Ketika kehamilan, mual dan loya adalah perkara biasa yang sering dialami oleh ibu mengandung terutamanya ketika di trimester pertama. Perkara ini disebabkan oleh meningkatnya hormon B-HCG fan progesteron yang mencapai puncaknya pada usia kehamilan sekitar lapan minggu. Keadaan hormon ini dipengaruhi oleh pencernaan dan penghasilan air liur yang membuatkan anda terasa ingin meludah, mual dan menginginkan makanan tertentu atau lebih dikenali dengan mengidam.

Elok Tahu Mengandung Tekak Mula Mual, Makan Je Muntah! Selera Ibu Hamil Boleh Berubah Ikut Usia Kehamilan. Ini Yang Suami Kena Ambil Tahu!

Trimester Pertama

Dalam keadaan hamil juga, ibu lebih sensitif terhadap bau tertentu yang membuatkan terasa ingin muntah. Mengidam merupakan tanda bahawa ibu hamil memerlukan makanan tertentu. Contohnya jika wanita hamil mengidam sesuatu yang masam itu tandanya badan sedang memerlukan vitamin C. Pada usia kehamilan ini, adalah sebaiknya ibu-ibu mengelakkan daripada mengambil daging merah dan juga jauhi asap rokok serta minuman alkohol. Biasanya pada trimester pertama ibu-ibu akan mengalami mual, muntah-muntah dan juga lelah.

Cara mengatasi:

Ads
  1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  2. Minum air halia panas atau suam, air putih, air putih dengan perahan lemon, yogurt, jus tembikai atau melon bagi menggantikan cecair yang hilang kerana loya dan muntah.
  3. Untuk sumber karbohidrat, pilih roti bakar dengan sapuan jem stawberi atau salad aneka sayuran dengan sos ringan daripada minyak zaitun atau minyak sayur yang diperasakan dengan jus lemon.
  4. Siapkan biskut, epal atau pisang di dalam beg tangan dan juga di tempat kerja supaya anda dapat mengudapnya setiap kali lapar atau selepas muntah.

Elok Tahu Mengandung Tekak Mula Mual, Makan Je Muntah! Selera Ibu Hamil Boleh Berubah Ikut Usia Kehamilan. Ini Yang Suami Kena Ambil Tahu!

Trimester kedua

Masuk sahaja trimester kedua kehamilan, anda biasanya sudah tidak mual dan muntah lagi. Malah selera makan sudah kembali bahkan lebih meningkat. Rasa lapar yang meningkat itu disebabkan oleh bayi dalam kandungan yang semakin membesar dan memerlukan nutrisi tambahan. Sebaiknya anda menahan diri dan makan makanan yang jelas kualiti dan nutrisi untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Ads

Cara mengatasi:

Ads
  1. Minum air kosong lapan gelas sehari atau lebih jika anda seorang yang aktif dan turut bersukan ketika hamil.
  2. Pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang berkualiti seperti daging dan ayam tanpa lemak, buah-buahan dan sayuran.
  3. Sediakan makanan seperti kismis, kekacang dan buah di dalam beg tangan dan tempat kerja anda.
  4. Makan dengan kerap tetapi tidak lebih dari enam kali. Makan terlalu banyak atau terlalu kerap boleh menyebabkan perut anda kembung dan anda mengah.
  5. Selalu pantau berat badan supaya keadaan kandungan dan anda berada dalam keadaan baik dan sihat.

Elok Tahu Mengandung Tekak Mula Mual, Makan Je Muntah! Selera Ibu Hamil Boleh Berubah Ikut Usia Kehamilan. Ini Yang Suami Kena Ambil Tahu!

Trimester ketiga

Seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar, ruang dalam perut juga semakin menyempit. Keadaan ini akan membuat ibu hamil berasa cepat kenyang. Justeru selera makan sedikit merosot pada usia kehamilan ini. Namun ada juga yang meningkat. Apa yang pasti di trimester ketiga anda memerlukan lebih tenaga untuk persiapan bersalin. Ketika usia kehamilan ini juga ibu hamil biasanya akan mengalami berat badan berlebihan, konstipasi dan juga heartburn.

Cara mengatasi:

  1. Jangan lupa untuk mengambil karbohidrat dan lemak bagi memenuhi kalori yang diperlukan ketika bersalin. Ubi kentang, roti, kekacang, bijirin dan susu. Untuk sumber lemak pula sebaiknya anda makan telur, daging, mentega susu dan lain-lain.
  2. Pengambilan air yang cukup amatlah penting pada trimester ketiga. Selain lapan gelas air kosong, pengambilan jus buah-buahan, makanan berkuah dan juga buah-buahan segar adalah digalakkan. Hindari minuman bergula dan juga minuman ringan.
  3. Pengambilan serat juga penting ketika ini kerana ia dapat membantu anda daripada konstipasi atau sembelit. Tapi sayuran yang dimakan perlulah dimasak terlebih dahulu kerana ibu hamil tidak digalakkan makan makanan mentah selain buah-buahan.
  4. Menjadikan buah-buahan sebagai snek untuk menjaga berat badan agar seimbang dengan usia kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI