lain
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Ini Kongsikan Cara Rawatan Anak Yang Kena HFMD Dari Terus Merebak. Cepat Dan Berkesan!

Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus.
Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus. Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain.
Bagaimanapun ada rawatan awal boleh dilakukan sebelum penyakit ini berjangkit pada orang lain. Melalui perkongsian ibu ini, Norkhairunnisah Aziz mungkin boleh dijadikan panduan bersama sebelum virus merebak menjadi lebih teruk.

Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi cara nak kurangkan jangkitan HFMD. Disebabkan ramai tanya, saya kongsi secara umum.

HFMD sejenis penyakit wabak melalui direct contact, air liur, hingus, najis, apa-apa cecair dari orang yang sudah dijangkiti. So kita kadang tak tahu apa yang kita pegang, sentuh, main bekas orang yang dah dijangkiti.

Disebabkan kami anak beranak jenis tak reti duk rumah, iman pun jenis nak main kat taman. Merata-rata jalan, so tak dapat kita nak ngelak. Kalau terkena kita rawat dengan cepat, takkan nak kurung dia kat rumah sampai wabak ni xde, mau setahun tak keluar rumah.


So anak saya pun antara salah seorang mangsa terkena jangkitan HFMD. Cuma tak pasti kena kat mana sebab kami memang tak de had bagi dia main, main di taman permainan setiap hari.

Inspektor kesihatan syak jangkitan terkena sama ada di taman permainan dia selalu main atau lift yang kami guna untuk hantar dia ke rumah pengasuh. Sebab blok kami pun sebelum tu dah ada 2 orang kanak-kanak dijangkiti HFMD. So mungkin kami kongsi lift dan taman mainan yang sama juga boleh berisiko dijangkiti.
Alhamdulillah kami cepat bertindak ,masa mula-mula ada bintik2 merah kami ingat cuma kena gigit nyamuk. Tapi disebabkan HFMD tengah wabak, kami terus bagi treatment sendiri. Tak susah mudah ja untuk kurangkan dia merebak ke tangan kaki dan mulut. Supaya tak teruk.

1stly kena mandikan dia dengan lifebuoy, saya gosok sental dia dengan lifebuoy sampai berbuih-buih dan biarkan 30saat-1 minit. Lepas tu bilas balik. 1 hari 3-4 kali dia mandi.


2nd cuci rumah dengan dettol, buka semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen, carpet, baju semua kami basuh dengan dettol. Setiap pagi sebelum dia bangun kami mop rumah dan lap mainan, sofa, meja makan dengan pencuci dettol.

3rd lepas mandikan dia saya sapukan dia dengan Calamine Zinc Oxide + menthol supaya dia tak rasa gatal-gatal nak garu semua. Ubat ni untuk kurangkan rasa gatal dan rasa dia sejuk-sejuk.

4th masa hari pertama dia kena dalam anak tekak dia ada ulcer tapi tak banyak, kami gunakan Gengigel Spray untuk hilangkan ulcer, 30 minit lepas tu dia dah rasa lega boleh makan minum macam biasa. Boleh juga gunakan AftaMed Spray. Kat sini dah habis, so saya guna Gengigel spray je.

5th jangan lupa bawa ke klinik untuk dapatkan notification dan cuti kuarantin 5 hari.
Senang ja kan, yang penting kita kena hapuskan punca dia dulu baru boleh anak-anak cepat baik dan jangkitan tu terus terbantut nak merebak. Kalau kita sibuk treat anak tapi punca utama dia kita tak hapuskan, dia akan kembali dijangkiti lagi. So rajin dengan tak je nak kena buat semua ni supaya dapat elakkan mereka sengsara.
Ps:/ HFMD tiada ubat lain selain dari Kebersihan.
*Ini adalah tip bagi mereka yang sudah dijangkiti.
Sumber: Norkhairunnisah Aziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alhamdulillah Anak Ibu, Fiska Medina Masuk Bacaan Al-Quran Buat Pertama Kalinya.” Irine Galak Anak-Anak Belajar Mengaji Pada Awal Usia

Di dalam perkongsian di laman Instagramnya beberapa hari lepas, Instafamous ini telah memuatnaik foto anak sulungnya yang telah mula membaca Al-Quran. Selepas lebih kurang dua tahun mengaji menggunakan buku Iqra’ dan berjaya menamatkannya, Fiska Medina memulakan pembelajaran Al-Quran pula. Melahirkan rasa syukurnya, Irine sempat memberi pesanan indah buat puteri sulungnya bersama suami tercinta, Muhd Amirul.
Harini 28 Feb 2019 .
.
Anak ibu harini Fiska Medina Alhamdulillah masuk bacaan Al-Quran buat pertama kalinya ? .
.
Fasa Iqra’ dah pun selesai dan sekarang disambung pula dengan Al-Quran❤️ Setahun lebih yang lepas, ibu tanya pada ustazah, awal sangat tak kalau nak bagi anak belajar mengaji sebab Kak Nina start mengaji masa umur dia hujung-hujung 4 tahun. Ustazah kata lagi bagus, nanti boleh cepat khatam. Sekarang Kak Nina umur 6 tahun .
.
Sebagai parents, mesti rasa terharu,itulah yang kita harapkan pada anak. Apatah lagi parents yang dapat melahirkan anak-anak dalam kalangan para Tahfiz. MashaAllah .
.
Tahniah Kak Nina! InshaAllah lepasni khatamkan Al-Quran pula .
.
Ingat pesan ibu ayah, .
.
Tidak ada yang dapat menemani kita sepanjang di alam kubur .
.
Tidak ibu,tidak ayah,tidak kawan kawanmu, tidak pula harta kita .
.
Hanya amalan baik dan Al Quranlah peneman kita sampai hari pembalasan .
.
Bacalah Al Quran anak ibu,sebelum ia dibacakan ke atas kita .
.
I love u anak ibu? .
.
Uncle auntie, mohon doakan Kak Nina dipermudahkan dan dilembutkan lidahnya untuk membaca setiap ayat-ayat Al-Quran. Anak-anak, saham akhirat ibu dan ayah.Amin Ya Rabbal Alamin .#medinairinemirul .
-ibu-
View this post on InstagramA post shared by irine_nadia (@irine_nadia) on
Sumber: Irine Nadia
Buat anda yang mahu menggalakkan anak belajar mengaji, ini beberapa kaedah yang boleh anda guna:
- Memahami fitrah anak yang berusia dari empat bulan sehingga enam tahun suka bermain. Gunakan pendekatan bermain untuk latih anak mengaji.
- Tidak terlalu memaksa anak untuk cepat pandai. Biar lambat tetapi konsisten belajar.
- Seawal usia tiga atau empat tahun, dedahkan anak-anak dengan permainan suai padan. Biarkan anak mengenal huruf dan peka dengan bentuk serta bunyinya. Perlahan-lahan selepas anak kenal huruf tunggal, dedahkan mereka dengan huruf yang disambungkan pula.
- Tetapkan had masa untuk anak menunjukkan perkembangannya tetapi tidak perlu terlalu mengikut jadual sehingga wujud paksaan ketika mengajar anak.
- Gunakan kad imbas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasut Kesayangan Anak Tertanggal Tapak, Ini Cara Nak Lekat Kasut & Gam Lagi Tahan Lama!

Rungsing ibu dibuatnya anak menangis bila kasut kesayangannya tertanggal tapaknya. Nak dibelikan yang baru anak tetap mahukan kasut jenis sama. Jangan terus dibuang kasut yang lama sebaiknya cuba gamkan dahulu tapaknya. Masih boleh digunakan dan tahan lama.
Macam mana nak buat? Sebenarnya untuk membaiki kasut perlu kenal pasti dahulu jenis gam yang hendak digunakan. Barulah tahan lebih lama.
Ikuti perkongsian tip oleh Muhammad Faris Abdullah yang berkongsi cara menampal dengan gam yang betul.

Harini saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?
1) Tukang Kasut busy katanya kena tunggu sebulan siap banyak order.
2) Saya suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.
3) Gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal.
4) Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA). Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.
Bahan: Gam Dunlop Kuning. Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama.

1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan berminyak.

2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dengan gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.

3) REHATKAN KASUT SELAMA 30 MINIT! BIAR GAM KERING. JANGAN TERUS SAMBUNG NANTI TAK JADI! GAM KALAU BASAH DIA BERSINAR. KALAU DAH KERING NAMPAK DIA KERING.

4) Selepas gam kering (30 minit), gabungkan kedua-dua permukaan.
5) Biarkan selama 24 jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24 jam biar dia kering dan kuat.

6) Selepas 24 jam baru kasut ready untuk dipakai, boleh tahan 6-12 bulan bergantung kepada penggunaan.

Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal.
Gam kasut ini dia Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!
Semoga bermanfaat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


