Kehamilan

Elizad Kongsi Doa Yang Diamalkan, Tak Pernah Lekang Berdoa Mohon Allah Kurniakan Zuriat

Share

Setiap perkahwinan yang dibina akan lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata. Itulah dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Namun ketentuan Ilahi itu adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya, paling penting tidak pernah putus asa dan berusaha disamping doa yang tak pernah putus untukNYA.

Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin dalam satu posting di akaun Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi satu doa yang menjadi amalan dia dan suami dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Menurut Elizad doa yang satu ini menjadi amalan buat dirinya dan suami tercinta selain doa-doa lain yang turut menjadi amalan mereka berdua. Itu merupakan salah satu antara usahanya dalam mendapatkan cahaya mata.

Perkongsian itu juga dibuat sempena hari Nisfu Syaa’ban baru-baru ini yang mana antara kelebihan pada malam tersebut adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

“ Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan“ .

Selain dari doa2 lain , DOA yang “ SATU “ ni x pernah lekang dari kami berdua .
#SALAMNISFUSYAABAN ❤️ #naksorangcamniplsss
#mybaby #auntylovearianna

Sebelum ini Elizad pernah berkongsi cerita mengenai dirinya yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Malah dia juga ada memaklumkan bahawa dirinya menjalani proses rawatan kesuburan IVF pada Februari yang lalu.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

Didoakan semoga doa-doa Elizad dan suami diangkat dan dimakbulkan Allah tak lama lagi. Dan semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang comel-comel kelak, Amin!

Sumber: Media Hiburan & Elizad Sharifuddin

 

Published by
SAHR