Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah untuk memastikan anak di didik dengan didikan yang sempurna. Ibu bapa juga akan menjadi contoh yang terbesar dalam hidup anak-anak.  

Sebagai ibu bapa, kita harus berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan. Apa yang dilakukan oleh ibu ayah mereka akan mereka lihat dan jadikan panduan.

Kalau Makanan Tak Sedap, Jangn Kutuk! Nak Ajar Anak Erti Bersyukur Mulakan Dengan Menghargai Makanan

3 perkara ni kena elakkan buat depan anak, buruk kesannya kalau anak nampak;

Pertama – Kutuk makanan

Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni. Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan. Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.

IKLAN

Kedua – Tengking isteri

Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya. Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.

Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.

IKLAN

Ketiga – Marah anak orang

Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa. Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi. Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.

Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti. Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga. Dari ayah anak belajar cara bersyukur, Dari ayah anak belajar cara menghormati orang, Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.

IKLAN

Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.

Sumber: Mohd Fhais
Ayah annur rania

Kalau Makanan Tak Sedap, Jangn Kutuk! Nak Ajar Anak Erti Bersyukur Mulakan Dengan Menghargai Makanan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI