Pasangan pelakon, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak kedua mereka di laman Instagram semalam.
Menurut Ezzaty, bulan hadapan mereka bakal menambah ahli keluarga baru memandangkan dia bakal bersalin akhir bulan Februari ini.
Manakalan Azwan pula memohon doa ramai supaya kandungan isterinya berada dalam keadaan baik.
“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yang sesuai. Jadi hari ini saya dengan rasa gembira nya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya.”
“Kami baru settle beli barang baby 3 hari lepas sebab sebelum ni busy dengan shooting lepas tu nak pindah rumah pula.”
“Bila dah masuk rumah baru, masa tulah baru sedar barang baby dan keperluan untuk dibawa ke hospital tak beli lagi.”
Ezzaty sempat berkongsi, empat bulan pertama kehamilan merupakan saat yang sangat sukar disebabkan alahan dan kehamilan kali ini berbeza jika dibandingkan dengan kehamilan terdahulu yang langsung tiada alahan.
“Due date dalam 21 Februari, tapi bila check baby dah turun. Jadi saya takut kalau dia keluar awal”
“Mengidam tak ada sangat, tapi masa empat bulan pertama tu teruk juga rasa tak selesa. Tak boleh berdiri…tak boleh duduk, lima minit berdiri je perut rasa sakit macam gastrik.”
“Empat bulan la merana, setiap malam memang susah nak tidur. Pukul 5 pagi baru dapat tidur. Azwan banyak tolong saya jagakan Harum ketika itu.”
“Ini kali pertama saya rasa alahan sebegini, sebab waktu mengandungkan Harum dulu semuanya indah belaka macam orang tak pregnant.”
Ezzaty turut mendedahkan jantina anak mereka dan memohon doa ramai agar kelahiran kali kedua ini dipermudahkan.
“Anak kedua saya ni lelaki, InsyaAllah.. sebab dah sembilan kali scan pun masih nampak jantinya lelaki.”
“Kami sudah ada beberapa nama pilihan, kena tunggu baby dah keluar dan tengok muka dia barulah boleh pilih mana yang sesuai.”
“Saya harap kehadiran kali ini juga dipermudahkan sama seperti dengan Harum dulu, masa tu saya tak rasa contraction semua. Kalau Allah bagi saya lalui perasaan itu sekali lagi memang rezeki.”
Ezzaty mendirikan rumah tangga bersama Azwan Kombos yang juga merupakan seorang pelakon pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia yang kini berusia lima tahun.
Kredit: Ezzaty Abdullah , mstar
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!