Elfira Loy gembira, bahagia bergelar ibu-“menjadi ibu telah mengubah hidup saya jadi lebih baik.” Elfira menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan perhatian.
Elfira Loy Gembira, Bahagia Bergelar Ibu
Dia sering mengutamakan masa berkualiti bersama keluarga, dan memastikan anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang positif dan penuh kasih sayang. Sebagai seorang isteri pula, Elfira sering berkongsi momen-momen manis bersama suaminya di media sosial. Dia menggambarkan perkahwinannya sebagai satu perjalanan yang penuh kasih sayang dan sokongan.
Elfira dan suaminya, Faris, sering dilihat bersama menghadiri pelbagai acara dan menghadapi kehidupan seharian dengan penuh kebahagiaan dan komitmen. Mereka sering berkongsi saat-saat indah dan kenangan manis sebagai pasangan, yang menunjukkan betapa mereka menghargai satu sama lain.
Melalui satu hantaran yang dibuat oleh Elfira di laman Facebooknya, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi rasa bahagia bergelar ibu.
“Menjadi Ibu Telah Mengubah Hidup Saya Jadi Lebih Baik”
Menjadi seorang ibu selama lima tahun merupakan tempoh yang paling memuaskan dalam hidup saya. Saya tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata betapa banyaknya kegembiraan dan kebahagiaan yang telah dibawa oleh pengalaman ini kepada saya. Hati saya penuh dengan kasih sayang dan rasa syukur setiap hari.
Menjadi seorang ibu benar-benar telah mengubah hidup saya menjadi lebih baik, dan saya tidak akan menukarnya dengan apa-apa di dunia ini.
Terima Kasih Ya Allah.
Ads
Terima Kasih Abang Rayyan & Adik Aria kerana membuat mommy rasa mommy adalah mommy yang terbaik untuk kamu berdua. Kamu berdua adalah anak-anak yang luar biasa.
Pengalaman menjadi seorang ibu telah membawa banyak perubahan positif dalam hidupnya. Elfira sering berkongsi betapa anak-anaknya adalah sumber kebahagiaan dan inspirasi terbesar dalam hidupnya.
Dia kerap memuat naik gambar dan video tentang aktiviti harian bersama anak-anaknya, yang memperlihatkan betapa beliau seorang ibu yang penyayang dan berdedikasi.
Ads
Elfira juga sering berkongsi tip dan pengalaman keibuan, memberikan inspirasi kepada ibu-ibu muda lain di luar sana.
Untuk info, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.
Kebahagiaan sesebuah pasangan tidak terletak kepada kemewahan semata-mata. Banyak caranya untuk kita merasa gembira dan bahagia bersama insan tersayang. Kadang-kadang perbuatan sekecil menyuap pasangan pun sudah cukup untuk kita kekal harmoni.
Dalam sesebuah rumah tangga, menerima pasangan dalam kekurangannya itu adalah yang paling besar sekali. Anggaplah ia sebagai satu kelebihan maka kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan sentiasa menghargai antara satu sama lain.
Sebuah video yang tular di Tiktok, perkongsian dari alongpm berjaya meraih perhatian warganet. Si suami di dalam video adalah insan istimewa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilihat menyuap isterinya. Si isteri pula malu-malu ketika disuap.
Uniknya, Mohd Khairuddin Che Rani menyuapkan makanan ke mulut isterinya dengan menggunakan kaki. Isterinya yang dikenali sebagai Wani kelihatan tersipu-sipu malu ketika Khairuddin menyuapnya makan.
Warganet memuji kebahagiaan pasangan ini serta keikhlasan Wani menerima suaminya. Keadaan fizikal Khairuddin tidak menghalang pasangan ini untuk saling mencintai dan bahagia dengan cara mereka sendiri.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mendirikan perkahwinan pada bulan Jun yang lepas di Pasir Mas, Kelantan. Khairuddin kini bekerja sebagai pelukis sepenuh masa di syarikat Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd.
Diharapkan pasangan ini terus bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat. Pasangan ini membuktikan dalam keadaan apa sekalipun, seseorang itu boleh bahagia dengan caranya sendiri. Paling penting, jangan pernah lupa untuk mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah SWT.
Pelakon terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila beliau berkongsi momen istimewa bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur atas peluang ini dan memohon doa daripada para pengikutnya.
“Assalamualaikum semua..doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah di permudahkan, di lindungi serta mendapat umrah yang mabrur Insha Allah. ”
Perkongsian itu dihiasi dengan foto sederhana Fattah bersama keluarganya, yang memancarkan ketenangan dan kegembiraan dalam menjalani ibadah penuh keberkatan ini.
Langkah ini jelas menunjukkan bahawa Fattah mencari ketenangan jiwa dan kekuatan spiritual melalui ibadah. Perjalanan ke Tanah Suci ini bukan sahaja menjadi medan muhasabah diri tetapi juga satu bentuk penghargaan terhadap rahmat dan peluang yang Allah berikan.
Semoga Fattah Amin terus tabah menghadapi setiap cabaran, dan perjalanan ibadah ini membawa ketenangan serta kekuatan baru dalam dirinya. Ini juga menjadi inspirasi buat kita semua, bahawa setiap dugaan adalah peluang untuk kita kembali kepada-Nya.
Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat ramai apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western yang sudah berkuatkuasa sejak 20 November lalu.
Tindakan Fattah ini mendapat respon positif daripada peminat yang membanjiri ruangan komen.
Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini Raja Ilya meraikan hari raya bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan untuk kembali bertemu keluarga akhirnya terubat juga. Paling seronok pulang ke kampung tentulah anak kesayangan Raja Ilya, Talita. Gelagatnya mencuri perhatian ramai.
Raja Ilya sempat berkongsi foto bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan mengenakan persalinan kebaya pendek, sedondon dengan Talita manakala suaminya pula berbaju melayu siap bersamping.
Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.