Bukan mudah ya, kita nak bekerja dan anak-anak dengan kelas online mereka. Macam-macam hal, kalut setiap hari! Fitrahnya anak-anak, mereka suka bebas untuk bermain. Suka explore dan buat perkara baharu setiap hari. Apabila pergerakan mereka terbatas, mulalah muncul pelbagai idea pelik yang kadang-kadang buat kita naik hantu! Maklum sajalah, anak-anak tak boleh keluar rumah sekarang, jadi segala idea dibuat di rumah.
Artikel Menarik: [Tak Payah Beli, Buat Sendiri Susu Pekat Manis Homemade Dari Susu Tepung, Lagi Jimat]
Itu adalah normal dan sebagai ibu ayah kita harus memahami naluri anak-anak. Mereka adalah anak yang bijak dan kreatif, sebab itulah kita selalu ‘dikejutkan’ dengan idea mereka setiap hari. Sebenarnya, perkara itulah yang membahagiakan untuk dikenang (walaupun masa berlaku tu memang geram dibuatnya!).
Menurut perkongsian dari Pn Wawa Shauqi, sangat penting untuk kita menjadi ibu ayah yang mudah terhibur. Eh, macam mana pula tu kan? Ikuti penulisan ibu kepada dua orang anak ini;
Jadi mak ayah ni, kena latih diri untuk mudah terhibur.
Pernah satu ketika ni saya ditegur. Macam mana saya boleh bersabar dan steady bila anak kacau saya waktu tengah rekod video.
Ada satu video tu, saya biarkan je anak main-main kat sebelah.
Saya ni bukanlah 100% penyabar. Ada tahap yang saya goyah juga. Pulak tu saya spesis yang mudah annoyed juga.
Tapi saya perasan, bila saya LATIH diri untuk mudah terhibur, saya melihat banyak perkara dari sudut yang membahagiakan.
Bayangkan kalau semua benda kita pandang serius.
Anak main kejar-kejar kita akan mudah rimas.
Anak terloncat, jantung kita pun ikut meloncat.
Anak memanjat, sabar kita terperanjat.
Anak menjerit happy pun kita ikut menjerit.
Tapi kalau kita cuba pandang guna sudut ‘mudah terhibur’, kita akan tersenyum dengan hampir setiap telatah anak.
Anak berkejaran, kita rasa syukur mereka masih sihat.
Anak memanjat, kita akan perasan betapa cepatnya mereka membesar.
Anak menyepah, kita dapat bayangkan hebatnya otak mereka bekerja.
Jangan kata hal anak.
Saya ni kalau start mode mudah terhibur, tengah basuh blueberry hari tu pun rasa berbunga di hati. Pebenda.
Tengah potong brokoli pun tergelak kecil. Tah apa yang comel kat brokoli tu.
Dapat basuh tangan pun ya Tuhan nikmat rasa air lalu ke tangan.
Pijak rumput pun, sedap betul rasa tapak kaki memijak.
Dapat berguling dengan anak-anak pun, terhibur sungguh rasa.
Artikel Menarik: [Lengan Macam Roti Bun, Pipi Labuh. Siti Aisyah Buat Orang Geram! Suka Pasta & Susu Ibu]
Betapa besarkan impak positif bila kita latih diri jadi mudah terhibur ni.
Kita akan jumpa nikmatnya bila memandang sesuatu dari sudut membahagiakan.
Kadang bila dah overdose terhibur tu,
pinggang sakit dan tapak kaki pedih dek lama berdiri dan non stop buat kerja pun… Badan terasa rasa puas semacam.
Sebab hati bahagia dapat divert ‘letih’ kepada ‘rasa diri produktif’.
Cuba.
Latih.
Pilih.
Untuk jadi ibu yang lebih bahagia.
Lebih ceria.
Mana tau, keceriaan awak tu berjangkit kat orang yang melihat awak.❤️❤️❤️
Anak-anak yang sedang membesar memang banyak ragam. Benarlah, kita harus cuba memandangnya dari sudut yang positif. Tak mudah, tapi tidak mustahil. Kalau asyik marah-marah pun letih juga kan? Berikan mereka ruang untuk bereksplorasi dan kemudian sama-sama kita ajak mereka untuk kemas semula rumah yang bersepah. Dengan cara ini, anak gembira dan kita pun TAK STRES!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI