Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil, untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu-ibu menguruskan si kecil.

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan.

Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Elak Ruam Lampin Pada Bayi, Doktor Kongsi 10 Tip Mudah. Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

Ads
  1. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  2. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  3. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Saya kongsikan 10 tips elak ruam lampin bayi. Penerangan pada setiap gambar.

Kongsikan pada keluarga dan mak ayah yang ada anak kecil.

Ads
  1. Pastikan bayi dalam keadaan keringDedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
  2. Tukar lampin dengan kerapApabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera. Jangan lengahkan dalam tempoh yang lama.
  3. Cuci dengan airBasuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air.

    Elak Ruam Lampin Pada Bayi, Doktor Kongsi 10 Tip Mudah. Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

  4. Guna krim ruam bayiGuna krim ruam bayi setiap kali menukar lampin. Contoh krim ruam yang bagus seperti Sudocream, Drapolene Cream, Pureen Nappy Rash Cream, Sebamed Baby Diaper rash Cream, River Veda Nurture Nappy Rash Cream.
  5. Kurangkan penggunaan sabunJangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap memadai 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
  6. Elakkan bedak talkumJangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.
  7. Longgarkan lampinPastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
  8. Jangan basuh cloth diaper dengan sabun pencuciIni untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
  9. Minta probiotik atas saranan doktorProbiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.

    Elak Ruam Lampin Pada Bayi, Doktor Kongsi 10 Tip Mudah. Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

  10. Breasfeeding/susukan bayiBreastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang memerlukan antibiotik.

    Moga bermanfaat!

    sumber: Dr. Ahmad Samhan

    Elak Ruam Lampin Pada Bayi, Doktor Kongsi 10 Tip Mudah. Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Elak Ruam Lampin Pada Bayi, Doktor Kongsi 10 Tip Mudah. Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

Ads

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/ 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI