Elfira Loy terharu dapat jemputan buat haji, mohon doa perjalanan tenang, mudah, peroleh haji mabrur. Rasa masih tidak percaya mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji, Elfira turut menyatakan memohon doa yang baik-baik.
Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan Buat Haji
Elfira Loy yang berangkat menunaikan ibadat haji, hari ini, mengakui sukar mempercayai dirinya diterima menjadi tetamu Allah, dalam tempoh singkat, iaitu seminggu.
Elfira menjelaskan dia menerima undangan Kementerian Media Arab Saudi pada saat akhir, iaitu, selepas menghantar ibu berangkat ke Tanah Suci, baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Elfira memohon agar perjalanannya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji dipermudahkan.
Ibu dua cahaya mata ini memohon maaf dan doa daripada orang ramai agar beroleh ketenangan dan dipermudahkan urusan di Tanah Suci.
Assalamualaikum wbt,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,.
Saya Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada terguris hati dan buat anda tak senang dengan saya. Maafkan saya ya .
Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah disaat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa. Disaat akhir , selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya. terima kasih ya Allah.
Ads
I am literally shaking right now typing this.
Doakan semoga perjalanan saya tenang , mudah dan selamat dan semoga saya peroleh Haji Mabrur.
Mohon Doa Perjalanan Tenang, Mudah, Peroleh Haji Mabrur
Perkongsian Elfira menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang mendoakan perjalanan Elfira ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji dipermudahkan.
Ads
Selain Elfira, antara selebriti lain yang menunaikan haji tahun ini ialah pasangan suami isteri Johan dan Ozlynn Wati, Datin Alyah serta Irma Hasmie.
Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Di awal tahun ini pasti masing-masing punya misi yang kuat untuk menabung. Menabung menggunakan duit berwarna seperti RM5, RM10 dan RM20 seakan menjadi trend namun sejauh mana keberkesanannya bila tiba hujung tahun.
Seorang pengguna media sosial, Noir Ida Johnny yang dikenali sebagai Miss Kitty antara insan yang pastinya berjaya menaikkan semangat kita untuk menabung di tahun baru ini.
Inspirasi untuk semua, menurut Ida, tabungan yang dibuatnya bukan berseorangan sebaliknya bersama suaminya.
Bukan biasa-biasa, hasilnya cukup lumayan iaitu RM27, 700. Semuanya dengan hanya teknik menabung menggunakan wang RM20 & RM50 Dan RM100 sahaja. Hebat!
“Miss Kitty dan husband menabung duit RM20 & RM50 dan RM100.
“Selama 1 tahun 2022 gumpul duit ni sebanyak RM27,700 untuk 2 tin tabung,” tulisnya berkongsi di facebook.
Bukan calang-calang, memang lumayan bila mana terus istiqamah dalam menyimpan. Malah kata Ida lagi, setiap hari kalau dapat duit RM20, terus sahaja disimpan ke tabungan mereka.
“Setiap hari kalau ada RM20 kami simpan terus di tabung.
“Kalau RM100 dan RM50 tu kami simpan bila ada duit lebih di wallet,” ujarnya berkongsi.
Tidak hanya berhenti di tahun ini sahaja, bahkan pasangan ini turut sama memasang impian untuk menabung sebanyak 5 tin lagi di tahun 2023 ini.
“Next Year kita sambung Lagi menabung gais. Couple saving Goals,” tulisnya lagi.
Cara keduanya juga pastinya memberi inspirasi untuk kita menyimpan. Inspirasi untuk semua!.
Kehidupan berumah tangga apa lagi dengan anak-anak yang semakin bertambah sememangnya menuntut perbelanjaan yang bukan sedikit. Berjimat cermat, itulah kuncinya ketika anak sedang membesar.
Perkongsian seoarang bapa, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang cukup dikenali turut berdepan kesusahan ketika awal perkahwinan hingga anak-anak sudah sedikit membesar. Tambah terkesan dengan kehidupan dengan ekonomi yang semakin meningkat.
Berkat kesabaran dan kesungguhan untuk menambah pendapatan demi memberi kesenangan kepada anak-anak dan isterinya, akhirnya pasti membuahkan hasilnya. Satu perkongsian yang cukup menarik.
Saya nak kongsi sedikit sisi buruk saya dulu-dulu. Awal-awal dulu, saya pemalas pait. Betul-betul harap gaji jadi cikgu je. Langsung tak ada buat kerja tambahan. Cukuplah sekadar untuk hidup dan makan.
Saya cuma nak rehat yang banyak. Tak mau buat kerja lebih nanti tak ada masa rehat, sibuk dan penat.
Sehinggalah lahir anak pertama, kos anak-anak ni besar. Dan saya ingin yang terbaik untuk anak saya. Minum susu mahal, botol susu mahal, pampers mahal. Maklumlah, anak pertama. Semua nak yang terbaik.
Kat situ mula terasa struggle, duit tak cukup. Tapi masih malas dan bertahan dengan gaji kecil tu. Sampai anak saya usia 3 tahun, dapat anak kedua pula. Anak dah 2, perit berganda lah. Tambah-tambah hidup kat kotaraya ni.
Dan di suatu hari, kami lalu depan kedai mainan. Masa tu hujung bulan. Dan anak sulung saya nak sebuah kereta kontrol berharga RM19.
Saya seluk poket, cuma ada RM7 sahaja. Dalam bank, tinggal RM10. Menangis saya dalam hati masa tu. Menangis sungguh-sungguh, cuma airmata je tak keluar.
Saya muhasabah diri, dan cuba kenang kembali. Rupanya sepanjang kami kahwin, saya tak pernah bawa puan isteri bercuti ke mana-mana tempat peranginan pun.
Tak pernah bawa isteri dan anak-anak tidur hotel. Paling kuat bawa jalan-jalan tepi pantai pastu balik.
Saya juga teringat, kahwin dah dekat 5 tahun tak pernah saya beli hadiah harijadi puan isteri, tak beli hadiah anniversary. Just wish sahaja. Nak buat surprise sekali sekala beli phone ke, emas ke, memang jauh sekali lah.
Teruk saya menung sendirian masa tu. Memang rasa loser. Rasa suami dan ayah yang tak berguna. Ayah apa aku ni anak nak mainan RM19 pun tak mampu beli? Sebiji kek harijadi untuk isteri pun tak pernah beli.
Pada satu hari, duit dalam poket ada RM10. Ambik anak dari taska nak hantar balik rumah, saya singgah stesen minyak isi minyak motor RM3. Arshad ikut masuk masa tu dan tunjuk nak KitKat.
Balance RM7 tu untuk saya makan di kantin hari tu. Tapi demi anak, belikan juga KitKat tu. Sudahnya hari tu tak makan saya kat sekolah. Tahan lapar gitu je.
Rasa teruk benar diri ni. Sampai tahap tu sekali. Sampai nak makan kat kantin pun tak ada duit. Oh ya, saya gaji cikgu diploma je. Kecik wei. Gaji permulaan tak sampai RM1000 pun. Dah tu ada pula buat personal loan, yuran kebodohan zaman bujang. Dah tanggung beban bulanan bertahun-tahun lama.
Yuran kebodohan melibatkan personal loan ni ramai yang kena. Seksa weh. Okey, sambung cerita.
Start dari situ saya cakap pada diri yang saya kena keluar dari zon selesa. Saya kena buat apa saja untuk ubah ekonomi diri dan keluarga.
Masa tu kat Fb tak ada followers. So saya kerja jual air tin. Sambil-sambil tu saya jual kasut bundle kat uptown sampai jam 4 pagi. Kemudian saya kerja kedai makan kawan.
Masa tu kerja macam kerbau demi ubah nasib diri dan keluarga. Tidur saya sekitar 3 jam sehari. Balik mengajar, mandi terus keluar rumah. Pulangnya azan Subuh.
Penat tok sah nak cerita. Saya diamkan saja. Aku lelaki kot. Aku ada tanggungjawab. Aku kena hadap semua ni sebagai anak jantan, bukan mengeluh meminta simpati orang.
Oh ya. Walau seteruk mana kewangan saya, saya takkan sesekali benarkan isteri saya bayar segala jenis bil api, air, astro, telefon. Semua atas saya, saya kan suami.
Walau bil pernah sampai surat merah api nak kena potong dan puan isteri nak tolong bayarkan, saya marah dia. Jangan masuk campur! Itu tanggungjawab saya. Pandai la saya selesaikan. Gituh ego seorang suami. Padahal duit tak dak. Wakaka.
Tapi isteri tetaplah isteri. Dia tau suami dia tak dak duit, tapi ego nak mampoih. Sesekali dia buka wallet saya, dia lihat ada seringgit dua, dia selit RM10. Nak selit banyak, takut kena marah lagi. Haha.
Buka wallet, tengok ada duit lebih, tahulah saya isteri punya kerja. Masa ni rasa lebih teruk. Lebih tak guna. Laki apa aku ni sampai bini kena bagi duit belanja curi-curi gini?
Lagi nekad nak kayuh dan buat apa jua kerja. Saya pernah kerja satu malam dapat gaji RM10 sahaja. Dan pernah langsung tak bergaji bila kasut bundle jualan saya tak laku.
Sedih beb, turun kerja jam 7 malam dengan harapan dapat la sepuluh dua buat belanja esok. Pulang jam 4 pagi, sesen pun tak dapat apa. Dapat letih je, dan esok kelaparan di sekolah tak ada duit nak makan.
Serius sedih kalau kena hari kumpau tak ada sale, tak ada gaji ni. Bertahun-tahun saya begitu. Gigih buat apa jua kerja tanpa kira penat ke, letih ke apa. Janji rezeki halal untuk dibawa pulang.
Dan benarlah janji Tuhan, barang siapa berusaha tanpa meninggalkan doa, pasti Allah beri ganjaran. Sedikit demi sedikit ada perubahan positif dalam income saya. Makin lega dan mula ada simpanan kecemasan, simpanan untuk hadiah isteri, simpanan untuk bercuti.
Setelah 9 tahun berkahwin, kali pertama saya tarik isteri saya masuk kedai emas dan saya suruh dia pilih barang kemas mana yang dia nak.
Menangis isteri saya masa ni. Aku pula berair mata dok tulis kisah ni sambil mengenang saat tu. Adoi. Ok sambung. Sikit ja lagi. Panjang nak mampoih ni ada orang nak baca ke? Lantakkan. Aku tetap nak menulis juga.
Dan akhir tahun itu, setelah 9 tahun tak pernah aku bawa anak isteri melancong, aku bawa mereka ke Kundasang, Sabah. Punya seronok anak isteri, akhirnya dapat pergi bercuti.
Begitulah sedikit sebanyak kisah hidup aku. Harap perkongsian ini ada la memberi semangat kat kawan-kawan lelaki terutamanya yang masih struggle saat ini.
Kayuh saja brother. Rempuh apa saja. Kita lelaki. Kita anak jantan. Isteri dan anak-anak tu tanggungjawab kita.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.