“Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, tiba-tiba saya mendengar anak saya menangis.
“Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
Itu yang dikongsikan oleh seorang bapa yang juga pelakon, Meor Mohd apabila berdepan saat cemas setelah anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, baru-baru ini.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.
Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.
Ads
Katanya lagi, selepas di bawa ke hospital untuk rawatan, pihak hospital memintanya untuk memaklumkan jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.
“Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.
Ads
“Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan,” ujarnya yang turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram.
Menerusi perkongsiannya itu, Meor turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.
Ads
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kentang goreng atau french fries antara yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat. Makanan ini sangat popular dan selalu menjadi pilihan anak-anak untuk menikmatinya.
Namun pernah tak kita terfikir, pengambilannya secara kerap memberi risiko pada kesihatan. Kebanyakan daripada kita anggap tak ada apa pun sebab ia hanya kentang semata-mata, tetapi pernah tak terfikir apa kandungan di dalamnya.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, rata-rata masyarakat mengambil ringan hal ini dan tak memikirkan pada kesan kesihatan jangka panjang. Untuk mendapat penjelasan lanjut, ini perkongsian beliau.
Soalan yang paling dinantikan. Ada apa dalam French fries? Ini antara salah satu snek segera yang paling popular dan banyak terdapat di restoran makanan segera.
Dalam French fries ada 15 bahan. Selain garam, ia ada gula. Ada pewarna. Ada dimethylpolysiloxane. Satu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam minyak nak goreng fries tu. Tujuan nak elak minyak terpercik ketika proses menggoreng.
Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone. Hasil kajian dapati apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.
Pakar pemakanan juga bagi amaran tentang risiko terbentuknya carcinogen acrylamide. Bahan kimia yang terbentuk dalam sesetengah makanan apabila dimasak pada suhu tinggi sama ada goreng. Panggang mahupun bakar.
Risiko kanser. Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular. Jantung berlemak. Saluran darah tersumbat.
Makanan ini selalu dijamu pada budak kecil. Bahaya tu, kesian mereka.
Ini adalah contoh-contoh makanan dan minuman yang mudah dan berkhasiat sewaktu jamu pada anak-anak. Dapat sesuatu?
Apa kata bagi mereka makanan ini Boleh baca perkongsian Dr Rizal DI SINI
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Corona virus (COVID-19) menunjukkan penurunan kes di Malaysia dengan mencatatkan jumlah 17 kes terbaharu. Namun begitu itu bukan bermakna untuk kita terus berada dalam keadaan selesa dan melupakan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes.
“Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.
“Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun,” katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.
“Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19,” katanya.
Mungkin tidak banyak liputan mengenai kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19, namun setelah melihat sendiri angka ini diharapkan ramai ibu bapa lebih prihatin untuk tidak membawa anak ke tempat yang berisiko. Sayangi anak anda, kanak-kanak antara golongan yang berisiko.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan bapa kepada empat cahaya mata perempuan, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.
Perlu pembedahan segera
Memetik portal mStar, Fizz memberitahu ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar aktor berusia 43 tahun.
Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz.
Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.