Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Eleena Sui dan suami yang bakal menimang anak pertama tidak lama lagi.
Bersempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu, Eleena mendedahkan yang dia kini hamil tujuh bulan.
Menerusi Instagramnya, Eleena juga sempat berkongsi perjalanan kehamilannya yang melalui pelbagai dugaan.
Kata Eleena, dia terpaksa melalui pelbagai dugaan termasuklah berlaku empat kali tumpah darah.
” Semalam adalah ulang tahun keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan senang hati mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi,” katanya berkongsi khabar gembira.
Namun dalam pada itu, Eleena turut mendedahkan yang dia hampir empat kali tumpah darah dan setiap minggu terpaksa berulang alik ke hospital mendapatkan pemantauan.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, alhamdulillah saya sudah memasuki trimester ke-3.
“Insyaallah, kami menjangkakan kelahiran bayi sulung kami ini pada bulan Ramadhan yang akan datang,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi khabar gembira, bahkan Eleena juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghormati privasinya dalam tempoh dia berehat daripada media sosial dan tuntutan kerja.
“Terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di masa saya berada dan adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja.
” Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang semuanya!
” Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2017. Dan kini mereka sedang menanti kelahiran anak pertama.
Artikel menarik: Dulu Stress Bila Susu Tak Cukup, Menyusukan Anak Sepenuhnya, Zahirah Macwilson Kongsi Cerita
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eleena.sui