Anak batuk, lagi-lagi dengan kahak yang banyak pastinya buat mereka rasa tidak selesa. Malah tidurnya juga terganggu sepanjang malam.
Cuba usahakan pelbagai cara untuk meredakan batuk anak. Antara salah satu alat penyedut, nasal aspirator ini baik untuk membantu redakan anak.
Dalam masa yang sama juga, cuba elakkan jenis-jenis makanan ini sepanjang anak batuk berkahak. Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan.
Ini gambar kahak anak saya dengan hanya 3 kali sedutan. Nasal aspirator macam ni, saya suka guna kalau anak-anak batuk atau selsema.
Kalau ada anak kecil, kena standby nasal aspirator kat rumah tau. Manual boleh, elektrik pun boleh, mana yang korang suka.
Anak kecil, tak pandai nak bagitahu hidung mereka tersumbat, tak pandai nak keluarkan kahak melalui mulut dengan sendiri.
Tugas kita lah untuk bagi anak selesa tidur malam dengan kurangkan kahak mereka. Biarlah tak dengar bunyi kahak waktu bernafas pun. Tapi saya akan cuba jugak sedut setiap kali lepas anak mandi. Dan mesti akan keluar walaupun sedikit.
Saya perasan, bila anak ambil makanan yang tinggi dengan 3 bahan ni, kahak akan makin bertambah.
1. Makanan yang ada tepung gandum
2. Susu dan produk tenusu
3. Makanan atau minuman tinggi gula
MENARIK:
Cara Buat Kiub Ayam Homemade Tanpa MSG, Semudah ABC, Lagi Selamat Anak Makan!
Tak Perlu Cakap Jangan Atau Paksa Turun, Ni Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun Bawah!
Muka Tak Bersalah, Comel. Berkarya Guna Lipstick Mummy, Gelagat Anak Yana Samsudin Curi Perhatian!
Maka, cara saya kurangkan penghasilan kahak anak-anak, adalah dengan hentikan sekejap 3 bahan ramuan ini dalam makanan anak selagi mana anak tak sihat.
Tak lama pun, dah sembuh nanti dia mesti nak makan roti yang saya buat.
Makanan apa yang perlu dibanyakkan, semestinya buah dan sayur. Tapi, perlu jugak perhatikan mana yang sesuai dengan anak kita, mana yang tak sesuai.
Ada anak makan tembikai, kahak makin banyak.
Ada anak makan pisang, batuk makin teruk.
Ada anak makan manggis, asma tak terkawal.
Apa pun makanan walaupun real food, tak semestinya serasi dan sesuai untuk semua. Yang pasti, segala jenis makanan ultra proses tinggi gula, MSG, pengawet, pewarna dan perasa tiruan, yang ini memang wajib saya jauhkan dari anak-anak terutama waktu mereka sakit.
Sama-sama kita cuba ya, cari jalan dan ikhtiar untuk anak cepat sembuh dengan real foods.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI