Elisya Sandha dapat layanan ‘Five Star’ masa berpantang, Sheila Rusly masak makanan sedap-sedap. Perkongsian video pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly yang menyediakan hidangan berpantang buat menantunya, Elisya Sandha, mencuri perhatian ramai di platform Instagram miliknya.
Elisya Sandha Dapat Layanan ‘Five Star’ Masa Berpantang, Sheila Rusly Masak Makanan Sedap-sedap
Dalam video tersebut, Sheila, 53, meluahkan rasa teruja apabila Elisya memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri. Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara itu, dia terus merancang menu berpantang khas untuk menantu tersayang.
Elisya pula kelihatan menikmati sajian tersebut dengan penuh berselera, dan turut memeluk ibu mentuanya sebagai tanda penghargaan atas layanan yang cukup istimewa itu.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan Elisya sebagai seorang menantu yang sangat bertuah. Malah, ramai yang memuji keperibadian Sheila, dan menggelarnya sebagai “ibu mentua dari syurga”.
Terdahulu, pada Jumaat lalu, Elisya memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak keduanya yang dinamakan Bahtera ElHaq.
Untuk makluman, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy, anak sulung Sheila Rusly, pada Ogos 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan sulung bernama Bunga ElHaq yang kini hampir mencecah usia tiga tahun.
Baru-baru ini, Eyra menarik perhatian ramai apabila berkongsi tentang cara beliau mendidik anak-anak ketika berhadapan dengan situasi yang agak sensitif di tempat awam.
Sebagai seorang ibu, ada masanya Eyra perlu membawa anak-anak masuk ke tandas wanita terutama dirinya yang sekarang sedang dalam perkahwinan jarak jauh (PJJ). Situasi itu boleh mendatangkan rasa tidak selesa kepada pengguna lain, lebih-lebih lagi kerana anak-anaknya semakin membesar.
Perkongsian Eyra Hazali di Threads miliknya
Dalam keterbatasan pilihan yang ada, Eyra mengajar anak-anaknya agar menutup mata setiap kali mereka perlu masuk ke tandas wanita. Kadang-kadang, katanya, dia akan meminta anak-anak untuk memeluk sambil menutup mata supaya tidak terlihat perkara yang boleh mengganggu keselesaan pengguna lain.
Walaupun kedengaran mudah, ajaran ini sebenarnya sarat dengan nilai pendidikan, kerana dari kecil anak-anak sudah terbiasa menghormati privasi orang lain.
Bagi Eyra, hal ini bukan sahaja mendidik anak-anaknya, tetapi juga memberi mesej kepada masyarakat bahawa ibu-ibu dalam situasi seperti dirinya cuba melakukan yang terbaik demi keselesaan bersama.
Selain itu, Eyra juga lebih selesa memilih pusat membeli-belah yang menyediakan kemudahan tandas khas untuk kanak-kanak. Bagi dirinya, kemudahan seperti ini bukan sahaja membantu memudahkan urusan seorang ibu, tetapi juga memberi ruang yang lebih selesa kepada anak-anak kecil.
Katanya, jika ada pilihan, dia akan lebih rela mencari lokasi yang mesra keluarga kerana ia mengurangkan kebimbangan dan menjadikan pengalaman keluar bersama anak-anak lebih mudah diuruskan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara pernah dikejutkan dengan satu tragedi memilukan apabila berlaku kemalangan tragis di hadapan UiTM Dungun, yang meragut nyawa tiga sahabat dalam sekelip mata, manakala seorang lagi terselamat.
Walaupun kejadian ini sudah berlalu hampir enam bulan, peristiwa tersebut masih meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mengikuti rapat perkembangan tragedi ini.
Hari ini, Majalah Keluarga berpeluang menemubual secara eksklusif pelajar yang terselamat, iaitu Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan. Ikuti luahan hati adik Ammar yang pastinya menyentuh jiwa, penuh dengan rasa kehilangan dan kesyukuran. Semoga perkongsian ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.
Dengan nada suara yang tenang namun jelas bergetar menahan sebak, Ammar Hakim bin Ahmad Faiz memulakan kisahnya. Beliau membawa kami kembali ke detik cemas itu saat segalanya berubah dalam sekelip mata. Setiap bait kata yang dilafazkan penuh rasa kehilangan, namun tetap disulami kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas.
“Saya buka mata, rasa macam dalam longkang…”
Itulah detik yang Ammar sedar dari kemalangan ngeri itu. Dunia seakan kelam, suara jeritan bergema di sekelilingnya. Dalam kekeliruan dan sakit, Ammar mendengar ayat yang meremukkan hati, ‘tiga orang mati.’
Dia bertanya dalam hati, “Siapa yang mati? Bukankah kami berempat bergerak bersama?” Namun sakit di tubuhnya mengingatkan Ammar ini bukan mimpi.
Menurut Ammar, keadaan dirinya masih separa sedar. Katanya mungkin hentakan yang kuat. Namun Ammar tetap tabah, walau dalam kekeliruan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Doktor bertugas memberitahu kepadanya bahawa dia dan tiga kawannya telah dirempuh oleh kendeeraan CRV. Berita yang paling menyedihkan doktor berkenaan memberitahu tiga kawannya telah meninggal dunia.
“Saya tahu, tapi dalam hati saya tetap rasa kosong, clueless… tak percaya semua ini berlaku.”
KELUARGA SANGKA AMMAR MENINGGAL DUNIA
Hati ibu ayah mana yang tidak keruan apabila mendapat tahu anak tersayang dikatakan terlibat dalam nahas ngeri.
Menurut ibu saudara Ammar, Cik Mawar Sharif, mereka mendapat berita itu menerusi media sosial yang dikongsi orang ramai. Malah nama anak saudaranya turut disebut terlibat dalam nahas itu.
Namun dalam keadaan kelam itu, Allah hadirkan cahaya. Khabar indah apabila Ammar disahkan terselamat namun cedera.
“Ammar masih hidup. Alhamdulillah, dia selamat, walau cedera.”
Tangisan syukur bercampur pilu. Keluarga bergegas ke hospital, dengan hati penuh debaran. Ammar, walaupun tubuhnya penuh luka, tetap tersenyum menerima kehadiran orang tersayang.
Hidup Dengan Kenangan
“Saya hidup, tapi saya bawa semangat mereka — Kiril, Wak, Adib — dalam setiap langkah saya.”
Kisah Ammar mengajar kita tentang rapuhnya kehidupan, tentang kasih sayang yang tidak pernah mati, dan tentang keajaiban sebuah peluang kedua.
Dalam gelap paling dalam sekalipun, Allah tetap hadirkan sinar. Setiap hela nafas adalah nikmat, dan setiap detik bersama insan tersayang adalah hadiah terindah.
Dalam pada itu, Ammar tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada insan-insan yang menjadi penyambung nyawanya pada hari yang paling gelap dalam hidupnya.
“Terima kasih juga kepada semua yang membantu, keluarga, kawan-kawan, dan semua yang mendoakan saya tanpa henti, yang datang ziarah, yang kirimkan semangat dan doa walaupun saya tak sempat balas satu-satu.”
“Saya hidup hari ini untuk terus menghargai peluang kedua yang Allah berikan, dan untuk terus membawa doa dan kenangan sahabat-sahabat saya yang telah pergi. Terima kasih semua. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan kalian.
CERITA PENUH DI SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah pemergian adik Zara Qairina Mahathir terus mendapat perhatian rakyat Malaysia. Dalam sidang media khas di Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan perkembangan terbaharu hasil siasatan yang sedang dijalankan.
M Kumar pada sidang akhbar di Bukit Aman mengenai kematian Zara Qairina Mahathir. Gambar kecil: Zara Qairina
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkongsi 13 intipati penting yang perlu diketahui:
Punca kematian – Kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
Kecuaian siasatan awal – Pegawai penyiasat tidak memohon untuk bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan ketua bahagian terlibat.
Persetujuan ibu mangsa – Ibu Zara menandatangani dokumen menolak bedah siasat, disahkan doktor patologi dan pegawai penyiasat.
Bedah siasat dilakukan kemudian – Pada 10 Ogos, empat pakar patologi mengesahkan dapatan sama iaitu kecederaan otak akibat terjatuh.
Arahan inkues – Perbincangan dengan Peguam Negara pada 12 Ogos memutuskan inkues perlu dijalankan.
Tujuan inkues – Untuk merungkai punca sebenar kejadian dan menjawab persoalan penyebab kematian.
Siasatan elemen jenayah – Task force turut menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah.
Berita palsu – Polis membuka 15 kertas siasatan terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.
Tangkapan individu – Wanita berusia 39 tahun ditahan kerana menyebarkan berita palsu.
Elemen buli – Siasatan merekodkan keterangan yang menjurus kepada kemungkinan insiden buli sebelum kejadian.
Jumlah saksi – 82 keterangan telah direkodkan termasuk pelajar, sebahagiannya dipanggil semula.
Tiada kaitan VVIP – Polis menafikan sebarang penglibatan pihak berprofil tinggi.
Maklumat kepada keluarga – Semua kecederaan telah diterangkan kepada keluarga dan peguam mereka.
Pihak berkuasa menegaskan siasatan akan diteruskan sehingga segala persoalan terjawab. Bagi kita sebagai ibu ayah, tragedi ini menjadi peringatan betapa pentingnya keselamatan anak-anak dan keprihatinan terhadap tanda-tanda awal kecederaan.
Bolehkah makan durian ketika hamil? Ketahui sama ada ia selamat atau berbahaya, termasuk risiko kalori tinggi, panas badan, gula darah dan tips makan durian secara selamat untuk ibu mengandung.