Bukan mudah mahu menguruskan keluarga dalam kesibukan bekerja. Dengan adanya pembantu rumah, sedikit-sebanyak ia dapat meringankan beban tugasan harian yang harus diselesaikan. Aktres cantik dan berbakat besar, Emma Maembong juga menggunakan khidmat pembantu rumah bagi memudahkan urusan hariannya.
Tambahan pula kini Emma sah hamil anak keduanya, jadi khidmat pembantu rumah sangat diperlukan kerana dia masih sibuk dengan kariernya biarpun mengandung. Selain jadual penggambaran yang padat, pelakon ini juga banyak menerima jemputan bagi memeriahkan majlis-majlis tertentu.
Baca Juga:
“Syukur Alhamdulillah.” Ajak Buat Reviu, Rupanya Emma Suprise Suami Beritahu Hamil Anak Ke-2
“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!
Panggil Daddy, Siap Tunjuk TV. Fatima Menangis Tengok Babak Fattah Amin Kena Pukul
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @themariposa7 menunjukkan Emma membawa anaknya Shariq Gariel berjalan sambil ditemani pembantu rumah. Bukan mereka saja, bahkan anak pembantu rumah tersebut juga ada bersama-sama mereka.
Jom, tengok video;
@themariposa7Emma layan anak bibik dia macam anak sendiri, Arshan pun rapat suka sangat. Adore dengan Emma. ♬ original sound – Little Emma – Little Shariq Arshan Gabriel
Di dalam video itu juga menunjukkan Emma yang melayan kanak-kanak perempuan itu seperti anaknya sendiri. Apabila dipeluk oleh anak pembantu rumahnya, Emma memegangnya sambil tersenyum.
Antara komen warganet;
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti mana layanan baik Emma terhadap pembantu rumahnya, perkara yang sama dapat dilihat pada Shariq. Tidak kekok bermain dengan anak pembantu rumah mereka, jelas terlihat kemesraan antara dua kanak-kanak itu.
Sama-sama kita doakan hubungan keluarga Emma dan pembantu rumahnya sentiasa baik dan terus saling menyayangi serta menghormati. Satu pujian buat Emma dan suami kerana mendidik anak mereka untuk tidak memandang rendah orang lain dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan sesiapa sahaja.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)