Emosi Anak Sering Tak Menentu Dan Moody, Doktor Berikan Tipnya!

Share

Anak juga sama seperti kita. Emosi mereka tidak menentu malah kadang-kadang mudah terganggu dan moody sepanjang hari. Sudahnya semua ini mengakibatkan mood yang kurang enak pada kita. Sebenarnya ada caranya untuk pulihkan emosi anak.

Dengarkan penjelasan mengenai otak anak daripada pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar. Paling menarik ada tip yang dikongsikan olehnya untuk mengubah emosi anak.


Menurutnya lagi, otak kanak-kanak sentiasa berkembang. Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang. Seolah seperti sebuah bangunan yang sedang disiapkan.

Menariknya pada usia 5 tahun hampir 90% otak mereka berkembang seperti otak orang dewasa. Walaupun begitu, kajian dapati otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) adalah bahagian yang terakhir terbentuk sempurna.

PFC letaknya di belakang dahi. Pusat berfikir, mengurus emosi, buat pertimbangan, belajar dari kesilapan, pengurusan masa, tempat buat keputusan dan analitikal.

Bagi anak lelaki, bahagian ini akan sempurna terbentuk apabila mereka berumur 25 tahun. Pada anak perempuan ketika usia mereka mencecah 24 tahun.

Sehingga usia mereka matang, proses ‘berfikir’ masih diurus di bahagian emosi. Antaranya ialah amygdala. Bahagian ini ialah pusat takut.

Memandangkan otak anak masih dalam ‘work in progress’ ibubapa wajib berhati hati dan miliki strategi dalam membesarkan mereka. Strategi yang terbaik ialah Brain Based Strategy yang selari dengan perkembangan otak mereka.

Inilah juga kaedah dalam neuroparenting. Salah satu tip untuk kecergasan otak anak adalah dengan merangsang aktiviti fizikal anak.

Banyakkan Aktiviti Fizikal!

Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.

Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar. Neurohormon itu adalah serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar.

Serotonin adalah neurohormon penting berkaitain motivasi dan mood. Aktiviti fizikal yang dilaklukan oleh anak akan bantu stabilkan selera makan dan bantu mereka untuk dapat tidur yang berkualit opada pada waktu malam nanti.

Apabila hormon rendah atau tidak stabil ia sebabkan anak jadi moody. Motivasi untuk lakukan sesuatu termasuk makan akan menurun. Endorfin pula ialah neuhormon painkiller semulajadi. Ia juga jadikan mood lebih baik.

Norepinephrine pula bantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.

Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

 

Published by
SRM