Dunia teknologi sememangnya dunia tanpa batasan, pelbagai perkara yang boleh di akses tanpa had sama ada perkara yang memberikan manfaat atau sebaliknya. Namun bagi kita sebagai orang dewasa tentu sekali kita boleh menilai mana yang baik ataupun mana yang buruk. Berbeza pula dengan anak-anak kita, generasi yang hidup dalam kecanggihan teknologi. Mereka perlu dikawal dan dibimbing agar tidak terjatuh dalam dunia tanpa sempadan ini.

Elak Pasang Video Viral Bahasa Tak Beradab Depan Anak! Otak Kanak-Kanak Macam Span Cepat Serap

Baru-baru ini viral satu video dimana seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu mengeluarkan kata-kata kesat dalam FB Live. Netizen turut meluahkan rasa tidak selesa kerana anak-anak kecil mungkin terdengar bahasa yang kasar dan tidak elok ini.

Bahasa, perkataan, sikap sebenarnya bermula dari didikan di rumah. Didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan dengan bahasa-bahasa yang baik supaya mereka membesar menjadi manusia yang bertutur dengan bahasa yang baik-baik, bersikap yang baik-baik.

Menurut perkongsian Ibu Rose, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya berakhlak baik.

Semasa anak masih di dalam kandungan

Begini, sejak anak itu masih di dalam kandungan, kita sudah memberi input mengenai pentingnya berakhlak mulia, apa itu akhlak mulia dsbnya.

Ads

Selepas Lahir

Bila dia sudah lahir, kita teruskan memasukkan ke dalam mindanya akan bagaimana perbuatan yang baik itu dan kenapa. Siapa contohnya dsb. Kita nyanyikan dan dodoikan dia dengan lagu-lagu yang bersenikata yang membina akhlaknya.

Bila dia sudah boleh tengok buku, kita bacakan kepadanya cerita-cerita yang memberi contoh perbuatan yang baik untuk diikut dan apakah yang tidak baik untuk diikut.

Anak 2 Tahun

Ads

Maka setelah dia mula menunjukkan kemahuan sendiri (2 Tahun) kita kuatkan lagi input itu dan ingatkan dia akan nasyid, buku dan semua cerita yang kita bacakan dulu untuk reinforce.

Namun pada usia ini dia belum boleh memikirkan kesan natijah. Jadi walaupun sayang mengingatkan dia, dia tetap dengan kemahuannya.

It is ok…ianya proses.

Masuk Fasa 3 Tahun atau 4 Tahun

Ads

Masuk 3 tahun atau 4 tahun, masa itu tekankan contoh-contoh yang telah diberi dan puji perbuatan yang baik dan mula memberi amaran jika melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, memukul orang, bercakap kasar dsbnya.

Pada masa ini anak perlu diberi faham setiap perbuatannya ada kesan dan natijah dan dia perlu mula menggunakan kepintarannya untuk memikirkan kesan yang dia mahu…namun ingat pada usia 4 tahun itu, dia masih macam orang bawak kereta lesen L. Oleh itu bila buat Time Out tu berpada-padalah.

Elak Pasang Video Viral Bahasa Tak Beradab Depan Anak! Otak Kanak-Kanak Macam Span Cepat Serap

Jika sayang sudah memberi anak-anak garis panduan untuk berkelakuan, sebab dan musabab serta cara dan contohnya sayang sendiri dan orang-orang sekeliling adalah teladannya, maka anak pada usia 5 tahun, tidak akan membaling barang jika marah, sepak bila tak dapat apa yang dikehendaki atau menggunakan kata-kata kesat. Jika dia melakukan juga, anda perlu tegas dan memberi dia hukuman supaya dia tahu perangai itu tidak baik dan dia belajar berperangai dengan akhlak terpuji.

Sumber: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI