Sebelum ini, anak sulung kepada pelakon cantik Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidress sering menjadi tumpuan ramai dengan kecomelannya serta penampilan yang kemas dan segak.
Tarikan Eidress pada rambutnya yang kerinting serta pandai bergaya ketika di hadapan kamera membuatkan ramai peminat geram melihatnya.
Kini anak keduanya pula, Mohamad Emirhan turut menjadi tumpuan ramai apabila ramai menyamakan wajahnya seperti orang Turki dengan kulit putih dan mata bulat.
Mohamad Emirhan kini berusia enam bulan sentiasa menjadi tarikan ramai setiap kali Anzalna memuat naik fotonya ke laman Instagram.
Terbaru, perkongsian Anzalna mengenai anak lelaki keduanya sekali lagi menarik perhatian ramai yang menyamakan wajah anaknya dengan Presiden Rusia.
Ads
“Happy 6 Months old Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby. Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president! Hahahhahahaha,” tulis Anzalna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji serta geram dengan kecomelan wajah anak Anzalna. Ada yang meninggalkan komen mommy dah boleh mula sediakan menu best untuk Emirhan makan.
Malah pelakon dan pengacara Uyaina Rashid sendiri meninggalkan komen ingin menjadikan Emirhan sebagai menantunya sekiranya dia memiliki anak perempuan nanti.
Ads
“Putin Junior!”
Terdahulu, Anzalna dan Muhamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hampir 3 tahun berkahwin, kehadiran Mohamad Eidrees menjadi sejarah buat keluarga Anzalna.
Ini kerana penantian yang ditunggu selama 26 tahun untuk generasi lelaki dalam keluarga dimakbulkan Allah.
Ads
Sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi semenjak 1993, bapanya menunggu anak lelaki kerana adik beradiknya semua perempuan. Tambah pula, kakak Anzalna, Diana Nasir pun turut mempunyai tiga anak perempuan.
Bukan mudah bagi seorang wanita hamil untuk berdepan situasi pandemik Covid-19 yang mengancam seluruh dunia. Namun pengalaman itu telah dilalui oleh Dr Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak tahun lalu.
Dr Tengku Ezulia antara salah seorang daripada 20 penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms tahun ini. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini kerana semangat yang tinggi dalam dirinya sebagai seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada anak tiga anak kecil.
Kehamilan yang sangat mencabar
Menceritakan pengalaman hamil kali kedua yang juga anak kembar, Dr Tengku Ezulia berkata ia pengalaman dan cabaran hamil yang sememangnya agak berlainan berbanding ketika mengandungkan anak sulung. Tambah lagi bila dapat tahu ada dua orang dalam rahim.
“Hamil kali kedua sememangnya mencabar kerana saya hamil kembar dan hospital tempat saya bertugas merupakan salah sebuah hospital yang merawat pesakit Covid ditambah pula perlu memakai PPE.
“Pengalaman hamil dan terpaksa juga merawat pesakit yang ada masalah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sukar bernafas satu tanggungjawab besar. Jika dilihat gejala ini turut mempunyai persamaan simptom Covid-19 dan prosedur melibatkan pemeriksaan hidung, tekak antara yang perlu dilakukan setiap hari,” ujar Dr Tengku Ezulia ketika berkongsi kisahnya di Live Pa&Ma Gala Moms.
Menurut Dr Tengku Ezulia lagi, mujurlah perjalanan kehamilan kembar dipermudahkan walaupun hari-hari berdepan risiko yang boleh memudaratkan diri. Walaupun kelahiran kedua ini secara pembedahan kerana bayi songsang, alhamdulillah semuanya sihat.
“Saya boleh katakan anak lelaki kembar saya ini adalah bayi PKP kerana sejak dari awal kandungan sehingga usianya dah 9 bulan memang hanya berada di rumah saja,” katanya.
Menceritakan mengenai anak kembar yang diberi nama Nik Areq Al-Birran dan Nik Arez Al-Birran, Dr Tengku Ezulia berkata, kedua-duanya mudah untuk dibezakan. Ini kerana si abang lebih kecil berbanding adik. Manakala kulit adik lebih cerah dari abang serta personaliti mereka seorang lebih aktif, seorang lagi chill je.
Bagaimanapun, tak dinafikan pernah juga tertukar antara mereka bila waktu tidur. Terkadang panggil adik sebagai abang dan abang pula adik. Tapi bila tengok betul-betul baru perasan.
Buat stok susu 3 bulan untuk anak
Sementara itu, bercerita mengenai perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, Dr Tengku Ezulia ada kisahnya yang tersendiri. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pakar, bab menyusukan anak beliau sangat bersungguh-sungguh.
Kongsinya, semasa kelahiran anak sulung, memang tiada ilmu untuk menyusukan anak tetapi yang membanggakan beliau adalah anak sulung itu yang mengajarnya erti penyusuan sebenar.
“Masa mula-mula lekapan, dia dah pandai hisap sehingga rasa enjoy sangat. Rezeki juga waktu itu susu meriah dan memang dapat berikan secara eksklusif.
“Di saat susu sedang meriah dan si kakak waktu itu berusia 10 bulan, dapat tawaran menyambung pengajian ke New York. Waktu itu dah mula rasa sedih sebab takut tak dapat berikan susu padanya.
“Namun atas semangat yang diberikan suami, saya mengambil keputusan untuk membuat stok susu selama 3 bulan sebelum berpisah dengannya. Dari awal saya dah belikan satu freezer khas dan hantar susu yang dipam ke kampung kerana mak yang akan menjaga anak,” ujarnya.
Semasa berada di New York saya tetap melakukan rutin mengepam dan simpan stok susu. Alhamudulillah perancangan saya itu berjaya kerana saya tak mahu putus susu apabila pulang semula ke Malaysia. Memang rasa mencabar, tetapi jika kita betul-betul mahu mesti akan berjaya.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjaya anak-anak apabila besar, Dr Tengku Ezulia memang mengharapkan untuk anak-anak meneruskan kerjaya sebagai doktor.
“Cuma sebagai ibu, dia tidak akan memaksa jika anak-anak mempunyai minat yang lain. Ini kerana kerjaya doktor memerlukan minat yang tinggi dan bukanlah secara paksaan.
“Walaupun saya dan suami doktor pakar, apa sahaja minat dan kehendak anak, kami akan sokong dan tidak akan hadkan pada bidang yang sama,” akhirinya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami Abby Abadi, Faizal Zakaria berkongsi perkembangan bayinya Muhammad Danial Firman yang sentiasa menunjukkan perkembangan positif sejak dilahirkan sebulan lalu.
Selepas 30 hari berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Faizal syukur berat badan Danial yang dilahirkan sebagai pramatang telah naik dengan baik dan sekarang telah cecah 622 gram berbanding berat asalnya yang hanya 535 gram.
“Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif..
“Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual-bual dengan Baby D, nak pegang tangan…rindu sangat-sangat.
“Abah & Mama tak nak baby D sunyi..Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang.
“Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama..,” tulisnya.
Faizal berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto tangan Danial dalam genggamannya.
Tambah Faizal lagi, NICU merupakan rumah kedua dia dan isteri untuk sentiaasa menemani dan menjaga anak mereka.
“Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul.
“Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang.
“Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D..
“NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu…yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang.
“Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah…Love U Sayang.InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Sumber: ig Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat melahirkan putera sulungnya pada Jumaat lalu, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tampil berkongsi momen penuh indah kelahiran anaknya.
Malah melalui beberapa perkongsiannya di Insta Story, Uyaina tampil menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya mengenai kelahiran sulungnya.
Menurut kata Uyaina dia sememangnya sudah bersedia untuk melahirkan bayi sulungnya secara normal.
Namun selepas dua kali induced ditambah pula dengan kandungan yang sudah masuk 40 minggu, dia menerima saranan doktor untuk melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan.
“Sejujurnya, saya dah bersedia untuk kelahiran normal, vaginal birth. Tapi, dah 40 weeks and no indication of labour.
“So pergi hospital serah diri. Dr dah induced 2 kali. Still takde contraction & takde bukaan.
“So Dr buat keputusan untuk buat C-sec sebab risaukan baby,” kongsinya Uyaina.
Ibu cantik manis ini pada mulanya mengakui turut menitiskan air mata pada mulanya kerana bimbang untuk menjalani pembedahan.
Namun selepas mendapat nasihat dari doktor, Uyaina akur demi yang terbaik buat diri sendiri dan anaknya.
“Bila Dr kata kena buat C-sec, Yana nangis jugak lah. Sebab takut nak kena operate.
“Tapi kita kena dengar nasihat Dr. Dorang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berdasarkan condition kita & anak dalam perut.
“So kena berlapang dada, tawakkal, & doa banyak-banyak. Baca ‘La illa ha illa anta’ banyak-banyak. InshaaAllah semua akan okay,” katanya sambil berkongsi tip kepada pengikutnya di IGS.
Perasaan bercampur baur
Bahkan kata pengacara yang cukup petah ini lagi, perasaannya ketika hendak bersalin bercampur baur ketika itu.
“Yana rasa mesti ramai yang dapat relate bila Yana kata perasaan dia sangat bercampur baur. Takut, sakit, risau, nervous, tak sabar, dan macam-macam lagi lah.
“Kalau C-sec, Dr akan bius kita separuh badan. Kita takkan rasa apa-apa dari perut ke kaki. Tapi kita sedar, nampak & dengar surroundings kita. Operation Yana ambik masa around 1 hour.
“Once baby dah keluar, dia akan nangis menjerit. Alhamdullilah,” kongsinya bercerita.
Akuinya lagi, saat mendengar tangisan bayi buat pertama kalinya, hatinya tersentuh malah mengalirkan air mata.
“Perasaan time ni, hanya Tuhan jelah yang tahu. Bila dengar je baby menangis, Yana sendiri pun menangis. Rasa tak percaya yang kita dah bergelar seorang ibu.
“Yana doakan setiap wanita akan dapat rasa perasaan ni. One of the most beautiful feelings ever,” luahnya lagi.
Terdahulu, Uyaina dan suaminya memilih nama Raja Urhan bin Raja Syahiran buat putera sulung mereka yang dilahirkan pada 8 September lalu.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.