
Jep dan anaknya sering membuat netizen seronok dan terhibur. Terbaru ialah video perbualan mereka berdua.
Semenjak lahir anak perempuan Jep Sepahtu, Dariya Inara sering mendapat perhatian semua. Nampaknya Dariya sudah jadi geng abah kata netizen.

Tidak kurang juga yang menonton video itu berulang kali untuk mendengar lawak jenaka dari Jep dan menatap kecomelan Dariya. Bonding yang baik antara bapa dan anak!
Mentang-mentang birthday sama @dariyainaraofficial ?❤️#anakabah
A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on
Video perbualan Jep dengan Dariya itu mendapat tontonan hampir 500 ribu. Ramai yang mengatakan tidak kering gusi mendengar perbualan Jep dan Dariya dan tidak kurang juga mengatakan comel Dariya menyahut apa yang dikatakan abahnya.
PANDAI DARIYA MENJAWAB APA YANG DITANYA
![]()
![]()
![]()
JADI MANGSA BULI ABAH KATA RAHIM SEPAHTU


MODAL RINDU PERGI KERJA

EYA KENA LAYAN PUNCHLINE ABAH

GENG ABAH

Sumber: Jepsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunyi ‘bbbbb’ Bermakna Bayi Sedang Berborak Dengan Anda. Kenali Bahasa Tubuh Bayi Yang Lain

Jika lampin si manja penuh atau bocor, bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis. Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar. Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham?

Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seawal Usia 2 Bulan Bayi Tersenyum Semasa Tidur Kerana Gerakan Refleks. Tiada Kaitan Bayi Bermimpi

Sebelum umur satu bulan, bayi belum lagi boleh menunjukkan mereka sedang gembira dengan cara senyum. Memahami emosi bayi bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya jika anda adalah seorang ibu muda. Mereka tak mampu untuk mengekspresikan apa yang mereka rasa secara verbal.
Jadi, ianya adalah penting untuk kita mengamati tanda-tanda yang mereka tunjukkan kepada kita. Kita sering dengar tentang cara untuk mengetahui bayi sedang sedih, tidak selesa dan sebagainya. Tapi pernahkah anda tahu, bila sebenarnya bayi anda sedang gembira dan selesa jika mereka masih belum mampu untuk senyum, apatah lagi berkata-kata?
BAYI BARU LAHIR
Pada awal kelahiran, bayi belum boleh menunjukkan sebarang emosi positif. Jadi jangan kecewa bila anda buat semua mimik muka yang anda tahu pun tapi mereka hanya memandang anda sahaja. Buat masa ini, bayi hanya menangis atau tidak menangis sahaja.

0 HINGGA 3 BULAN
Jika anda mendukung bayi pada usia ini dan mereka tidak membengkokkan badan mereka tapi hanya duduk tenang mengikut pangkuan tangan anda – itulah tanda mereka sedang selesa. Mereka gembira kerana anda memenuhi semua keperluan asas mereka seperti menyusu, menukar lampin dan sebagainya.
1 HINGGA 3 BULAN
Pada usia antara 4 hingga 10 minggu kelahiran, bayi biasanya cenderung untuk senyum secara spontan. Sebelum itu, bayi akan senyum kerana mereka berasa selesa secara dalaman (seperti buang angin) atau pun senyum secara refleks ( anda perasan bila mana bayi kadang kala tersenyum sendiri sewaktu lena tidur, bukan? ) Namun, pada usia 1 hingga 3 bulan ini, mereka akan mula senyum sebagai respons kepada apa yang orang di sekeliling buat kepada mereka.
3 HINGGA 6 BULAN
Setelah mula senyum, bayi anda akan mula ketawa pula pada usia ini. Mereka biasanya akan ketawa disebabkan oleh bunyi-bunyi lucu ataupun disebabkan oleh sentuhan anda pada tubuh badan mereka. Anda pasti boleh menghabiskan lebih banyak masa untuk bergurau dengan mereka hanya untuk mendengar mereka ketawa. Permainan “ciku cak!” adalah antara yang mesti anda cuba.

4 HINGGA 7 BULAN
Perhatikan apa yang anda ucapkan di hadapan bayi anda pada usia ini. Bayi anda akan mula menangkap bunyian dan intonasi yang mereka dengar daripada percakapan anda. Mereka kini sudah belajar untuk bercakap bagi mengekspresikan emosi mereka. Jika mereka berceloteh dengan anda pada nada yang semakin tinggi, mereka sebenarnya menunjukkan bahawa mereka selesa untuk berinteraksi dengan anda.
12 HINGGA 18 BULAN
Pada usia ini, bayi anda sebenarnya sudah mula pandai untuk berjenaka. Mereka akan melakukan perkara-perkara yang melucukan untuk membuat anda ketawa seperti memakai lampin di kepala dan bermacam-macam perkara lagi. Sewaktu perkembangan tumbesaran mereka ini, perkara-perkara yang mengarut ataupun kelihatan bodoh adalah sumber kelucuan bagi mereka.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Sakit Jantung & Lalui Pembedahan Major, Hunny Madu Mohon Doa Dari Semua

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hunny Madu mohon doa daripada semua untuk anaknya Adam Musa yang melalui pembedahan major kerana sakit jantung sejak lahir.
Hunny Madu telah berkongsi di aplikasi Instastory pada Instagram mengenai keadaan anak keduanya , Adam Musa sejak dilahirkan, didiagnosis complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan keadaan Hunny sendiri selepas bersalin. Beliau turut memohon titipan doa untu anaknya yang bakal melalui pembedahan (yang berlangsung hari ini). Berikut ialah perkongsian Hunny;

Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda tentang keadaan jantung Adam tetapi sejujurnya saya tidak tahu bagaimana dan rasa sebak bila berfikir atau bercakap tentangnya. Tetapi saya selalu ke depan dengan berani, saya tidak menangis. Saya pilih untuk sentiasa fokus pada sudut positif, fokus kepada karier dan mengalihkan perhatian saya tetapi jauh di sudut hati saya tahu saya perlu kuat untuk Adam Musa.

Bayangkan, saya mengetahui tentang keadaan jantungnya (Adam Musa) sehari selepas kelahirannya. Dia terpaksa dikejarkan dengan menaiki ambulans ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan atau kami akan kehilangannya dalam masa 24 jam. Saya ketika itu masih dalam kesakitan selepas proses bersalin terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana kebanyakan orang disekeliling mengatakan saya tidak perlu berjalan( kerana baru bersalin). Tidak lama selepas itu, Adam Musa memulakan rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN). Terima kasih kepada Uncle Zarul. Di IJN, bayi saya ini telah diberikan diagnosis. Adam telah didiagnosis sebagai mempunyai complicated heart (Double Inlet Left Ventricle) dan perlu melalui dua lagi pembedahan major selepas prosedur ini.

Adam hanya dibawa pulang ke rumah selepas dua minggu dan perasaan saya sedikit janggal. Saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana tidak pernah bercerita tentang perkara ini kepada anda semua. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkongsi hal ini dengan kalian. Saya berharap agar rakan-rakan semua mendoakan Adam Musa.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah kami diberitahu tentang keadaan Adam semasa Adam berada di nurseri hospital bersama bayi-bayi lain. Saya terfikir, kenapa Tuhan memilih Adam dan bukannya bayi lain? Hal ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa pun. Saya bersyukur kerana saya tidak lagi terfikir begitu dan tahu Adam terpilih untuk mengharungi ujian ini. Saya selalu terbayangkan masa depan Adam- keadaan Adam nanti apabila berkahwin, tamat pengajian. Jika diberikan pilihan untuk menukar Adam dengan bayi lain, saya masih memilih Adam Musa.
KETIKA BERUSIA SEMINGGU

ADAM AKHIRNYA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on
PEMBEDAHAN SUDAH SELESAI, SEMOGA ADAM CEPAT PULIH
A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on
Rakan artis dan follower mendoakan pemulihan Adam Musa dan memberikan kata-kata semangat kepada Hunny.
SEMOGA ADAM CEPAT SEMBUH

BE STRONG BABY

FAST RECOVERY FOR ADAM

MOGA ALLAH MEMBERIKAN KESEMBUHAN

Sumber: Hunny Madu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


