Adakah anda jenis yang memakaikan anak kasut mengikut saiz betul atau ‘main sarung sahaja’ asalkan muat? Tahukah anda, terdapat bahaya jika si kecil tidak dipakaikan ukuran saiz kasut budak yang betul?
Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Kepentingan ukuran saiz kasut budak yang betul
Kaki kanak-kanak, terutamanya bayi dan anak kecil sangat halus dan amat penting untuk menjaganya daripada awal.
Pemilihan kasut sesuai untuk anak adalah keputusan penting yang tidak boleh dipandang remeh.
Mempertimbangkan untuk membeli kasut dengan saiz yang betul berbanding fesyen adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan kaki anak.
Kasut yang dapat dipakai dengan muat membolehkan perkembangan tanpa halangan serta membenarkan jumlah ruang dan sokongan sesuai untuk membantu kaki berkembang secara semula jadi.
Ramai kanak-kanak mengalami masalah kaki di kemudian hari kesan memakai kasut yang tidak betul saiznya! Kita semua hanya memilih sepasang kaki, jadi amat penting untuk menjaganya dengan baik.
Kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan hallux valgus – kecacatan kaki yang berlaku apabila ibu jari kaki mula condong ke dalam. Keadaan itu boleh menyebabkan ketulan bengkak betul-betul di bawah ibu jari kaki.
Oleh sebab itu, mendapatkan anak saiz kasut yang betul adalah penting ya wahai ibu bapa sekalian.
Cara membeli mengikut ukuran saiz kasut budak yang tepat
Ads
Berikut adalah tip membeli kasut yang boleh anda praktikkan:
#Beli kasut mengikut kaki yang lebih panjang
Kaki kanan dan kiri biasa mempunyai kepanjangan yang berbeza. Perbezaan sehingga ½ inci itu adalah perkara biasa.
#Jangan bergantung kepada label saiz pada kasut
Untuk pengetahuan anda, menjadi perkara biasa untuk pengeluar melabelkan kasut dengan saiz standard yang kita semua ketahui. Tetapi sebenarnya tiada standard wajib saiz kasut, maka setiap jenama akan berbeza-beza. Jadi pastikan anak mencuba setiap kasut untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian.
#Ada ruang untuk kaki
Kebanyakan ibu bapa sedar kaki memerlukan ruang, tetapi kurang mengetahui jumlah sebenar yang diperlukan. Ruang tambahan optimum yang disarankan adalah lebih kurang ½ inci.
#Beli kasut pada penghujung hari
Kaki anak biasanya akan berada pada tahap paling besar (baca: membengkak) pada penghujung hari atau selepas acara sukan – waktu paling sesuai untuk mencuba dan membeli kasut.
#Pakai stoking sesuai
Semasa anak mencuba kasut, pastikan mereka memakai stoking yang sesuai. Sebagai contoh, jika ingin membelikan anak kasut bola sepak, pastikan mereka memakai stoking bola sepak.
Ads
#Ukuran saiz kasut budak secara berkala
Deria sentuhan bagi kanak-kanak biasanya belum berkembang sepenuhnya, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk ‘memaksa’ kaki masuk ke dalam kasut yang ketat. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk mengukur kaki anak setiap 2 bulan sekali.
Perkara perlu dielakkan semasa mendapatkan ukuran saiz kasut budak
Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang masih menggunakan trick berikut untuk menilai kesesuaian kasut untuk anak:
Pegang kasut ke kaki
Caranya dengan menekap tapak kasut ke kaki untuk menganggarkan saiz kaki anak. Tetapi panjang di bahagian dalam kasut tidak boleh dianggarkan dari luar dan selalunya adalah lebih pendek daripada yang dijangkakan.
Ujian ibu jari
Biasanya ibu jari akan menekan hujung kasut untuk melihat berapa banyak ruang yang ada. Masalahnya anak secara refleks akan menarik jari kaki – seperti tergulung di bawah.
Kesannya anda akan menyangkakan terdapat ruang yang mencukupi walaupun hakikatnya kasut itu terlalu kecil.
Ads
Menggunakan ujian tumit untuk menilai ruang kosong pada bahagian belakang juga adalah serupa seperti ujian ibu jari. Ini kerana ramai kanak-kanak akan menolak kaki mereka ke depan.
Bertanyakan anak
Biasanya apabila anak mencuba kasut, sebagai ibu bapa pastinya anda akan bertanyakan, “Okay tak kasut ini?”. Walaupun pertanyaan itu menunjukkan anda prihatin dengan anak, namun malangnya jawapan yang diberikan mungkin salah.
Keadaan ini kerana biasanya saraf di kaki anak belum berkembang sepenuhnya dan kesedaran mereka tentang kesakitan tidak begitu jelas seperti individu dewasa. Jadi anak mungkin tidak pasti sama ada kasut itu sesuai atau tidak.
Ketepatan dalam mendapatkan ukuran yang betul adalah penting untuk mendapatkan saiz kasut budak yang bersesuaian bagi anak.
Pemilihan kasut budak
Kasut yang bersesuaian adalah penting untuk anak, bukan sahaja untuk kesihatan kaki tetapi juga perkembangan mereka secara keseluruhan.
Jika si manja sedang belajar berjalan dan bergerak, mereka sedang mengembangkan otot dan kekuatan di belakang badan dan kaki, sekali gus amat penting untuk melindungi kaki mereka.
Pastikan juga stoking dipakai anak juga adalah saiz yang sesuai mengikut kakinya. Ini kerana stoking yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pada jari kaki mereka.
Kaki si kecil akan membesar dengan cepat pada tahun pertama kehidupan mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memeriksa kasut mereka agar selesa untuk dipakai.
Justeru, adalah amat penting untuk mendapatkan bukan sahaja ukuran saiz kasut budak tepat tetapi juga sepasang kasut yang selesa untuk mereka pakai.
Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal anak berumur satu tahun dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tip penting untuk melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku.
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan mimik muka yang jelas serta intonasi yang menarik.
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak.
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka.
Apabila anak mencecah umur setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa perlu bimbang. Jangan sedapkan hati kata, nanti oklah tu! Kesilapan ini buatkan kita akan menyesal selepas ini.
Perlu ingat semakin lambat ibu bapa ambil tindakan, semakin lambat rawatan ia akan menambahkan kesukaran buat anak kecil. Secara tak langsung anak akan berdepan pelbagai isu seperti masalah fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.
Justeru, kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak sangat penting agar rawatan pemulihan dapat dilakukan sebaik mungkin. Seperti perkongsian Jurupulih Pertuturan, Puan Ruby Atika, ibu bapa perlu peka mengenai hal ini.
Belum bercakap pada usia 2 tahun? Perhatikan perkara berikut:
1) adakah dia bersuara babbling “bababab tatata” atau hanya vocalizing saja “aaaa…eee….”
2) adakah dia menunjuk pada mata, hidung, telinga, rambut, kaki, perut, tangan, pipi, apabila ditanya. Tunjuk secara tepat dan konsisten.
3) adakah dia boleh menunjuk dengan jari, atau dia masih menarik tangan ibu untuk mendapatkan sesuatu.
4) adakah dia suka ibu bapa main mainan sama-sama dengan dia atau dia lebih suka sendirian.
5) adakah dia boleh buat isyarat komunikasi seperti angguk/geleng kepala, tunjuk, bye bye, habis, mana?, Shhh…diam, dengar, tepuk tangan, high 5, flying kiss dan sebagainya.
Tidak bercakap pada usia 2 tahun, ibu bapa mesti segera bertindak. Tak payah tunggu jadi 3,4 tahun.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai ibu bapa yang memfokuskan kepada kepandaian anak semata-mata tetapi tidak mengambil tahu tentang perkembangan emosi mereka. Ini adalah perkara penting yang perlu didahulukan sebelum pengisian akademik.
Menurut Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria, keadaan ini dinamakan Hyperlexia. Berikut ialah perkongsian beliau mengenai keadaan ini.
“Pernah dengar tidak istilah ‘HYPERLEXIA’?
“Pandai baca dan mengira, tetapi tidak pandai mengawal emosi. Minta berhati-hati ya!”
PADA USIA ENAM TAHUN PERTAMA PERLU DILAYAN SEPERTI RAJA
Pengawalan emosi perlu dididik dalam ENAM tahun pertama kanak-kanak. Ada sebab kenapa dalam Islam ada mengatakan umur sebegini perlu dilayan seperti raja.
EMOSI ANAK SANGAT KRITIKAL
Menurut Dr Putri Afzan, pembentukan emosi kanak-kanak pada usia ini amat kritikal. Pendedahan kepada sesuatu yang tidak perlu pada usia ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Emosi adalah pada tahap pembentukan KRITIKAL. Melakukan sesuatu yang tidak diperlukan TERLALU AWAL, ternyata suatu PEMBAZIRAN sekiranya jika yang perlu didahulukan tidak didahulukan terlebih dahulu.
90% PEMBENTUKAN OTAK BERLAKU PADA 6 TAHUN PERTAMA
ibu bapa perlu memahami apa yang diperlukan oleh si manja semasa pembentukan otak yang berlaku pada 6 tahun pertama. Jadi ibu bapa perlu tahu apa yang perlu didahulukan sepanjang 6 tahun pertama ini.
Ingat ya, 90% pembentukan otak yang pertama, perlu ditekankan pada usia umur 0 hingga 6 tahun. Apa yang sebenarnya diperlukan? Apa yang sebenarnya boleh tunggu hingga otak sudah bersedia menerima?
Fahami KEPERLUAN ini sebaik-baiknya.
TIP BAGAIMANA IBU BAPA PERLU BANTU ANAK FAHAMI EMOSI
Mustahak bagi ibu bapa untuk membimbing anak untuk mengenali dan mengendalikan emosi seperti marah, kecewa, sedih, gembira dan sebagainya. Selain itu, pada peringkat ini, ambil inisiatif untuk membina satu hubungan yang erat dengan anak-anak. Menurut Dr Putri Afzan, hal ini lebih penting daripada menghafal ABC, 123 dan AlifBaTa
Tips: Bantu anak faham emosi dan pertingkatkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.
Segala aktiviti yang membantu 2 perkara ini adalah lebih penting berbanding menghafal ABC dan 123 dan AlifBaTa.
EMOSI YANG BAIK AKAN MEMBENTUK TINGKAH LAKU YANG BAIK
Dr Putri Afzan juga menegaskan yang emosi yang terhasil daripada perhubungan dengan ibu bapa yang baik akan membantu anak menjadi insan yang berfungsi baik dalam masyarakat.
Emosi yang baik akan membentuk tingkahlaku yang baik. Perhubungan dengan ibubapa yang baik, akan menjadikan anak itu FUNCTIONAL dalam masyarakat.
Ibu bapa perlu tunjukkan tingkah laku yang baik jika mahu anak punya asas/fundamental agama yang baik.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.