
Lumrah dalam kehidupan, anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik- beradik yang lain.
Hal ini kerana, ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak- anak yang lebih kecil. Jadi, sangat penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada anak sulung mereka, jangan sekali abaikan mereka.
Anak sulung pasti ada tanggungjawab mereka yang perlu digalas yang diberikan oleh ibu bapa. Banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan dan perlu beralah dengan anak. Ibu bapa perlulah menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh anak sulung dan anak yang lain.

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, Pegawai Kesihatan Pediatrik, anak sulung akan menghadapi pelbagai tekanan apabila mereka berhadapan dengan cabaran ini.
Antara cabaran yang seringkali anak sulung hadapi ialah:
1. Paling selalu dimarahi oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik- beradik walaupun bukan salah dia.
2. Kurang dapat perhatian apabila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik- beradik sehingga:
– Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
– Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa kesan yang boleh dialami oleh anak sulung disebabkan stress yang dihadapi.
Antara kesan- kesannya ialah:
1. Anak sulung suka memberontak
2. Jadi pemarah dan pendendam
3. Terlampau sensitif
4. Kuat merajuk
5. Suka berlawan dengan adik
Kesian anak sulung kita, antara ke semua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah masih muda.
Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung. Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik- adiknya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Luka Lagi Cepat Baik” Tasha Manshahar Kongsi Tip Khatankan Anak Masa Bayi!

Khatankan anak lelaki semasa mereka bayi lebih mudah sebenarnya berbanding menunggu bila anak sudah besar. Dan inilah yang dilakukan oleh penyanyi, Tasha Manshahar kepada anak keduanya, Mateen Rizqi.
Malah menurut kata Tasha, mengkhatannya anak lelaki diusianya masih bayi teramatlah mudah malah paling senang dijaga.
Tidak lokek berkongsi ilmu, menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi tip ketika mengkhatankan bayinya sebagai panduan untuk seluruh pengikutnya di Instagram.

“Throwback Mateen berkhatan dekat @hospitalislam_azzahrah. Ya, Muammar dulu pun dah khatan masa dalam hari.
“Sangat mudah penjagaan dia, cepat sembuh, cantik and bersih je dia punya tu. Patutlah sunnah khatankan anak masa bayi ni. Sebaiknya buat masa bayi 7 hari, tapi I tunggu lepas Mateen dah bebas jaundice. Both my sons prolonged jaundice. Jadi lewatlah sikit buatnya.
“Mudah khatankan baby masa dalam hari ni sebab baby belum lasak, belum meniarap, belum berguling, dia cuma tidur dan menyusu,” kongsinya.

Malah kata Tasha lagi, tidak perlukan waktu yang lama untuk sembuh sebaliknya dua anaknya sembuh dari luka hanya beberapa hari sahaja dan paling mudah untuk dijaga.
“Kita pun jaga makan, jadi daripada pemakanan ibu yang baik, asbab susu ibu tu anak sembuh cepat. Pastu kolagen dorang pun banyak lagi, memang cepat je baik luka. Generally doktor kata 10 – 14 hari. Tapi Mateen dengan Muammar dua-dua tak sampai pun 2 minggu. Few days je luka dah kering, cuma tunggu ring dia tu tertanggal je.

“Baby nangis tak? Of course nangis. Sebelum doktor potong tu, dia bius dulu. Masa tu baby nangis sebab jarum kan. Then masa prosedur tu baby nangis doktor kata bukan sebab sakit, dia dah tak rasa pun sebab dah bius.
“Tapi baby nangis sebab doktor nurse pegang dia tak bagi bergerak jadi dia tak selesa. Itu je.
“Balik daripada hospital tu ada la menangis kejap mungkin tak selesa ada benda (ring) dekat situ. Tapi kejap je. Takde meragam, takde demam. Tidur susu semua macam biasa je alhamdulillah Allah permudahkan urusan berkhatan Muammar & Mateen. I share tips jaga baby yang berkhatan dekat ruangan komen k,” tulis Tasha.

Ini pula panduan penjagaan bayi selepas dan sebelum berkhatan yang dikongsikan Tasha. Memang mudah!
Sebelum
1. Pakaikan baju two-piece, elak pakai romper supaya bila dah selesai khatan bahagian tu tak terhimpit.
2. Bawa extra diaper yang one size bigger daripada saiz biasa baby pakai.
3. Ready mental dan emosi sebab masa baby nangis tu kita memang kesian.
Tapi percayalah, cepat je sembuh, dia punya tu jadi cantik & bersih je.

Selepas
1. Be extra careful masa mandikan. Lap lembut-lembut, sapu ubat dan pakaikan diaper.
2. Pakaikan diaper one size bigger sepanjang luka belum kering.
3. Pakaikan diaper longgar-longgar je.
4. Kerap salin diaper supaya kawasan luka sentiasa bersih dan tak lembab.
5. I sapu jugak AO Waleet (beli dekat @sigadisjane) lepas hari ke-3 selang-selang dengan ubat yang doktor bagi.
6. Kalau ada macam bengkak sikit tu normal. I sapu Tasneem Balm (Calm Time). Korg belilah dekat mana-mana agent.
7. Elakkan dukung baby dengan posisi yang menghimpit bahagian luka especially masa first few days.
8. Tunggu ring tanggal sendiri. Jangan masa dia tinggal sikit je lagi tu awak gatal tangan nak cabut ya!
Menarik: Cantik Sungguh Nama, Seindah Makna, Nur Khawla Jadi Pilihan Ernie & Syamel

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir, Rasa Mudah Kalau Caranya Betul, Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu!

Memandikan bayi buat kali pertama sememangnya pengalaman yang cukup mendebarkan bagi semua ibu. Rasa kekok. Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang. Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah mula terbiasa.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika memandikan bayi. Sama seperti kita, bayi inginkan keselesaan dan mandi adalah langkah terbaik buat mereka memanjakan diri. Jadi ibu haruslah melalukannya dengan cara yang tepat, penuh yakin.

PERSEDIAAN SEBELUM MANDI
1. Keperluan Mandian
Pastikan anda mempunyai kelengkapan mandian yang sesuai seperti bekas mandian atau besen kecil untuk bayi. Begitu juga sabun, syampu serta tuala yang lembut.
2. Persalinan Bayi
Lengkapkan dahulu persalinan bayi seperti baju, lampin pakai buang, barut, krim dan sebagainya supaya lebih senang dipakaikan sahaja selepas mandi.

3. Suhu Air Sesuai
Suhu air yang sesuai untuk memandikan bayi adalah dengan menyukat menggunakan jari. Sesuai untuk kita, tidak terlalu panas atau sejuk, maka sesuai juga untuk kulit bayi. Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o.
PROSES MEMANDIKAN
1. Mulakan langkah memandikan bayi dengan membasuh kepala bayi terlebih dahulu. Letakkan bayi di sisi kiri atau kanan tubuh kemudian basuhkan kepadanya daripada belakang.

2. Mulakan dengan belakang kepada dan seterusnya ubun-ubun.
3. Ratakan sapuan air ke mukanya dan bersihkan pada sekitar Kawasan muka bayi.

4. Ambil putik kapas dan bersihkan kawasan telinga bayi juga di kawasan belakang telinga bayi. Elakkan menggunakan putik kapas di dalam telinga, sebaliknya hanya cuci luaran cuping sahaja.
5. Setelah selesai bahagian kepala, angkat bayi di sebelah, kemudian tanggalkan lampin pakai buangnya.
6. Letakkan bayi di atas lengan sementara jari diletakkan pada bahagian ketiak bayi. Pegang bayi dengan kuat.

7. Mulakan dengan membasuh bahagian kaki seterusnya celahan paha dan kemaluan bayi. Gosok lembut kulit anak.
8. Seterusnya barulah mulakan di kawasan badan bayi. Cuci pada bahagian lipatan leher serta ketiaknya. Jika perlukan sabun, gunakan sabun tidak terlalu berbuih atau memiliki bau yang terlalu kuat.
9. Cuci bersih bayi dengan air bersih bagi menanggalkan semua sabun.
10. Kemudian bawa bayi ke tangan sebelah satu lagi dan letakkan bayi secara terlangkup. Letakkan di atas lengan sementara jari memegang lengan dan ketiak bayi.

11. Cuci bahagian belakang bayi hingga bersih terutama di bahagian punggung dan belakang kepadanya.
12. Cuci dan bilas bayi dengan air yang bersih.
13. Lapkan hingga kering dengan tuala yang bersih dan lembut.
14. Keringkan dan sedia dipakaikan pakaian yang telah tersedia lebih awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme, Ibu Bapa Perhatikan

Anak-anak di bawah usia 3 tahun sudah mula dapat dilihat ciri-ciri autisme jika anda. Sebab itulah amat penting untuk ibu bapa memerhatikan perkembangan anak-anak. Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.
Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun.

Penyebab utama autism ialah:
-Komunikasi
-Tindak balas sosial
-Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ Satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.
Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama:
Komunikasi
-Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
-Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
-Kurang cerdas semasa bermain
-Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
-Tindak balas sosial
-Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
-Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
-Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
-Suka bermain sendirian
-Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
-Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
-Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
-Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk:
-Membaiki kemahiran sosial
-Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
-Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
-Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
-Kelakuan ganas
-Hiperaktif
-Kebimbangan yang mungkin timbul
-Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk:
-Terapi pertuturan dan bahasa
-Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
Cara pulih kerja ( occupational therapy )
Bagi menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan sepert eye contact, pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera/deria
Pencegahan tingkah laku (behaviour intervention)
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas
Kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic
Society of Malaysia (NASOM)
Pendaftaran Kurang upaya (Disability registration)
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Kumpulan sokongan
Senarai Pusat NASOM dan Nombor Telefon Terkini
Maklumat Umum:
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
Sekretariat
Pacific Place Commercial Centre
Unit B-2-3, B-3-3
Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 603-7832 1928 | 603-7832 5928 | 603-7831 7928
Emel: info@nasom.org.myLaman Web: www.nasom.org.my
Facebook: www.facebook.com/nasomcares
Instagram: www.instagram.com/nasomcares
Twitter: www.twitter.com/nasomcares
LinkedIn: www.linkedin.com/company/nasomcares
Kredit: KKM
Kredit foto (top image): Freepik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


