Ketika tempoh berpantang penghujung tahun lalu, rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad diuji gara-gara kehadiran orang ketiga sehingga memberi sedikit tekanan emosi padanya.
Terbaru, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu dengan suaminya Datuk Haniff Borhan kelihatan kembali tenang dan semakin bahagia antara satu sama lain.
Mencecah usia dua bulan anak lelakinya yang diberi nama Karl Mateen, pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah yang cukup meriah di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Tidak ubah seperti sebuah majlis pernikahan, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad dan suami juga mengenakan busana serba putih bagi meraikan majlis kesyukuran anak lelaki mereka. Majlis itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan artis.
Berikut antara foto sekitar majlis tersebut:
Meriah macam majlis nikah
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung pada awal Disember.