Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah. Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak-anak menjadi rosak.

Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim menerusi akaun Facebooknya, dia menyeru ibu-ibu untuk tidak ambil mudah dengan kepentingan gigi susu anak-anak. Dalam perkongsian tersebut juga Dr Azila sempat berkongsi tip untuk mencegah karies susu yang sering terjadi kepada anak-anak yang masih kecil.

Kesilapan ibu bapa..

Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.

Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:

  1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
  2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.

Kita ambil senario ini

-Senario 1-
Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?

-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.

Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.

Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.
Inilah namanya KARIES SUSU.

IKLAN

TIPS CEGAH KARIES SUSU.

  1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
  2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
  3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
  4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
  5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.

Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.

Ini adalah contoh Karies Susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.

Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.
😊

Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.

Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini
👇🏻

Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.

Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..

Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.

Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.

Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)

Alhamdulillah
Semoga bermanfaat

Sumber: Azila Mohd Kasim

Baca: Belum 6 Tahun, Gigi Dah Rosak Teruk, Cegah Karies Gigi Lebih Awal, Pakar Kongsikan Tipnya! 

Baca: Karies Gigi Terbentuk Seawal Usia 3 Tahun, Elak Botol Dan Puting Waktu Tidur!

Baca: Gigi Kekal Si Kecil Dah Mula Tumbuh, Perlukah Gigi Susu Dicabut? Ini Yang Doktor Gigi Sarankan, Mak Ayah Kena Ambil Tahu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)