Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan Buat Haji, Mohon Doa Perjalanan Tenang, Mudah, Peroleh Haji Mabrur

Share

Elfira Loy terharu dapat jemputan buat haji, mohon doa perjalanan tenang, mudah, peroleh haji mabrur. Rasa masih tidak percaya mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji, Elfira turut menyatakan memohon doa yang baik-baik.

Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan Buat Haji

Elfira Loy yang berangkat menunaikan ibadat haji, hari ini, mengakui sukar mempercayai dirinya diterima menjadi tetamu Allah, dalam tempoh singkat, iaitu seminggu.

Elfira menjelaskan dia menerima undangan Kementerian Media Arab Saudi pada saat akhir, iaitu, selepas menghantar ibu berangkat ke Tanah Suci, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Elfira memohon agar perjalanannya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji dipermudahkan.

Ibu dua cahaya mata ini memohon maaf dan doa daripada orang ramai agar beroleh ketenangan dan dipermudahkan urusan di Tanah Suci.

Assalamualaikum wbt,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,.

Saya Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada terguris hati dan buat anda tak senang dengan saya. Maafkan saya ya .

Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah disaat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa. Disaat akhir , selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya.
terima kasih ya Allah.

I am literally shaking right now typing this.

Doakan semoga perjalanan saya tenang , mudah dan selamat dan semoga saya peroleh Haji Mabrur.

Mohon Doa Perjalanan Tenang, Mudah, Peroleh Haji Mabrur

Perkongsian Elfira menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang mendoakan perjalanan Elfira ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji dipermudahkan.

 

Selain Elfira, antara selebriti lain yang menunaikan haji tahun ini ialah pasangan suami isteri Johan dan Ozlynn Wati, Datin Alyah serta Irma Hasmie.

Sumber: Instagram Elfira Loy 

Baca artikel lain juga: Elfira Loy Gembira, Bahagia Bergelar IbuMenjadi Ibu Telah Mengubah Hidup Saya Jadi Lebih Baik

Dalam Rumah Tangga Perlu Ikhlas Perlu Jadi Matang, Elfira Loy Kongsi Tips Kahwin Muda!

Petua Rambut Lebat Macam Anak Elfira Loy, Guna 3 Bahan Setiap Hari Memang Tak Kusut Rambut

 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.

Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

IKLAN