Bersalin secara caesar tidak menjadi masalah buat Elisya Sandha untuk kembali langsing. Malah ibu jelita ini sudah mula aktif bersenam selepas tiga bulan bersalin. Pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly ini memang aktif bersenam.
Bercerita tentang amalan yang dilakukan selepas bersalinkan anak sulungnya setahun yang lalu, Elisya rajin menjaga kesihatan diri. Elisya Sandha antara selebriti cantik yang kekal menawan meskipun sudah bergelar ibu.
Ibu kepada Bunga El-Haq ini mengamalkan senaman berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sekitar kawasan perumahan. Elisya juga sering melakukan senaman regangan.
Biarpun melalui proses melahirkan secara pembedahan, namun Elisya dilihat sangat cergas melakukan senaman untuk memastikan badannya kekal fit setelah dua bulan berpantang. Elisya hanya berjogging beberapa langkah sahaja kerana hampir tiga bulan kakinya lembik seperti mahu terjatuh dan tidak kuat.
*American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.
Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki.
*Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.
*Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan.
*Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.
Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera.
Kredit foto top image: Instagram Elisya Sandha
Baca artikel berkaitan di sini: “Definitely Tekak Melayu” Ganti Nasi Dengan Pasta Takut Anak Bosan, Elisya Sandha Akur Selera Anak!